Saturday, September 11, 2010

Welcome to Malaysia

Amacam raya pertama semalam?

Seperti tahun-tahun sebelum ni, rumah mak memang gamat dengan 6 anak, 2 menantu, 6 cucu. Eh, tahun ni dah 7 cucu, tambah Cik Aiyu. Dan menantu tahun ni minus one. Jangan risau, semua okeh tau... cuma abang ipar kena kerja di pagi raya.

Tahun ni tahun pertama raya dengan baby, memang lain. Orang lain dah pakai cantik menawan, ku masih tak berbaju kurung pukul 9:30 pagi. Memandikan anak yang tak reti bangun awal. Tapi yang penting, muka tetap maintain. Dan terima kasih pada Helen, Cik Aiyu berbaju kurung di pagi Syawal. Kelas anak mak. Ditambah dengan rantai emas pemberian Jaja, memang macam Mak Limah.

Mak Limah

iskh, bila la nak hilang babat di perut :(

Lepas layan orang datang rumah, dan pergi terjah rumah orang, sesi beraya habis pada jam 10 malam. Semua pengsan lepas tu.

Mak Limah penat serupa Sarip Dol samseng Kampong Dusun

Hari ni pun ramai orang datang rumah. Penat. Macamlah ku yang buat air, masak semua kan, hehehe. Penat sebagai watak tempelan sahaja lah. Tapi hari ni tak gi jalan-jalan rumah orang. Kitorang gi jalan-jalan ke......


One Utama :P


Dari hari tu Cik Abe teringin makan di shopping mall waktu siang. So hari ni kitorang pergi capaikan cita-cita murni nya itu. Kang kempunan, naya pulak kan. Plan asal nak ke KLCC pasal nak ke Sony Style, tapi setelah di Google, baru sedar ada kedai Sony jugak kat OU. So kitorang gi OU je lah, dekat sikit. Beli barang sikit. Sambil itu kami makan sushi, beli donut dan kopi. Patut beli aiskrim sekali, tapi.....


Mari mengumpat kejap :D


Ceritanya camni. Aiskrim kat McD dah habis, so kitorang pergi lah kedai Doraemon untuk beli aiskrim. Depan kitorang ni ada 4 beranak tengah testing aiskrim. Tapi yang tak tahan, 4 orang tu semua nak testing aiskrim. Pulak tu, semua flavor nak try!!! Kitorang sabar lagi. Lepas tu, datang satu mak ni pulak dengan 4-5 orang anak. Selamba badak dia potong queue, mintak aiskrim itu ini. Kesian mat bangla yang jaga kaunter tu, muka stress aje. Kitorang pun elok-elok nak makan aiskrim, terus tak jadi. Boleh agak berapa lama nak tunggu untuk dapatkan aiskrim kan.

While walking away, I looked at Cik Abe and said 'Welcome to Malaysia'

5 comments:

marinahunny said... BALAS

last2 dpt makan x aiskrim tu..?

heheh mcm2 la org malaysia ni kan, benda free ramai je yg laju..

eh free ke..?

Madam Sooyaree said... BALAS

tak... cuma tadi dah pergi mc d untuk lepas gian, hehe

aiskrim tu tak free pun, cuma tester tu le free. tapi malu lah kalau test byk2 tapi tak beli kan

Ili said... BALAS

Cik Aiyu sgt comel berbaju kurung... Waah, saya sgt pantang kalau org potong que saya... Tak kiralaaa tua ke muda.. Mmg boleh tarik muka patblas dan dan tu jugak...

rara said... BALAS

welcome to malaysia? hahaha..

ishh geramnya tengok mak limah tido.. rasa nak cubit pipi dia. hehe

Ruch Mathers said... BALAS

comel gila aiyu in baju kurung :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...