Tuesday, November 26, 2013

Her Thanksgiving concert

Akhirnya, mak mertua I dapat balik juga ke rumahnya.

She was originally scheduled for Friday morning, tapi US mid west ada winter blast. Winter di musim luruh gitu, tetiba cuaca turun bawah 0 degC. Jadinya banyak delayed flight, dan banyak giler accident kat Midland ni. Dalam 2 hari ni, ada 60 lebih accident, boleh? Selalunya bila ada winter blast ni, jalan jadi licin pasal salji yang turun tu cair kat jalan. Kira ada lapisan ais terbina atas jalan raya, especially atas jambatan. Tu yang banyak terbabas.

Dari Jumaat pagi, flight tertunda ke Sabtu pagi. Dah cakap babai babai, flight cancel lagi. Kali ni bawak ke hari Isnin lak. Hahaha.. kesian Cik Abe, duk ulang alik ke airport. Nasib baik airport dalam 15-20 minit je dari rumah. Kalau jauh macam KLIA ke PJ, jenuh gak. Tu pun nasib baik kitorang call hari Ahad hari tu. Flight hari Isnin cancel gak, hari Selasa baru boleh fly. Kali ni betul-betul, bukan cobaannnn...

Well I guess it's a blessing in disguise, pasal kami boleh pergi ke Thanksgiving concert Cik Aiyu pada hari Jumaat lepas tanpa bawa Aaron sekali, hehehe.. Sayang anak tinggal tinggalkan, hahahaha....




Konsert ni adalah untuk kekanak pre-k dan kindergarten sahaja. Kesian tengok cikgu-cikgu yang cuba nak organize, pening kepala weh bila dah ada reramai ni. Bila suruh duduk, ada yang nak berdiri. Bila semua dah agak-agak ready, ada yang menangis. Hahaha.. kelakar pun ada. Agaknya sebab tu la I tak dapat nak jadi cikgu tadika. Haruslah gugur rambut, tahap stress lebih teruk dari stress jadi engineer.

Kepada mereka mereka yang tak dapat tengok secara live, enjoy! :D

13 comments:

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

comellll!!!!

n.a.n.i.e said... BALAS

saya suka, saya suka :)

sabira said... BALAS

hehe..cute jee semua..mata mek aiyu maintain ke kamera..uniform dia mana kak?

Aida Lela said... BALAS

cik aiyu je yang bersungguh dari awal hingga akhir (suka tengok pergerakan gaya tu) dia je yang 1st tunduk lepas dah habis performance tu. comel!

Fifi Nadhrah said... BALAS

comel je.. tapi nape baju cik kak lain..

My Life My World said... BALAS

Ternyata yang paling menyerlah adalah Cik Aiyu ... sungguh cerdik dari yang lain. Sedari awal nampak tangan dia jer yang bergerak sampai abih lagu. Then siap tunduk hormat sorang sorang pulak tu. Aunty proud of you Cik Aiyu ... hehehe tetiba nak jadi Aunty angkat pulak rasanyer

Lizzy said... BALAS

alalalalala cutenya Kakak Aiyu. Siap dengan take her bow sekali at the end of performance...

rina afrilia amiruddin said... BALAS

besar dah anak dara awak....

Kina said... BALAS

Nampak Cik Aiyu je yg paling bersungguh.. Cute!!

Anonymous said... BALAS

cutenyerrrrr especially the last part.... :-D

-niza noordin-

A.H.A.D said... BALAS

Clever girl cik aiyu! Cute

Rani said... BALAS

Selalu ikuti perkembangan Aiyu dari tak ada adik smpai dah ada adik.

Sebab selalu jadi silent reader, skang rasa nak komen & create blog.

Sila la K. Mai kunjung kat blog sy. Baru lg http://donerlaksam.blogspot.com/

Anonymous said... BALAS

seronok tgk mek ayu berkoir..kalu mek yam (mariam)..abis joget-jogetan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...