Ecehh.. tajuk tanak kalah. Mesti la kan, tahun lepas ada orang tu balik Malaysia. Tahun ni, amik ko, raya berdua lagi. Bofren takde, kijo. Entah bila nak ada gambar raya bertiga, I pun tak tau, hahaha... Nasib baik bini bukan kaki blues, kalau tak, mesti syahdu di pagi raya. Takde tangan nak disalam. Harapkan anak nak minta maaf, kirim salam.
Pagi tadi kami sampai masjid jam 9:20 pagi. Sempatlah dengar takbir sikit, sebelum semayang jam 9:30 pagi. Meriah masjid, dapat jumpa dengan mereka-mereka yang jarang ke sana. Antaranya, tuan punya blog le, hehehe.. Mek Aiyu pun suka, siap jadi kepala ajak bebudak lelaki main combat, menyelinap bawah langsir. Nasib baik la kat sini jenis tak kisah bebudak main dalam masjid. Kalau kat Malaysia, haruslah anak dara ku dipandang serong, hihihi..
Jamuan hari raya.
Rugi Cik Abe, segala macam kuah dhal ada tadi. Kenyang mak nye makan, siap skip lunch. Malam pulak, makan balance nasi tomato ngan ayam masak merah hari tu. Kira still feel raya la tak?
Selamat hari raya pada semua yang sudi singgah di sini. Mintak ampun minta maaf, atas segala yang terkurang, atau yang tak enak pada yang membaca. Minta diberkati kita semua :)
12 comments:
Cantik and cuteee nyee mek aiyu kita nieeee!lawa baju dia kak..:))
hai cik aiyu cik aiyu sungguh pandai berposinggg
Selamat hari raya to you & family...
holloh holloh holloh kemain comelnyaaa aiyu
chumells sangat-sangat cik aiyu berbaju pink...
selamat hari raya untuk cik aiyu, mak cik aiyu & cik abe :)
- anne nor wati
Your daughter is so cute. I dont have any kids yet, but hoping and praying hard that I will have one soon. I love reading your blog post, especially those abt Cik Aiyu.
Sally
Amboiiii...pinkie nyaa dia... Anak2 aye semua recycle baju andak wedding.. hehehehe...
Selamat Hari Raya Tuan Tanah sekeluarga.. ;-)
Aiyu ni kan, bibir bawah dia seksi lah. Hihi. ;-)
Salam Aidiladha to u lot too! Amboii comel lote cik Aiyu beraya di sana dgn baju pinknya! Gambo maknye mana?? Hehe.
Sabira,
Thanks laling! Baju bawak dari Malaysia tu, hehehe
Angah,
Hihih... dia kalau depan cermin tu, memang getik lebih, hahaha
Unaizah,
Thanks dear, hari tu balik mana?
Anonymous,
Thanks dear! Mak nye lagi comel, hahaha
Anne,
Terima kasih :) Mesti meriah kan raya hari tu...
Sally,
Thanks dear, really appreciate it :) Aminnn.. insya allah ada rezeki nanti ;)
Kak Lyza,
Waaa... baju kebaya cute tu... I like!
Amyz,
Makasihhh... bibir Angelina Jolie separuh, hahahaha
Farah,
Mak nye takde feel nak bergambar depan cermin, hihihi.. muka tak siap!
Cantik aiyu berbaju kurung :)
Thanks Calla! :)
Post a Comment