Monday, January 21, 2013

A little update

Fever: 102 degF to 99 degF

Purging: 5-7 times daily to none

Diarrhea: 3 times daily to better viscosity, hehehe



Kesian mek kita, tak pernah sakit teruk gini. We are not too sure what happened, but apparently there was some stomach flu or bug going on. Takut dia dapat tu je. Mungkin dari sekolah, mungkin dari children's museum yang kami pergi Selasa lepas. Benda nak jadi kan, nak fikir asal usul dari mana pun buat pe.

She's getting better, but still not 100% recovered. Macam semalam ingatkan dah ok, tapi tengah tido dia boleh muntah pulak. Makan pun tak seberapa.

Hari ni makan ok sket, pasal mommy buat chicken noodle soup. Ahhhh... the power of home made chicken noodle soup! She ate  more than she did for the past 3 days, so that was quite a progress.




At least hari ni dia dah boleh mewarna. Kalau tak baring aje. Siap ajak dancing lagi petang tadi. Cuma baru 2 round dancing, cik kak dah semput. Kalau tak, mak nye yang semput dulu.

Ok lah, nak balik bilik baru. Skang ni I jadi roommate Cik Aiyu. Semangat dia ajak tido,

"Mommy, let's go!"

Takpe la, sekali sekala nak manja kan, hihihih...

13 comments:

MISS COOL said... BALAS

cik aiyu sakit terbalik dunia pon, pipi dia tetap maintain!

Mixed-family in da house.... said... BALAS

Pandainya cik aiyu colour, tak nampak terkeluar pon....good job, syabas betey !!!

Nota Cikgu Anum said... BALAS

sian tengok bibir Angelina Jolie macam merekah :(

Amy Z! said... BALAS

Kesiannya~ Alhamdulillah dah baik sikit.
Hehehe. Seronok cik aiyu dapat manja2 dgn mommy. :-D

Kniedaz said... BALAS

alahai si comel ni...baguslah dah makin baik..time ni la dia nak manja2 ngan mommy

insyirah said... BALAS

Maybe it is acute gastroenteritis.normally due to rotavirus but i'm not so sure either

Fifi Nadhrah said... BALAS

cantiknye aiyu mewarne.. tak keluar pon.. alhamdulillah da baik sikit.. harap makin ok la..

farah said... BALAS

Glad to hear she's getting better Nurul. Chaiyok cik Aiyu, hoping for a full recovery soon :)

Unaizah said... BALAS

Sian Cik Aiyu! Pipi pun dah kecut sikit. Take a very good rest okay.

~ sHa ~ said... BALAS

alhamdulillah dah beransur sembuh..
nurul, mcm mana nak ajar anak mewarna tak keluar garis tu? hehe sbb daniya ni dah nak masuk 3 taun tak reti langsung mewarna. letih ajar, dia tetap conteng ikut ske dia..

Anonymous said... BALAS

assalamualaikum

kalau x silap, us sekarang ni sedang dilanda flu bug. saya rasa itu sebab cik aiyu not feeling well. macam dah epidemic. didoakan cik aiyu cepat sihat dan sembuh. daddy n mommy pun kena jaga kesihatan diri juga :)


cik sela, aloqstaq :)

Nazayiena Ayiena said... BALAS

Ciannya dgn Cik Aiyu,harap cepat sembuh sepenuhnya.

Madam Sooyaree said... BALAS

Miss Cool,
Hehehe.. tu turun temurun tu yang ;)

Mixed Family,
Ade keluar dear, tpai tak perasan kot warna kuning, hihih.. Tapi ok lah kan, for her age ;)

Nota Cikgu Anum,
Memang kering bibir dia, pasal dia kurang nak minum air. Kita pun memang monitor, takut dia muntah balik. Kesian dia..

Amyz,
Haaa.. tu la dia! Sampai sekarang dia ajak tido sama T__T

Kniedaz,
Alhamdulillah :) Tu la kan, selalu tido sorang, sesekali berteman :D

Insyirah,
Sounds like it. Kita tak pergi jumpa doktor because it's weekend, most probably doctor suruh monitor sendiri pun (sini doctor payah sikit nak subscribe ubat). I read on rotavirus, bunyi sama je kan. Alhamdulillah it goes away after a few days :)

Fifi,
Thanks dear, kita pun risau sungguh hari tu :(

Farah,
Alhamdulillah, hari ni dah full battery, hehehe...

Unaizah,
Thanks dear, really appreciate it. Skang ni dia tengah mula nak makan balik, alhamdulillah :)

Sha,
Cuba Sha warna sekali dengan dia? Aiyu ni bangsa suka imitate orang, so bila dia tengok kita warna ikut outline, dia pun follow gitu.

Cik Sela,
Tu la, sini kecoh gak pasal flu bug tu. Ramai yang komplen pasal flu shot tu patut work 90%, tapi hanya 65% je kot yang berkesan. Kami tak amik flu shot, tapi Aiyu ni simptom lain sikit. Mungkin ala rotavirus gitu lah. Kita baca kekanak bawah 5 tahun, memang kebanyakan akan kena macam ni, at least sekali.

Kak Nurul,
Alhamdulillah kak, hari ni dah mula gaduh balik kami anak beranak, hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...