Sunday, September 19, 2010

Aqiqah Cik Aiyu

Penat.

Alhamdulillah kenduri aqiqah Cik Aiyu berjalan lancar hari ni. Mula-mula tu takut jugak kan dia buat ragam. Especially since dia menjerit non-stop malam kat rumah Ooni hari tu. Very the scary one. Kami buat spekulasi, rumah Ooni ada Cik Han. Hehehe, sorry babe, me love you!

Anyway, preparation untuk aqiqah ni bermula dari hari Jumaat jam 11.30pm. Lepas balik dari rumah Ooni, Sally & I mulakan projek membakar cupcakes. Setelah gagal 4 kali, akhirnya kami berjaya jumpa resipi cupcake unggul. Nak tau? Bayar lah, hehehe....

Malam tu kitorang tido kul 4 pagi. Well, Sally tido lagi lambat lah, pasal dia jaga oven. Seperti biasa, ku jadikan Cik Aiyu scape goat nak tido awal, hahahaha. Sorry Sally!

Semalam pulak satu hari melepa simen icing. Macam-macam design ada. Heart shape lah, bunga ala orang mati la, design orang tunang la, semua ikut suka hati tukang pegang icing. Pukul 7 petang baru settle. Alhamdulillah, sempat pun buat 300 cupcakes. Korang pernah tak buat 300 cupcakes? Penat weh! Rasa nak pengsan pun ada. Macam mana lah perasaan tukang buat kek. I feel for you woman!

Hari ni majlis patut bermula jam 11am. Tapi gang marhaban jam 10:30am dah terpacak depan rumah. Cik Arip seperti biasa, dengan tak sabar suruh majlis bermula. Nasib baik ku dah sempat touch up. Masa marhaban tu Cik Aiyu duduk senyap aje kat tengah dengan Daddy dia. Lepas marhaban settle, majlis makan pun bermula. Kambing biri-biri bakar yeop! Sodap sehingga menjilat siku! Siapa yang tak dapat makan, rogi you! Selain kambing biri-biri tu, menu hari ini adalah nasi beriyani, daging beriyani, ayam cili, dalca, buah-buahan, sirap bandung dan teh tarik.

Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir. Best dapat jumpa kawan-kawan, especially yang dah lama tak jumpa. Yang selalu jumpa pun, best jugak jumpa korang, hehehehe. Kepada mereka yang tidak dijemput, sorry kawan-kawan, jemputan terhad. Tak dapek den nak ajak semorang. Mintak ampun mintak maaf. Nanti Cik Aiyu kahwin insya allah kita jemput ;)

Boleh pulak baju Cik Abe sama ngan gang marhaban. Langsir pun sama, muahaha. Lantak

Cik Aiyu di doakan

Happy family gitu, awwww

Makcik-makcik tak sabar nak ke meja makan...

...sebab pakcik-pakcik dah mula booking meja

Lauk-pauk yang ada

Kuih bakar terbaik dari arwah Nek Aji (skang anak dia la yang jaga, hokay)
Kambing biri-biri yang enak berkrim, bagus untuk arteri

Encik Yasir tuan punya katering merangkap pemotong kambing

Apek Luqman jual tembikai

Antara kawan-kawan yang hadir

8 comments:

Syima Syaz said... BALAS

ok..
nanti cik aiyu kawin jgn lupa jemput tak...hehehe

marinahunny said... BALAS

waah meriahnye buat cupcakes..apsal xde gmbar cupcakes..ahahaha

Lady of Leisure said... BALAS

meriahnya aqiqah cik aiyu... macam2 makanan ada esp kamben tu sedapnya..

Imparfait Saint said... BALAS

Huda, I seganlah. Nasi Briyani punya sedap, Maiqel tambah 3 kali hehe. Mami dia suka kuih bakar. Nway...body back to normal gitu!

rara said... BALAS

mana gambar cupcake? hehe..

Madam Sooyaree said... BALAS

syim: insya allah :)

marina: i tak sempat nak pegang kamera, tangan asyik melekit dengan butter. adik yang amik gambar, tapi dia dah lari ke universiti :(

lady: kambing tu memang sedap, pandai tukang bakar :)

jas: tak yah segan2 babe. tau tak my nephews semua kagum maiqel tahu speaking. 'kecik2 dah cakap omputeh' kata mereka :D

Chibi Maruko said... BALAS

me booking satu kad jemputan ke majlis kahwin aiyu ni narif... :)

shima said... BALAS

hi narif...hehe..meriah nya..majlis aqiqah..



lilisam..@forum cari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...