Monday, November 19, 2012

Mira & Momo's birthday

Macam mana cuti semorang?


Kitorang bertiga, duk sok sek sok sek, uhuk uhuk kat rumah. Climate change I guess, plus running heater in a place where it is very dry, can be really unpleasant. Extra dry air = itchy nose & throat. Yikes.


Dalam tak berapa sihat tu, sempat juga berjimba. Hari Khamis lepas, kami bertandang di rumah Cecilia & Nico. Mak mak gossip lama tak jumpa, anak-anak main bersama. Tapi tu lah, April nanti diorang nak pindah pergi California. A better deal for them, but not so much for us, hehehe...


Semalam pulak, kami pergi birthday party Mira & Momo. Mira ni mak bapak nye dari Indonesia. Kebetulan ada satu hari tu terjumpa di Ross. Lepas tu masa semayang raya hari tu, jumpa lagi. So kami pun bertukar nombor. Same goes for Julie, another Indonesian lady that I met a year ago. Masa tu ada amik nombor telefon juga, tapi biasa la, bila cari balik, tak jumpa. Kali ni terus save dalam phone, hehehe...


Momo pulak, anak jiran Niken (Mira's mom). Her father is Thai, and the mom is Japanese. Memang multi cultural sungguh parti semalam, hahaha... Nak ikutkan tak ramai pun jemputan, just us & Julie. Tapi meriah tu, tetap ada :D Dah kata ada 4 budak, rasa penuh aje rumah dengar diorang lari sana sini, hihihi...



 
Thanks Niken for inviting us over, you guys were really good host. Rasa macam lama dah kenal, padahal semalam baru first time datang rumah diorang. I didn't bring my camera, rasa segan pulak nak amik gambar kat rumah orang. So snap pakai tipon. Except of course, lepas tu tuan rumah keluarkan DSLR diorang, hahaha.. Cik Abe sempat usik "I knew that will come, hehehe".. Oh man, how stereotype we are, Asians and camera :P
 
 

 
Birthday girls with their birthday guitar, hehehe.. Aiyu was really nice, in term of tak meng over shadow tuan punya birthday. Takde propa nak tiup lilin orang. She just watched and waited....
 
 
for a CUPCAKE!
 

 
Seperti biasa, dia makan frosting aje. Bertuah punya budak kan, kek kasi kat kita. Macam takde frosting kek tu, bersih aje dia makan frosting, hehehe...
 
Comel aje tengok Mira & Momo. They've been friends for almost 2 years, so diorang memang rapat lah. Momo pulak ada this tendency to cover her eyes whenever she laughs. Tak pasal-pasal kitorang pulak yang tergelak. Cakap pun dah pandai, very the American you! Well, they are, pasal dua dua lahir kat sini. Mek Aiyu je lahir Malaysia, hihihi...
 
 
Balik dari birthday party, kami sambung kemas laman belakang. I am feeling pretty good about it, cantik dah belakang rumah kami, hehehe...
 

11 comments:

sabira said... BALAS

bestnyer birthday party...sure aiyu enjoy it a lot...pretty jew tgk mek aiyu pakai baju macam tue...:))...

Fifi Nadhrah said... BALAS

tgk cik aiyu enjoy je.. :) tak menahan.. frosting die ambik kek bagi mak..

soulsearcher said... BALAS

pipi aiyu menten chubby bagai di pam.bila mummy nye nk bagi adik plak?ade member aiyu..kikiki

farah said... BALAS

Eh dah muat itu cardi ye cik Aiyu, ni dah mcm sama tinggi with Fatehah kot ni, mesti she's quite tall for her age. Hehe. U look fierce lah darling!! Anyway, wajib kot Nurul snap gmbrs n all sah2 ada blog utk dihapdate, krg meroyan fanbase cik Aiyu x dpt daily dose of cik Aiyu's antics. Hehehehe. Gambo maknya jugakk jrg ada ehh...hehehehe...

Unknown said... BALAS

comelnya dia makan..geram ngan pipinya nak gigit cikit boleh..

Salmi Khairil said... BALAS

comelnya dia makan..geram ngan pipinya nak gigit cikit boleh..

Unknown said... BALAS

cik aiyu yg kiut.. hehe

Unknown said... BALAS

budak-budak seronok betul makan kek ye

Anonymous said... BALAS

shomell sungguh cik aiyu ni

cik aiyu ni ade kembar la kat dalam iklan tv; downy

Madam Sooyaree said... BALAS

Sabira,
Thanks dear, memang dia enjoy, hehe.. Sweater tu tajaan Cik Farah kita, hehehe...

Fifi,
Haruslah kan dia makan frosting aje. Bukan seketul, tapi dua ketul!

Sya,
Pipi tu kalau ikut kita, sampai ke universiti la pipi kembang gitu, hahaha.. Adik? Hehehe.. tu kena tanya Cik Abe :P

Farah,
I pun first time kasi cuba, tengok pakai, eh, ok je :D Thanks dear, cantik sangat! Hahaha.. ada fan base ke Aiyu? Auwww.. thanks! Gambo mak nye malas, lelagi sejak mencecah 130 lbs ni, hihihih

Salmi,
Hehehe.. thanks! :) Jangan gigit, nanti dia jerit!

Cik Finss,
Auwww... tengkiu laling!

Abah Khalisha,
Tu la pasal kan, kalau dapat kek, dari pagi ke petang pun ok!

Anonymous,
Downy? Tu fabric softener kan, hehe

Anonymous said... BALAS

aah kak, downy yang softener tu

iklan ni ada kat tv3

saya cari iklan tu kat youtube nak kasi linknye kat akak takde pulak ( tak tau la saya salah keyword ke hape)

gegirl yang dalam iklan tu cam cik aiyu versi 6-7 tahun


p/s famili akak yang kat mesia kene gigh tengok iklan downy kat tv nih...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...