Wednesday, September 8, 2010

Surat pertama

Masa kecik-kecik dulu, ku sungguh excited dapat surat. Iye lah, masa tu mana ada internet bagai kan. Semua pakai setem aje. Masa tu kegiatan penpal memang kira 'in' lah. Lagi-lagi kalau dapat penpal dari luar negara kan. Kalau beli majalah Dewan Pelajar ke, Kuntum ke, memang ada ruangan khas untuk tambah kenalan.

Kerana nak dapat banyak surat punya pasal (little that i know, bila dah besar ni banyak surat maksudnya banyak hutang!), sanggup masuk macam-macam kelab. Bukan Zouk mahupun Nouvo ok, tapi kelab-kelab macam Kelab Colgate, Kelab Ribena dan Kelab Sustagen. Semua ni dulu i jadi member you! Rasa best habis lah bila Kelab Colgate kasi badge kat kita. Siap pin kat beg sekolah tu. Rasa bangga diri kejap.

Tapi zaman sekarang, budak-budak dah tak pandang semua tu kot. Semua sibuk menghadap internet, PS-1/2/3, Wii, PSP, xBox, Nintendo dengan Astro. Si Luqman yang umur 6 tahun tu pun dah sibuk ke hulur ke hilir dengan PSP ok! Masa umur 6 tahun dulu, paling abis pun ku main puzzle. Kalau aktiviti ramai-ramai lak, main kejar-kejar, tepuk kad atau baling selipar. Paling kelakar kalau main kejar patung, kena freeze bila dah kena sep. Macam-macam aksi ada, memang macam sakai.

Anyway, hari ni Cik Aiyu dapat surat pertama dia. Macam la dia boleh baca kan, kalau ku bacakan pada dia pun sah-sah dia tak paham. Amende la lu Wyeth. Siap kasi kupon 2 weeks trial kat Celebrity Fitness lagi. Hello... kau kata anak aku gemok ke? (buat-buat tak paham kupon tu untuk mak dia yang tembun)

Lepas tu tadi Auntie Ili datang visit. Lama tak jumpa dia, very the slim you! Ili kasi Cik Aiyu present. Nak tengok?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cantik kan baju kurung tu. Suka sangat. Thank you Auntie Ili! Cuma besar sikit, insya allah Cik Aiyu boleh pakai untuk Hari Raya Haji. Takde lah pening kepala mak nak cari nanti. Susah kan cari baju kurung untuk budak-budak bawak 1 tahun. Kalau lah ku tahu menjahit, pasti boleh mula bisnes... Kaching!!!

5 comments:

marinahunny said... BALAS

comelnye baju kurung tu...

surat tu utk mak nye kan..hahaha

Syima Syaz said... BALAS

hahaha...sama lah...saya pun dulu ayah langgan kan majalah kuntum..pastu jadi members club KFC, masuk club colgate..

skrg dapat surat je..mtk hutang.semalam dapat surat LHDN...dem!

Imparfait Saint said... BALAS

aku ingat lagi ada penpal bangla hahahaha...alah comeinya aiyu pakai baju kurung nanti. Post gambar ok...

Ili said... BALAS

Huda!!! Nanti bila Aiyu dh muat naju kurung tu, post gambar eyh? Mesti comel... Anyway, Selamat Hari Raya!! =)

Sarah said... BALAS

hehe..baju tu comel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...