Selamat berpuasa semua!
Better late than never, eh? :D
Kitorang kat sini mula berpuasa Sabtu lepas, so hari ni dah masuk hari kelima lah. Subuh dalam jam 5:25 am, Maghrib 9:00 pm. So hampir 16 jam juga. Tapi alhamdulillah sejak kebelakangan ni, cuaca tak panas sangat. Macam paham paham je kami ni berpuasa, hihihi...
Akhirnya, cik kak kita dah masuk umur 4 tahun.
Penat dengar dialog "Mommy, when I am 4, I want to .....". Sejak November you, sejak first birthday party kawan sekelas dia. Kat sini sekolah masuk Sep to May, instead of Jan to Nov. Siapa lahir bulan September ke Disember, kena pergi sekolah tahun depan. So macam Cik Aiyu ni, antara murid paling muda dalam kelas lah. Abam Aaron nanti lak, akan jadi antara murid paling tua, hahaha...
29 Jun 2014.
Dialog baru sekarang,
"Mommy, I can do this because I am 4".
Iye lah nak.
Cik Aiyu dengan hasil lukisannya.
Skang easel kena letak luar, pasal dah ada pak kacau. Kalau setakat kacau tu takpe lagi, ni nanti pantang terlepa, dia makan kapur. Semua benda nak masuk mulut. Kekadang kita tengah duduk atas kerusi, tau tau dia dah gigit ibu jari kita kat bawah.
T__T
Memang beza betul kan, budak lelaki dengan budak pompuan. Budak lelaki ni... masya allahhh... nak dukung pun susah pasal dia akan meggelupur minta lepas. Tapi bila kita lepas dia bising. Tak paham mak. Ni nanti nak balik Malaysia tak tau la camne, pasal kitorang insya allah balik bertiga dulu. Cik Abe macam biasa, cuti tak panjang. Dia datang kemudian.
Jadi kot kot korang terjumpa ada pompuan nanges kat airport, tegur lah cakap hi, hahahahaha....
7 comments:
Comey la cik aiyu.big girl dah.kang tak lama lagi tetiba dah dapat menantu pulak.hihihihi.
She so cute :-)
u nak i tggu kat gate ke tolong sorong baby stroller, hihi
because im 4,hehehe.comels! hai salam kenal.
pandainye aiyu lukis..
Kulit cik aiyu ni nanti akan jadi kegilaan ramai. Taaaaan gitu. Tak yah gi tanning dah
Lukis smpai ke dahi hihi
Post a Comment