Thursday, June 7, 2012

Weaning done?

I guess we are done.



Aik, gitu je ke?



Well, I am not too sure how to tell when it is done. Yang pasti, masuk hari ni, dah 3 hari Cik Aiyu tak menyusu badan.

Semalam ingat nak update blog, tentang hari kedua Cik Aiyu. Tapi mak nye penat sungguh semalam melayan kerenah anak yang tak tentu hal tu. Kejap ok, kejap naik angin. Kejap happy, kejap berguling atas lantai. Ko pe hal, menopause ke nak? Agak nye macam tu la dia rasa kan, bila nak bercerai susu. Mak nye pun mood sipi sipi aje. Dengan melayan bengkak, penat nak mengemas rumah, PMS lagi… haaaa… kalau nak komplen, sampai esok pun tak sudah!

But overall, I think she’s been a terrific kid. I thought it will be much harder, tapi alhamdulillah… it was not so bad for us. Macam semalam, dia bangun jam 5 pagi. Selalu kalau time ni, bayi akan disogok susu, tapi kali ni, nak tak nak kena la bangun temankan dia. Time tu aku dah ready dengan lemon, dengan susu lembu yang dipanaskan. Bila offer ‘cow’, dia minum sket je ar. Tapi ‘susu’, dia langsung tak mintak.

Sambil tengok tv, dia bantai capai kain, pastu lap semua benda yang ada depan mata dia. Hari pertama kami cerai susu pun dia kemas satu rumah. Amik kain, lap perabot ngan tv. Cara nak hilangkan stress agak nye, hehehe… Lepas dah di lap semua benda, dia himpun atas meja makan.

DSC05721-e

Tengok tu, terang benderang lantai. Kalau tak, mesti ada barang larangan atas lantai. Nak jalan pun kena hati-hati, takut terpijak benda yang tak patut.

DSC05727-e

Dalam pukul 10 pagi camtu, dia mintak susu. Aku pun letak jus lemon lagi, baru sua kan kat dia. Dan sekali lagi, dia buat muka pelik. Pastu aku repeat, cakap ‘susu icky’. Time ni dia cam agak tak puas hati, mula guling-guling atas lantai. Aku pun cuba distract dia, ajak coloring. Oh man, coloring is heaven I tell you! Terus anakku terpedaya, lupa kat susu yang diminta tadi.

Pukul 10:30 pagi, ada cerita Word World kat tv. Ni cerita feveret Cik Aiyu skang ni, so time ni la aku lari gi mandi. Bila selesai mandi, aku tak dengar pun suara dia. Takpe, mak nye cepat-cepat bersiap, nak check keadaan anak.

Jumpa-jumpa kat sofaaa…..

DSC05728-e

Ada orang dah tertido, dengan muzik dari iPod sebagai penenang diri.

Open-mouthed smile

Lama gak dia tido camtu semalam, dalam 2 jam.

Lepas daripada tu, setiap kali dia sebut susu, dia akan kata “Susu? Icky.” Sendiri tanya, sendiri jawab, muahaha.. Nasib baik takde part raba-raba, hehehe…

So I guess, it was not too bad for us, huh?



Bagi yang bertanya, meh kita list kan. Harap-harap boleh jadi panduan bersama Smile

- Letak jus lemon di situ, setiap kali nak susukan anak. Ada orang letak garam, asam jawa, kopi pekat. Ikut kesesuaian memasing.
- Spend extra time with them, doing the things they like. Basically you don't want them to think weaning is a form of punishment.
- Rewarding might works too. Macam tadi, mak nye belikan anak hadiah, sempena dah jadi big gal ni Open-mouthed smile
- Kalau diorang nangis tak dapat susu, try to distract them.
- Be patient. Their behavior might change, so just don’t get mad easily.

Kepada ibu-ibu yang tengah nak wean off anak, selamat berjaya! Smile

19 comments:

Kisah Hati said... BALAS

Huda, you know what??? I menangis masa baca ni.

Madam Sooyaree said... BALAS

Auww.. sorry to make you cry. I pun sedih jugak sebenarnya. Happy ada, sedih ada, rasa lega ada, rasa kehilangan ada, bercampur baur lah gitu :)

Anonymous said... BALAS

perghh.. 3 hari je?!! hebat la cik aiyu & mummy!! kitorg haritu after seminggu pun perang lagi terpaksa enlist help from grandma.. now masih ada moments yg meminta and def. hari2 dean mesti greet *kawan2 lama*.. huhuhu

congrats!! big girl cik aiyu :-D

ijah

FaznFaz said... BALAS

uish.... ko bengkak susu lagi???? aku start weaning off bila anak aku 2 thn 4 bln, susu pun ala nan ado ajer!!! so, mmg tak bengkak laaa.... bengkak nipple sbb kena gigit ngan anak pasal xde susu adala....

good girl! suka mengemas!!! anak aku??? dia buat sepah, pastu cakap kat aku, 'Mummy, kemas!, Mummy, kemaslaaaa' Stress!!!!!

Konot said... BALAS

I baru wean off sofeya, after 3.5 yrs. Nak blog jugak lah..hehe

lyza said... BALAS

Wahhhh very the matured la aiyu ek... tak amik masa lama nak paham n follow...bagus bagus bagus..anak buah sapa la tu kan...hahahaha...

dah jd geng mimin la..tp mimin letak hp aye kt sebelah sambil dgr lagu taubat maksiat - wali band - d ulang2 lagu yang sama sampai le lena.. bleh gitu..very the ustazah anak ai.. :P

s.z.a_s.z.a said... BALAS

omg!!! happening giler cik Aiyu tdo.
nasebla ada iPOd mengganti susu...
kalau tak maunye meraung...
heheheheheh~

anyway, congrats sis...
good job...
:)

dh graduate dh cik aiyu...
graduate dari menyusu badan.
heheheehehhe~

PutriesNoora said... BALAS

hebatnya cik aiyu!!nak wat menantu la cenggini...hehehehe...*tetiba*

sabira said... BALAS

hehehe...tinggi betul semangat kesabaran akak...tp nak tergelak time si aiyu kumpol toys atas meja makan..mak aiii..punya banyak toys dia..hahahaha..best gak kalau time stress tak dapat susu terus kemas satu rumah...licin...boleh di implementasi sampai besar tue kak..:))artwork dia jangan luper simpan kak,nanti esok dia dah besar boleh tgk tgk balik...

