Salam merdeka uollssss!
Tau dek cikgu Bahasa Melayu, habis kena balun. Apa uolls uolls haaa? Perosak bahasa betul. Padanlah BM ko dulu dapat C4, hahahaha....
Takpe, yang penting pass kan cikgu :D
Jadi camne, apa aktiviti semua? Hari ni cuti kan, mesti ramai yang pakat jejalan, atau pun guling guling kat rumah. Kat Amerika ni pun cuti Isnin ni, untuk Labor Day. Tapi kat sini standard le, ada recognized holiday, ada non recognized holiday. Labor Day ni non recognized holiday. Non recognized holiday means typically non-government based company will still work. Kiranya abang USPS je cuti, abang UPS & FedEx tak, hahahaha... Nampak sangat betapa eratnya hubungan I dengan abang abang posmen kan :P
Siang tadi, kitorang ada baby shower untuk Adeline. Adeline is another Malaysian in Midland, with an Indonesian husband. Kat sini orang Malaysia tak ramai, orang Indonesia boleh tahan lah juga. Jadinya muka muka Malaysia yang tak malu *ehem ehemm*, selalu menempel kat acara-acara orang Indonesia, hihihih... Semangat cintakan jiran gitu, auuwwww... Diorang memang selalu berkumpul, I je yang baru join. Sebelum ni malu-malu kucing, skang ni dah tak malu tiger. Asal ada je jemputan, insya allah muka kami bakal ada, hihihih...
Kalau dah berkumpul ni, mesti lah ada makan makan kan? I ditugaskan untuk bawa kek. Semalam pergi Albertson's untuk order kek, tapi diorang dah penuh untuk tengahari tadi. Jadi nak tak nak, terpaksa la I mulakan aktiviti membakor. Sebenarnya suka, tapi risau gak, takut kek tak jadi. Alhamdulillah kek tak bantat. Since they are expecting for a girl, I made yellow cake with strawberry frosting. No coloring you, pakai strawberry je untuk warna ;)
Agak agak sama saiz tak tapak kaki baby tu?
Susah juga nak lukis free hand. So I memang respect la orang yang boleh lukis memacam atas kek, hihihi... Definitely not me!
I tak amik gambar tadi, pasal segan nak kemho hahahaha... Semorang macam takde amik gambar beriya, so takut jadi bahan kang. Nak buat perangai kena tunggu dulu, skang ni coverina dulu ye, hihihi...
Dan seperti biasa, kalau dah yang berkumpul tu orang Asian, kes tapau menapau tu wajib ada. Cik Abe rasa terkesima kejap tengok jumlah makanan yang ada. Dengan bangga iolls jawab, "This is Asian gathering style" hehehe...
Murah rezeki I, boleh cover beberapa hari ni, hehehe... Buat masa ni campak freezer dulu. Bila rasa malas menular, taaaa daaaaa..... microwave kan ada!
Enjoy your days off peeps!
xx
6 comments:
homeinya kek tuuu!
kek cute lor...suka tengok...mesti sedap kan...
simple and sweet sangat kek tu.. :)
comel kek tuh...
Asian gathering..paling best ada door gift..bleh amik skali utk anak2 yang tak datang..sedara2 yang tak hadir..dan jiran2 sekeliling yang tuan rumah pun tak kenal.. :P
aiyoo comel sngt cake tu! i pun tak pandai lukis atas cake haha.. so buat cake style campak2 sajork! LoL!
Post a Comment