Monday, April 26, 2010

Malaysia oh Tanah Airku!


Penat!!!

My advice is, elakkan travel tatkala 7 bulan mengandung. Especially if you are alone. Extra bonus kalau ada gunung berapi pulak yang meletup. Memang hazab....

Cerita nya bermula di sebuah bandar bernama Willy Town. Since airport terdekat (memang dekat, tak sampai 10 min dari rumah) adalah airport yang ada satu airline sahaja (dan kapal terbang pakai propeller y'all), so pepaham la ye service nya. Patut flight kul 6 am, tapi diorg cakap flight to delay to 9 am. Next scheduled flight ada kul 7 am, tapi dia kata dah penuh, takleh masuk. So kalau kena amik 9 am flight tu, mmg kacau lah semua flight kemudian ku. Time tu diorg suruh call United, and tau tak berapa lama kitorang on hold??? 50 min!!! Cakap tipon ngan laki pun tak lama cam tu tau!

Anyway, setelah berhempas pulas dan hampir bergaduh, akhirnya diorang kasi board plane kul 7 am tu. Tapi memandangkan ticket asing dibeli untuk flight2 seterusnya, kena claim bag kat Denver, dan recheck balik. Sampai Denver tinggal dalam sejam sebelum next plane nak board. Terpaksa la berlari2 ke kaunter United utk amik boarding pass + check bag. Dah la ada 2 bag, memang rasa cam nak nangis tarik bag berat tau. Sib baik sempat (tu pun kena gi special counter, kalau counter biasa tu mmg tertinggal kapal le), then kena rushing pulak untuk go through security.

Dari Denver flight pergi ke San Francisco. Yang ni ada gap dalam sejam setengah, tapi jarak dari gate A ke gate B memang jauh. Sempat la buat pit stop kat Burger King, beli makanan jap. Time tu lunch time, memang la lapar kan, nak2 memang selalu makan on time. Masa dah board flight from San Francisco to Shanghai tu, mula terasa ke chaotic kan keadaan. Korang pernah tak travel dengan a big group of makcik2 kiah pergi bercuti? Gitu la havoc nye keadaan. Ada sorang makcik ni, duk bukak storage compartment sana sini (yg dah penuh ye) semata2 untuk selamatkan paperbag Burberry dia. Come on la weh! Apsal la takleh letak bawah kaki aje? Pastu setiap compartment dia bukak tu dia tak tutup rapat. Datang la sorang steward gay tu duk cakap kat dia, jangan bukak compartment yang dah penuh, tapi seperti biasa, makcik2 ni memang degil orangnya. Nak je aku bangun lempang, hehehe.

Ada sorang pakcik ni pulak duk melunjur kaki ke aisle, letak bag bawah kaki dia. Bila steward tegur suruh letak bawah seat, dia mati2 tak nak, cakap kaki dia sakit. Dah la kecoh sekejap, kena cari stewardess yang pandai cakap bahasa Cina untuk explain kat dia. Dalam hati jahat aku berkata 'kalau nak tempat kaki panjang, pi la beli tiket business class kan' Macam2 lagi lah kerenah rombongan makcik kiah ni, pening aku.

Sampai kat Shanghai ok lah, ada gap 3 jam lebih. Tu pun satu lagi, dari Terminal 2 ke Terminal 1 punya lah jauh nak jalan. I took my own sweet time nak sampai. Time tu kaki memang rasa nak tercabut, but what can i do kan? Sampai Terminal 2, jumpa kedai makan, masuk beli fries + ice cream. Pastu aku pergi ke gate, kerusi diorang memang elok takde tempat handrest, makanya zzzzzz..... Best tul dapat baring, memang aku buat macam rumah sendiri, hahaha...

Flight ke KL ni delay dalam 1 jam, so bila sampai KLIA nampak muka mak + 3 adik beradik tgh tunggu. Waahhh... sooo sweettt! Selalu sebelum ni time keje memang selalu naik taxi aje balik rumah, tapi kali ni ada orang datang jemput. Rasa sweet sangat, esp bila sampai tengah malam kan. Esok tu 2 kakak cuti kijo, adik mmg memang cuti uni, so memang best lah bantai borak.

Home sweet home!

2 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

yeayyy dah sampai mesia eh narif....
:D

Sooyaree said... BALAS

:D lady pun dah balik kan.. cantik nye gambar swiss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...