Sunday, April 20, 2014

Easter egg hunt

Seminggu ni iolls senyap kejap k.

Mertua ada kat rumah ni, hahaha... Kena lah pura-pura rajin sket.

Hujung minggu ni, adalah festive season di sini. Jumaat lepas Good Friday, hari ni Easter Day. Nak baca sejarah malas, yang iolls tau, Easter ni best pasal banyak cekelat je, hehehe... Waktu ni lah segala mak nenek cekelat ada, yang sedap-sedap belaka. Dan paling best, esok pagi semua cekelat akan jadi 50% off. Pasti akan ku gegar kedai di pagi hari, hihih.. Anything for my sel lemak, baby.

Cakap pasal cekelat, Khamis lepas sekolah Cik Aiyu ada Easter Egg Hunt. Kekdah nye macam treasure hunt gitu, cuma yang disorok adalah telur-telur plastik. Dalam tu selalunya diorang isi "treat" macam cekelat, candy, duit, mainan dan sebagainya.

Untuk sekolah Cik Aiyu, semua ibu bapa kena sediakan 24 biji telur untuk seorang murid. Semua ibu bapa dijemput untuk menyaksikan acara mencari telur-telur tersembunyi itu. Siapa yang rajin, boleh datang awal sket untuk tolong sorokkan telur-telur.

 
Nak sorok lebih-lebih pun tak leh. Dah kata yang nak mencari nya budak 3-4 tahun. Letak mana boleh je la, hihihi... 
 
 
 
Memasing keluar kelas bawak baldi. Semua baldi sama aje, tapi ada tulis nama.
 

 
Kanak-kanak yang excited. Mommy pun excited sama.
 

 
Cikgu kata, readyyyy.... settttt...... goooooo!
 

 
Cik Aiyu dalam misi mencari telur-telur tersembunyi.
 
 
Masa diorang tengah cari telur ni, baru I perasan, yang bebudak ni ramai tak competitive. So not Asians, hahaha... Diorang jenis dah jumpa 2-3 biji telur, boleh stop jap, borak dengan kekawan.
 
Aiyu: "See... I got the princess egg".
 
Hudson: "Ohhh.. I got the tiger egg".
 
Kita lak yang kalau boleh nak suruh diorang kumpul bebanyak telur, hihihi..
 

 
Kanak-kanak dengan hasil kutipan memasing.
 
 
Balik rumah, kecoh Cik Aiyu cerita dekat daddy, yang dia dapat banyak telur. Bila dikira, Cik Aiyu dapat total 20 biji telur.
 
Rogi 4 biji telur mommy.
#kiasumom

8 comments:

Kniedaz said... BALAS

20? not bad la...hehehe..jenuh makan coklat :)

Nasa Mulia said... BALAS

nanti balik kg msia, cik aiyu boleh tolong kutip telur itik...hehehe

Unknown said... BALAS

hahahhaha...lawak. mmg mak asia sungguh, siap kira rugi 4

Miss Cool said... BALAS

Haha. Mak kau berkira Cik Aiyo.

Amyz! said... BALAS

Alo comel2 la budak2 ni nak gi kutip telur. Bagus ek aktiviti camni. Budak-budak dari kecik bleh belajar budaya/sejarah dorang.

Siap borak2 lagi. Tak best menang2 nih. Hahahaha.

Aaa.. Coklat apa best? Dah lama tak makan Patchi. Hehehehe.

persimmon said... BALAS

cuba letak telur pindang..
mesti tk abis ngutip..

Faroro said... BALAS

Cik Aiyu, kak Farah nak pnjm sweater tu boleh? Hehe cuteness overload! <3

Fifi Nadhrah said... BALAS

mane gambar hasil treat? sure aiyu seronok dapat cekelat banyak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...