Thursday, July 11, 2013

Her new friend

Macam mana first day puasa?

Tuan punya tanah kantoi, hahaha... Pukul 11 pagi dah pening tahap nak pitam, jadi terpaksa lah bukak esbok. Tu la, sape suruh tak sahur. Alarm dah 2 kali bunyi, tapi ada tangan gatal yang pergi off alarm tanpa disedari. Iskh iskhhh.. magika sungguh tangan tuan tanah ni kan, hehe.. 

Memula ingatkan kitorang puasa hari Selasa, last minute baru tau, Rabu rupanya. Sama dengan Malaysia gitu. Petang Selasa hari tu, I tanya lah Cik Aiyu, apa dia nak makan untuk dinner. Dia jawab,

"Mac and cheese. Eat inside"

Nampak sangat mak nye selalu order ikut drive thru, hehehe.. Selalu gak dia ajak masuk restoran, tapi malehhh.. Memandangkan Selasa hari tu last day boleh makan siang, dan dia pun baik je sepanjang hari, mak nye pun turutkan aje. Jom dating dua orang! Cik Abe seperti biasa, tak nampak batang hidung bila dah kerja, hehe..

Oh ya, skang Cik Aiyu ada kawan baru. Jadi kami bukan dating dua orang, kami dating tiga orang.



Meet Mr Mario.


Somehow she seems to be really attached to Mario compared to her other soft toys. Goofy dah campak tepi. Ni bebetul campak tau. Sebelum ni dia parking Goofy dalam bilik kitorang. So ada sekali tu I letak la Goofy dalam bilik dia waktu malam. Esok pagi tu, benda pertama dia buat adalah campak Goofy atas katil kitorang.

Dia sound Daddy dia yang tengah golek-golek,

"No more Goofy. Only Mario"

Hamboiiiii....


Ni dia tengah tunjuk kat Mario, persekitaran dalam restoran tu. 

"See, that's light. There's car over there" 

Memang bebetul dia layan Mario macam kitorang layan dia.



Yang tak menahan, bila masuk kereta.


Ko mampu? Cik Aiyu siap pakaikan Mario seat belt.

Safety first ok.

17 comments:

Aida Lela said... BALAS

HAHAHA. comel gambar last tu. si mario pasrah :)

HangKebon said... BALAS

OMG! hensem sgt En.Mario bila memakai tali pinggang keledar sedemikian rupa...hahahhaa :P

Amy Z! said... BALAS

Amboi. Ada boifren aaa. Bermisai pulak tu. Macho sungguh. Macam dato K pulak. Hahaha.

Selamat berpuasa utk Nurul & family. Jangan kantoi lagi tauu. Jaga diri baik2. Pregnant tu.. ;-)

Mixed-family in da house.... said... BALAS

hahahhahaha...kelas mario!

Cik Aiyu is a brilliant girl....

***nampak topi koboi....

athirah Safarudin said... BALAS

hahahahah Cik aiyu ad bf bru..Hai En mario :)

Kniedaz said... BALAS

comelnya!

n.a.n.i.e said... BALAS

haha. pic last skali tak leh blah. riso cik aiyu kalo mr mario tergolek eh.

Fifi Nadhrah said... BALAS

cerdik!~ aiyu terlebih sayang mario..

ayang said... BALAS

hahahaha.. x leh tahan tgk gbr last sekali tu...

shikin said... BALAS

Pandai aiyu...safety first.
Nti dah ada adik ni, mesti aiyu sayang adik ketat2 :-)

Angah said... BALAS

ala comei si mario tu,pandai cik aiyu ni,..safety first

sabira said... BALAS

suka si mario pakai seat belt..heheheeh...

PuanSyimaSyaz said... BALAS

hahahaha kelakar sgt

supermommapots said... BALAS

Selamat betpuasa.. Saya pun lepas puasa 2 hari je..tgh tunggu hari ni.. Bp plak naik.. Doc tak bg puasa.. Mak redho je walaupun pasrahhh nak pk ganti puasa ni..selamat kembali ke tahah air eaaa

Unaizah said... BALAS

Baguslah Cik Aiyu ni! It seems that everything you taught her stick in her head. Dia apply them on Mario kan :-)

FAD RMLN said... BALAS

haha. comey sgt.

Wahidah said... BALAS

tu dia safety first..so cute..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...