Bulan baru, entry baru, hihihi...
Tak tau mana nak mula, banyak sangat aktiviti yang dah dibuat. Jumpa kekawan dah, pergi wedding kawan dah, pergi birthday dinner kawan dah, kira terisi juga lah waktu balik Malaysia kali ni.
I tak kisah sangat pun, kalau waktu balik Malaysia, I duduk golek golek kat rumah, tapi Cik Abe selalu pesan, pergi la keluar jumpa kekawan dan extended family. Agaknya risau pasal kat US bini asyik terperap dalam rumah, kalau kat Malaysia pun sama, lama-lama bini jadi jeruk masam, hehehe... Kita pun bukan apa, faham yang semorang ada kerja memasing. Can't expect for everyone to drop whatever they are doing just because I am in Malaysia. Betul tak?
Untuk tidak mengecewakan Cik Abe, hari ni, kami mengorak langkah yang lebih jauh.
Kami pergi Melaka you.
Ada undangan perkahwinan, adik pada kawan baik arwah Helen. Ikutkan Melaka tu jauh jugak lah untuk I, tapi bila fikirkan, kalau arwah Helen ada, mesti kami akan ke Melaka. So off we went.
Dari Kelana Jaya, kami masuk LDP untuk ke Kajang. Dari Kajang, kami ikut Lebuhraya Utara Selatan. Leburaya la sangattt... belum sampai Nilai, dah jam giler. Lama gak kami stuck dalam jam. Tak tau la pasal construction ke, atau pasal ada accident. Masa atas jalan tu, ada lah ambulance 2-3 bijik lalu kat lorong kecemasan. Harap-harap kalau ada kemalangan tu, takde la yang cedera parah. Kesiannn...
Rasanya dalam 3 jam juga sebelum kami sampai ke Ayer Molek, Melaka.
Best kan tangga orang Melaka. Belum lagi part sidai baju bawah rumah. Jakun.com jap tadi. Nak snap gambar, tapi I is shy shy cat.
Ni je gambar kenduri yang ada, hahahaha... Part nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma, tapai pulut, kuih "ku", semua lupa. Sedap sehingga menjilat jari! (pasal senang nak basuh tangan pun iye gak, hehehe) Dengar khabar tuan rumah baru sembelih lembu jam 4 pagi tadi. Memang daging fresh from the farm kekdahnya.
Kami duduk tak lama, pasal sampai lambat kan. Alhamdulillah jalan balik tak sesak.
Abam Aaron yang gembira pasal dah sampai Melaka, hehehe...
15 comments:
hensem abam aaron. dah nampak muka boyish dia!
wow MELAKA.. me stay overhere you..but for study only..btw, ur kid are so cute! :)
there you go smiley face abe aaron!haha..comel sgt ^^
Tangga rumah-rumah kampung kat Melaka memang cantik kan.
Comey Aaron =)
kak.. kalau plus tu.. dari sebelum nilai da jam.. hari2 jam.. ingat akak cakap lalu LDP sampai kjg nak masuk lekas.. selalu saye kalau balik melake lalu lekas.. sampai seremban baru naik plus.. kalau tak memang hadap jam la..
da besar da abam aaron.. comel..
alamak, takde rezeki jumpa akak n picit2 pp aaron. rumah saya dengan air molek tuh 10minit je kak huda T.T
amboi seronotnyeeee abg aaron bam2 tu dpt makan kenduri. mesti x ingat kat k.aiyu dah tu lelama @Msia
lama tak dgr kisah mek aiyu.. how is she?
-niza noordin-
Dh nmpk kokesen nya abam Aaron
my hometown!! tu belum jalan2 kt kampung hang tuah lagi. dapat pulak makan inang-inang =)
ah nk pinjam abg aaron..supaya mariam jd kakak..eh blh ke gtu..insyallah
abg aaron dah sengih2 lah..geram bby boy!!!!
haih,semua menayang baby2 yang debabnya meruntun jiwa...adehh
slm...
comelnya baby...rindu nak ada baby lagi..hmm :-)
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
Post a Comment