Thursday, August 22, 2013

Oh my kicap!

We are back home.

Seperti biasa, waktu tido masih tunggang langgang. Belum lagi tengok rumah yang macam kapal pecah.

T__T

Very the sakit mata you know.

Tapi ok lah, rasanya dalam seminggu semua keje renovation dah settle. Boleh la mula mengemas perlahan-lahan, sebelum I jadi dugong terdampar. Skang ni pun dah mula mendugong kan diri. Asyik rasa penat aje. Extra 11 kg di perut memang cepat terasa, especially kalau anda gang betis kecik. Apple shape body uolls. Belum lagi masuk kes betis asyik kejang. Insya allah, dua bulan je lagi. *think positive pleaseee*

Waktu nak balik hari tu, alhamdulillah... agak berjalan lancar jugak lah semuanya. Flight dari KLIA ke London delay sejam, membuatkan masa I di Chanel Heathrow airport kurang sejam, hahaha... Blessing in disguise tu, pasal tak sempat sangat nak terjah banyak kedai. Dari hari tu duk kenan kat Chanel boboy, tapi bila amik feel, macam kureng pulak. Selamat duittt.. jangan suka balik lepas ni, sudah.

Cuma yang tak puas hati, adalah pasal security London airport yang terlampau. We always travel with a clear toiletries bag, pasal nak letak ubat-ubatan Cik Aiyu dalam tu. So far sejak ada anak, I think we did quite a few trips, going through almost different airports each time. So far tak jadi masalah. Tetiba kat London security officer tu bising, pasal nak jugak suruh letak ubat dalam clear bags ala Ziploc bags tu. Cakap kitorang bawak banyak liquid. I bising balik, cakap tu ubat anak. Agak-agak la kan. Tapi dia nak gak kitorang keluarkan dari bag, patu siap suruh keluarkan ubat dari kotak "so that you can save some space". Hellooo... 2 kotak kecik ubat tu takde makne kot space nye, kalau nak dibandingkan dengan barang-barang lain yang kitorang bawak. Tapi dah kata tu negara dia, layan je la. Bollocks, hahaha...

Dari London ke Dallas, flight on time. Semua ok aje, cuma Cik Aiyu tido sejam je kot, out of 9 hours flight time. Sebabnya sebelum tu dia dah tido lama dalam flight KL-Heathrow tu. She was quite active, kejap nak buat tu, kejap nak buat ni. Pastu bising, "Aiyu wants to go to nenek's house". Oooo... dah pandai rindu ke? Hari tu ko jugak komplen kat ibu, kata "Nenek's house has mosquito", hihihi... Sian diaaa.. takpe, insya allah next time kita pergi lagi k.

Bila sampai Dallas, queue untuk first point of entry check punya lah panjang. Nasib baik line cepat bergerak. Officer pun baik aje, takde kerek-kerek. Dan paling penting, bag yang penuh dengan makanan, tak perlu extra screening. No fresh food, so no problem. Suka I tau. Tapi keriangan itu tak tahan lama, pasallll....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Location: Midland, Texas.

Waktu jalan nak gi kereta, Cik Abe cakap, "It looks like we have some blood spill on our bags."

I dengan confident cakap, agaknya tempat diorang letak bag tu kotor kot.

Tapi bila lelama fikir....

"Or maybe it comes from my soy sauce?"

Tak mungkin kot, gigih I balut kicap dengan bubble wrap. Selalu bawak masuk, ok aje.

Tapi hati jadi kabhi kushi kabhi gam, terus I bau luggage bag.

.
.
.
.
.

SOHEH!

Oh my kicap!!!!

Lagi tak best, pasal kat atas kicap tu ada handbag. Nasib baik warna hitam, tapi sepanjang masa nak balik rumah tu, hati dah dup dap dup dap. Bag duduk dalam dust bag, puh kiri puh kanan, jangan laaaa ko berminyak.

Bila sampai je rumah, terus Cik Abe bukak luggage bag.

Alhamdulillahhh.... hanya dust bag yang terkorban. Ngan baju Cik Aiyu kena tempias. Bag ok, dalam bag tak kena. Cuma yang ngeri, adalah luggage bag tu sendiri, hehehe.. Dah la Cik Abe nye luggage bag. Sorry laling. Ingatkan nak cuci, tapi bila tengok macam susah je, dengan bau yang bakal susah nak hilang, Cik Abe kata buang je la luggage bag tu.

Kerana kicap sebotol, luggage bag terkorban. R.I.P bag, you were a good company. We'll miss you surely.

xx

*edited*

Gambar untuk Cik Yana.


Cantik di luar, tak bermakna cantik di dalam, hehehe...


9 comments:

ANR said... BALAS

Selamat Hari Raya tuan rumah. selamat pulang ke bumi amarika jugaks..

mohon letak gambar raya sefamily.

ngehngeh

annapeje said... BALAS

kene transfer kicap dlm botol plastik la next time hehe

sabira said... BALAS

keh keh keh ..takpe..esok leh mall hopping cari luggage beg baru...btw bila aiyu start sekolah? kesian mek rindu nenek...

nazayiena said... BALAS

Nie mesti bawa kicap cap kipas udang nie,....lps nie kena cari luggage lainlah ya.Baru blk M'sia cik Aiyu dah rindu,sian dia.

Amyz! said... BALAS

Aiyooh. Memang terpaksa dikorbankan. Takpelah. Boleh beli baru. Mihmih.

La Cocca Di Papa' said... BALAS

ngerinye, mcm ada pembunuhan dlm bag tu...hahaha...

p/s: peminat cik aiyu :D

farah said... BALAS

Oh my, mmg patut di-sayonarakan kot...extensive jgk injury tu...hehehe...anyway, welcome home to Midland! :)

Madam Sooyaree said... BALAS

ANR,
Selamat hari raya dear! Kita ada letak hari tu, kat entry ni, http://maikorner.blogspot.com/2013/08/selamat-hari-raya.html

Annapeje,
Dulu mak ada suggest gak, tapi takut diorang banyak songeh pasal takde label bagai kan. Next time boleh cuba la kot. Baik kena rampas dari pecah kan

Sabira,
Aiyu mula sekolah 3 Sep ni. 26hb ada orientation sekolah, hehehe.. Rasa macam dah besar sangat dah, hehe

Kak Nurul,
Hahaha.. kita bawak dua dua, dengan kicap Tamin sekali. Tapi cap kipas udang tu yang pecah, huwaaa

Amyz,
Kotor kan! Sampai nak bukak zip pun susah, melekit!

La Cocca Di Papa',
Thanks dear for visiting :) Hahaha.. ko jangannn... sat gi polis datang, naya!

Farah,
Haaa.. nasib baik pecah dari Dallas ke Midland, pasal masa kat Dallas kena claim bag, tengok ok je. Kalau dari London dah pecah, silap2 barang semua dalam tu kena sayonara kan gak. Mommy cryyyy

Fifi Nadhrah said... BALAS

sayang.. kalau tau nak jadi macam tu.. siap2 bukak letak dalam botol plastik.. macam botol air ke.. kan2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...