Bertambah lagi gajet di laman belakang rumah kami.
Asal usul nya adalah kerana apabila mak bertani, anak pun sibuk sama nak bertani. Kesian oregano kami, berapa kali dah Cik Aiyu cabut dari tanah. Kata beli pokok instant, memang la senang tercabut nye. Nak beli benih, alahaiii.. yang aku tanam minggu lepas tak nampak hasil lagi. Harap-harap keluar la putik nya, kalau tak, memang aku cari pokok instant lagi la, hahahaha…
Tapi hari ni bukan cerita pasal tanaman kami. Hari ni nak tunjuk rentetan gambar macam mana Cik Aiyu excited jumpa kaki yang hilang dimakan tanah.
Nah kau, makan tapak kaki!!!
It’s amazing how kids can be excited over the smallest thing. Nak buat macam mana, dia tak kenal Louboutin dan 2.55 lagi, hehehe…




