Saturday, September 4, 2010

i-City Shah Alam

Malam tadi kami pergi ke i-City. Tak plan pun, mula-mula hajat hati nak ke Klang aje. Tapi bila tengok signboard i-City, kitorang pun cam 'eh, jom gi sana nak?'

Biasalah, benda-benda yang dekat dengan rumah, memang jarang diberi perhatian. Sebagai contoh, ku tak pernah naik KLCC tower lagi. Ye, saya mengaku. Pergi mall nye dah beribu beratus kali, tapi tak pernah pun naik atas tu. Masa awal-awal Cik Abe datang Malaysia, adalah pernah nak pergi dengan dia. Tapi masa tu tutup pulak. Bukan rezeki.

Anyway, berbalik pada i-City, kitorang ingatkan dia jauh ke dalam, rupanya dekat aje dari Federal Highway yang selalu jam tu. Masuk simpang Padang Jawa, lepas tu signboard pun banyak.

Bayaran yang dikenakan adalam RM 10 per kereta. Jadi kalau nak pergi, sila bawak van ye, lebih nilai untuk wang anda. Bila dah bayar, kena pusing-pusing dalam parking bertingkat sampai ke tingkat paling atas, G. Dari situ jalan kaki aje untuk lihat keindahan lampu-lampu itu. Macam-macam ada. Bukan pokok je, bentuk binatang pun ada.

Jom layan....


Selain tu diorang ada safari jugak. Lagi banyak haiwan-haiwan, tapi kitorang tak pergi pasal kena naik turun tangga. Lagipun dah malam sangat, penat. Kesian Cik Aiyu. Lagipun mak ngan Sally dah surrender, diorang tunggu kitorang kat tempat lepak.

Walaupun kepenatan, Cik Aiyu nampak amat fokus dengan lampu-lampu kat sana. Iye lah, selalu tengok lampu putih aje, kali ni lip-lap dan colorful you. Memang sesuai lah nak bawak budak-budak ke sini, cuma datang awal sikit kot. Jangan malam sangat, takut diorang mengantuk pulak nanti kan.

anak mak yang jakun

4 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

baiknya aiyu bawak pergi mana pun dia suka je kan hehe.. btw lady belum sampai lagi ke i city ni hehe..

Rina said... BALAS

cantiknya tmpt ni... mcm season greetings plak eh... dekat dgn kl ke ni? harus masuk dlm itinerary...

Madam Sooyaree said... BALAS

lady: aiyu ni kalau berjalan ok aje. tapi bila kat rumah mula lah, hehe

ratu: tempat ni kat seksyen 7, shah alam. ikut federal highway, exit kat padang jawa

Imparfait Saint said... BALAS

Huda, I duduk shah alam pun tak sampai lagi.Patutuorang buat macam ni kat tgh2 KL ker kan - sure jd spot budak ITM dating

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...