I’ve been looking forward to bring Aiyu to Aquaria since we were in Texas. Bukan apa, cik kak kita ni selalu ada aktiviti. Duduk rumah lelama, dia jadi serba tak kena. Gymboree is fun, but can be a bit boring, especially if she’s the only one inside. Plus she’s really good in climbing now, jadi aktiviti di Gymboree tu is sooo two thousand and eight kata dia, hahaha…
Tak percaya? Tengok apa cik kak kita buat sementara menunggu Aadel & Ellina.
Dia nampak gambar katak kat tunnel, terus sebut ‘ribbit ribbit’ dan buat aksi lompat katak.
T__T
Tiket untuk masuk ke Aquaria adalah RM 35 untuk dewasa, RM 25 untuk kanak-kanak. Bawah umur 3 tahun, percuma. Harga ni kalau korang bawak MyKad, kalau muka ala-ala PATI pastu lupa nak bawak MyKad, sila tambah RM 10 untuk dewasa & kekanak hokay… Kalau staf PETRONAS, dapat diskaun tiket, RM 28 untuk dewasa. Tapi diskaun staf tidak berguna kalau ko gi beli tiket untuk 6 orang, sedangkan ko datang berlima (*kisah benar Nurulhuda, bukan nama sebenar*). Nak jual tiket pun tak laku, pasal sape sangat orang Malaysia nak datang Aquaria jam 5 petang? Dah rogi RM 28. Padan muka.
Yang tak syiok nye, dalam Aquaria takleh pakai flash camera. So pepaham sendiri lah, kenapa gambar tak banyak, hehehe.. Ni pun terima kasih pada Abang Azizul, pasal dia lah photographer pada hari itu. Mak nye jalan lenggang kangkung aje.
Masuk masuk Aquaria, ada 3 kolam kecik yang korang boleh celup-celup tangan. Ok, nama glemer dia adalah Touch Pool. Kebetulan ada abang kat situ yang bagi penerangan. Agak cool jugak, pasal yang pergi sebelum ni, aku buat cerita sendiri, hahaha… Antara haiwan yang diorang kasi pegang adalah gamat, tapak sulaiman dan ikan-ikan kecil. Anak iolls geli dengan gamat. Jangan risau nak, mak pun sama 
Antara haiwan lain yang ada di situ adalah electric eel, water rat, otter, snakes, frogs, tarantulas, coatimundi and much more. But of course, highlight of the day would be the 90 m underwater tunnel. Nak ikan apa, semua ada! Time ni le ada suara-suara di belakang yang kata, ‘kalau dapat fishing kan best!’ Tetiba tuan tanah terasa rindu yang bernapas ikut regulator… Fefeeling diving kejap, lama sungguh tak terjun laut!
If you plan your day ahead, you might encounter the feeding sessions. Which will be the coolest thing for kids I bet
Not too sure if they let public to do it too, kalau ada mesti best kan. Jadi macam Aiyu kasi makan kat kambing dulu, hehehe…
My personal view, Aquaria has one of the nicest underwater tunnel. Something I boast about when someone ask me about Malaysia. So kalau korang ke KLCC, panjang-panjang kan lah langkah ke Aquaria k 




