Sempena bulan yang mulia ini, ingin ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari semua.
Kalau ada salah laku, terumpat cerca, tercuri boyfriend, tersakitkan hati, terbangga diri, terperasan cantik atau comel, ku minta maaf.
Kalau ada yang termakan minum, minta dihalalkan.
Selamat hari raya Aidilfitri pada semua.
Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung, bawa kereta elok-elok ok.
Kepada mereka yang akan terbang pula, suruh pilot bawak kapal terbang elok-elok.
Kalau naik Air Asia, suruh stewardess senyum lebih sikit.
Sudi-sudi datang ke rumah. Tapi call dulu, takut ku tengah sibuk menjongket jalan-jalan.
Kalau nak ajak kami datang ke rumah, jangan lupa sediakan duit raya. Kami dah ada baby. Muahahaha, keji gila kan. Baru aje mintak maap dah buat hal.
Gambar raya tahun lepas tak jumpa, gambar permaisuri agong kahwin pun ok la kan.
Selamat Hari Raya!
5 comments:
Colby's first raya atau second?
selamat hari raya....
aiyu mesti byk dpt duit raya..=)
cantikinye gambar kawen..
selamat hari raya utk kamu sekeluarga..
selamat hari raya narif!
jas: colby's second hari raya. tahun lepas baju melayu recycle baju kawin aje, hahaha
syima: selamat hari raya. tu lah, aiyu kena belanja mak dia ni, hihi
marina: tq dear :) selamat hari raya pada marina & family
rara: hari raya pakai baju raya! :P
Post a Comment