I guess we are done.
Aik, gitu je ke?
Well, I am not too sure how to tell when it is done. Yang pasti, masuk hari ni, dah 3 hari Cik Aiyu tak menyusu badan.
Semalam ingat nak update blog, tentang hari kedua Cik Aiyu. Tapi mak nye penat sungguh semalam melayan kerenah anak yang tak tentu hal tu. Kejap ok, kejap naik angin. Kejap happy, kejap berguling atas lantai. Ko pe hal, menopause ke nak? Agak nye macam tu la dia rasa kan, bila nak bercerai susu. Mak nye pun mood sipi sipi aje. Dengan melayan bengkak, penat nak mengemas rumah, PMS lagi… haaaa… kalau nak komplen, sampai esok pun tak sudah!
But overall, I think she’s been a terrific kid. I thought it will be much harder, tapi alhamdulillah… it was not so bad for us. Macam semalam, dia bangun jam 5 pagi. Selalu kalau time ni, bayi akan disogok susu, tapi kali ni, nak tak nak kena la bangun temankan dia. Time tu aku dah ready dengan lemon, dengan susu lembu yang dipanaskan. Bila offer ‘cow’, dia minum sket je ar. Tapi ‘susu’, dia langsung tak mintak.
Sambil tengok tv, dia bantai capai kain, pastu lap semua benda yang ada depan mata dia. Hari pertama kami cerai susu pun dia kemas satu rumah. Amik kain, lap perabot ngan tv. Cara nak hilangkan stress agak nye, hehehe… Lepas dah di lap semua benda, dia himpun atas meja makan.
Tengok tu, terang benderang lantai. Kalau tak, mesti ada barang larangan atas lantai. Nak jalan pun kena hati-hati, takut terpijak benda yang tak patut.
Dalam pukul 10 pagi camtu, dia mintak susu. Aku pun letak jus lemon lagi, baru sua kan kat dia. Dan sekali lagi, dia buat muka pelik. Pastu aku repeat, cakap ‘susu icky’. Time ni dia cam agak tak puas hati, mula guling-guling atas lantai. Aku pun cuba distract dia, ajak coloring. Oh man, coloring is heaven I tell you! Terus anakku terpedaya, lupa kat susu yang diminta tadi.
Pukul 10:30 pagi, ada cerita Word World kat tv. Ni cerita feveret Cik Aiyu skang ni, so time ni la aku lari gi mandi. Bila selesai mandi, aku tak dengar pun suara dia. Takpe, mak nye cepat-cepat bersiap, nak check keadaan anak.
Jumpa-jumpa kat sofaaa…..
Ada orang dah tertido, dengan muzik dari iPod sebagai penenang diri.
Lama gak dia tido camtu semalam, dalam 2 jam.
Lepas daripada tu, setiap kali dia sebut susu, dia akan kata “Susu? Icky.” Sendiri tanya, sendiri jawab, muahaha.. Nasib baik takde part raba-raba, hehehe…
So I guess, it was not too bad for us, huh?
Bagi yang bertanya, meh kita list kan. Harap-harap boleh jadi panduan bersama 
- Letak jus lemon di situ, setiap kali nak susukan anak. Ada orang letak garam, asam jawa, kopi pekat. Ikut kesesuaian memasing.
- Spend extra time with them, doing the things they like. Basically you don't want them to think weaning is a form of punishment.
- Rewarding might works too. Macam tadi, mak nye belikan anak hadiah, sempena dah jadi big gal ni 
- Kalau diorang nangis tak dapat susu, try to distract them.
- Be patient. Their behavior might change, so just don’t get mad easily.
Kepada ibu-ibu yang tengah nak wean off anak, selamat berjaya! 




