Friday, October 1, 2010

Hari beli-belah

Semalam hari yang kurang elok. Demam you. Tergolek dog aje la satu hari. Nasib baik Cik Aiyu ok di bawah pengawasan Cik Abe. Cuma pukul 10.30pm Cik Abe dah kong. Rasa kau, penangan jaga anak.

Hari ni kami ke Bemidji. Kira habis happening lah untuk orang kat sini. Boleh lah, lagi happening KLCC. Tapi elok jugak bila kedai tak banyak. Belanja pun tak banyak. Eh, tak jugak. Dah namanya pompuan, pantang ada peluang mesti nak membeli-belah.
awek sabar dalam perjalanan

Tujuan utama adalah untuk membeli diapers Cik Aiyu. Masuk-masuk kedai, wah la wei... banyak gila diapers. Terkesima mak. Menggaru kepala yang tak gatal untuk memilih diapers. Apsal la diorang tak buat carta Muzik-Muzik Top 10 diapers ke, kan senang. Akhirnya kitorang pilih brand Luvs & Huggies 'Snug & Dry'. Beli sepeket untuk test drive dulu. Biasalah, anak mak ni bontot mahal. Tapi kira ok jugak lah, tak la semahal bontot anak sedara ku bernama Danial. Selain tu adalah beli baju sikit-sikit untuk Cik Aiyu. Pacifier nya pun kena beli lagi, memanjang nye hilang.

Lepas tu kitorang groceries shopping. Ku yang ketagih Nescafe, haruslah mencari nya di sini. Begitu juga dengan susu pekat. Walau $4 for 2 (konon dah habis murah le tu), nak buat camne kan. Ok lah tu, dari ku ketagih berlian ke, handbag Chanel ke, lagi bahaya. Nak beli lebih-lebih pun tak guna, skang ku berada di rumah mertua. Takkan nak memandai-mandai beli barang dapur orang kan. Mengamuk pulak chef. Lagipun sini budaya pelik sikit, walau anak-beranak, bila kat kaunter, masing-masing bayar. Cam kita, selalu keluar ngan mak, bila mak amik barang, kita bayar kan. Sini kalau kita memandai bayar, diorang rasa macam kita anggap diorang tak mampu nak bekerja lagi. Boleh pulak kan.
amik kau keluarga epal

gang cheese pulak

tinggi betul seluar anak mak, dah rupa arwah atuk ku pulak

Tengok deko-deko Eric kedai, semua dah mood Halloween. Korang-korang yang duk obersi, celebrate tak Halloween? Beli tak cokelat untuk kasi anak-anak jiran? Anak-anak korang pergi tak kutip hasil lumayan? Cik Abe kata, tahun lepas dia tutup pintu, tutup lampu. Malas nak layan budak-budak punya pasal. Kejam tak laki mak? Macam mak di hari raya pulak, malas nak layan budak-budak assalamualaikum. Hahaha, keji kan.
antara labu sayung yang bakal menjadi korban kreativiti anak muda

Ok lah, nanti kita sambung lagi. Nak angkat kain di jemuran dryer. Lambat lipat kang habis berkedut. Tak Mr. Clean la pulak kan.

8 comments:

Imparfait Saint said... BALAS

Cik Aiyu ni pandai blend dgn enviroment. Makin muka mat salleh pulak hehe. Hari tu npk pan asian but now mmg nampak mat salleh habis hehe. Banyak pulak aku komen Huda, mungkin you dah in Mum's Club, so teruja sikit lah nak komen2.hehe

lemongrass said... BALAS

Hikhikhik... Awat Cik Aiyu muncung sakan tu? Sebab shopping complex dia tak se happening KLCC ke? hehehe... Walaupun muncung, still gorgeous gitu!

Lady of Leisure said... BALAS

smartnya cik aiyu pakai mcm tu hihi..
i sangat teringin nak nengok camana halloween punya celebration.. syok tang nak carve pumpkin tu hehe

marinahunny said... BALAS

bnyak nye spesies epal..nanti letak le gambar2 hantu2 haloween plak...hahaha

Syima Syaz said... BALAS

seronoknye.......!!!!!!

Madam Sooyaree said... BALAS

jas: tu lah, kakak aku pun cakap benda sama. muka dia lebih mat salleh skang. tak kisah lah, asal sihat i ok aje :)

LG: tq :) itu lah, kat mall tu dia cam ada merengek sket. boring kot, pasal tak lip lap cam lampu kat klcc or one utama :D

lady: i pun teringin nak tgk org carving pumpkin, tapi tu lah. harapkan cik abe, mesti dia malas. melebih pulak kita orang malaysia, hahaha

marina: insya allah, kalau jumpa nanti ku amik gambar

syima: seronok lagi one utama. serious tak tipu, hehehe

Chibi Maruko said... BALAS

Sini halloween stuff pun dah lama dijual, start bulan lepas lagi, labu labu pun merata rata dijual.. kami sambut halloween, lebih pada suka tenguk bebudak datang rumah dengan pelbagai custome, comel comel belaka.. tahun lepas cam 40 bebudak dtg rumah kami, so tahun ni me jugak akan sediakan uncang isi coklat gegula dalam 40 pcs jugak...

ammi said... BALAS

seronok yer kat sana.....
cik Aiyu tu pakai jeans dah rupa boy pulak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...