Amy Z! said... BALAS

Alhamdulillah. Weaning off went smooth. Good girl la cik Aiyu. :-)

I try kelmarin, letak lemon juice - berjaya. Lepas rasa lemon, terus cakap, susu mama masyam. Lepas tu tak mintak2 dah.

Tapi semalam, dia mintak, bila rasa lemon, terus dia menangis mendayu2, mulut cebek, air mata meleleh2.. Mak dia tak sampai hati. Hahaha.

Tak apa. Nanti I try lagi.

Kh@iLi said... BALAS

Dah berjaya akhirnya..Alhamdulillah..dah boleh jd kakak.. :)

Kisah Hati said... BALAS

Huda, I cried because of so many things happened today. First year of my born day without my ayah (sobsob). 1st year celebrating birthday without my husband kat sisi (meraung lagi kuat). Baca lak kisah cik aiyu bercerai susu & cara dia nak atasi stress dia (kagum & sedih). I memang dah meraung lunch hour tadi dalam surau (huuuu.....)

NunsNajib said... BALAS

Bagusnya aiyu! Good girl la dia. Jam kat tangan tu tetap tak lepas you! :)

Unaizah said... BALAS

Good girl Aiyu! Hope mine would be as smooth as yours :-)

Anonymous said... BALAS

Bravo aiyu...mak dia sgt tabah...good job!! Mary gtu gak..bila dia request..ms 2 thn..beri dia minum susu coklat o strawbaby(Mary Pagel)..skrg usik nk neneng..automatik dia tk nk..sbb susu bdn tk der..kekdg dia meraba..tk Kira masa..sabar jer

Reen Tart Nenas said... BALAS

ya ampunnn puan. hati sangat kering. sangat tabah! tp berbaloi. tp mesti susah kan. tp ni kisah yg patut ibu2 bleh follow. hehehe

Nanak said... BALAS

wow! congrats cik aiyu & u dear..
i baru balik dr KK and dah beli lemon siap2 kat giant..lemon dari argentina you..haha..tak pernah i beli lemon sblm ni..mahal juga..dlm rm1.39/pc..hehe
doakan i berjaya..:)

ummi_khalish said... BALAS

tq..gud info..dil pun tengah berusaha untuk berhentikan susu..khalish dah 2 thun 2 bln dn nk dapat adik dah..wish me luck..huhuhu

Madam Sooyaree said... BALAS

Ijah,
Hahah.. ok le tu, ada backup tentera. Kitorang takde, tu kena ala Nazi sket, hehe

Eila,
Aiyu rezeki murah kekdahnya :P Aku rasa keturunan kot, mak aku pun banyak susu. Weh, anak aku suka mengelap, tapi barang suka bersepah. Stres mak weh!

Konot,
Waaa... ni lagi lama, power power... Haruslah, boleh la kita compare nota, hihihih

Kak Lyza,
Taubat maksiat? Hahaha.. nanti aye cari lagu tu. Macam best je tajuk. Anak uolls memang, semua sazah. Makan KFC pun tanak! :P

Sza Sza,
Thanks dear :) iPod tu memang membantu, esp time kita driving, hihih.. Tapi tak lama gak, lepas 30 minit mesti jatuh ke lantai T__T

PutriesNoora,
Auwww... ok je auntie, nanti kasi bank statement ha, hahahaha

Sabira,
Tu baru yang depan tv, bilik mainan dia belum lagi, huwaaa.. Kita alihkan pergi bilik tu, nanti pelan pelan dia bawak depan tv balik, hihihi... Nak buat camne yang, terpaksa lah sabar. Nak mengamuk pun, kita yang rasa bersalah sat gi :P

Amyz,
Hahaha.. part tak sampai hati tu yang susah kan.. Ngan untuk kita, part dia bangun awal pagi, hahaha.. Kalau dulu bila sumbat susu, dia tido balik. Skang? Jaga la ko bersama, hahaha

Khaili,
Alhamdulillah :))) Kakak, hehehe... takde planning lagi :P

Kisah Hati,
Happy belated birthday dear! Takpe, tu semua cobaan... insya allah, nanti jadi lagi tabah kan :)

NunsNajib,
Hehehe.. jam harusss... nak mandi je bukak. Kalau waterproof, agaknye memang berbelang tangan kesan jam, hihihihi

Unaizah,
Insya allah dear :) Kita yang kena keras sket, I rasa baby lagi kuat dari kita, hihihi

Azza,
Waaa... Mary minum susu strawbaby, hihih.. Comel aje dia panggil :D

Reen,
Terpaksa la dear, kitorang berdua je kat sini. Bapaknye keje busy le pulak minggu ni, so nak tanak terpaksa la tabah sket, hehehe...

Nanak,
Waa... jauhnye beli lemon! Limau pun ok kot, hihihi.. Jauhnya lemon datang, tah tah pasni Fredo cakap Spanish, hihihih.. Good luck, you can do it!

Ummi,
Good luck dear, and congrats! :D Insya allah, kita kena keras hati extra, tu yang paling susah rasanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...