Sunday, October 24, 2010

Tag makanan dari Lady of Leisure

Tag makanan dari Lady of Leisure

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
- Nasi tomato & ayam masak merah. Nasi tu kena lembap gitu, lagi afdal kalau pakai beras Pusa :D
- Kuey teow goreng. Tapi hanya yang mak saya masak. Sungguh sedap.
- Nasi ayam. Kulit ayam mesti banyak, hahaha. Siapa duk PJ, sila beli kat Medan Selera section 14, Restoran Seri Melaka. Memang mantap.

2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?
- Air nescafe
- Air milo ais

3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
- Malay
- Japanese
- Mexican

4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
Takde kot, hahaha. Yang boleh-boleh nasi goreng le kot, hihihi

5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
Dalam USD50 gitu (~RM 190), untuk pasta yang berlobster di San Francisco

6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
Joe's Crab Shack. Ketam dia marveles!

7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yg korang suka?Kalau korang ada suka yg lain, tapi aku tak list, bgtau aje la.
Ayam

8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
Cordon Rouge di Alexandria, Egypt. Saya makan Cordon Bleu chicken, dia makan apa tak ingat, hahaha

9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
Tom yam. Hantu tom yam tu

10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu hidang apa?
Air nescafe, hehehe

11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
Pati ikan haruan. Uweekkkkkkkk!!!

12. Menu raya paling disukai.
Nasi tomato & ayam masak merah

13. Jajan/Cikedis favourite?
Super Ring!

14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?
2 aje? Alahai, susah nak pilih. Kalau camtu berbalik pada soalan #1
- nasi tomato & ayam masak merah
- kuey teow goreng

15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
- Telur goreng bercili kat Hattyai, Thailand. Pekerja restoran tu la yang masak kot. Terus keluar air mata

16.Korang kalau jumpe org yg tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?
- Makan roti canai. Sedap weh! Kena lak ngan nescafe ais, pergh...

17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
- Ita

p/s: Tag ini dibuat sambil tuan tanah sedang makan aiskrim cokelat, jam 0030

3 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

tq sbbw buat tag ni.. dalam pantang narif makan tak pati ikan haruan tu?

Madam Sooyaree said... BALAS

Lady, dalam pantang mak saya siap beli 24 botol, tapi saya minum 1 aje. Lepas minum tu memang terus rasa nak demam, nak muntah bagai. Balance kasi adik kakak ipar, hahaha. Saya amik jeli gamat Luxor tu. Yang tu ok :D

rara said... BALAS

hehe narif.. sat noo.. nanti i buat. sekarang tgh busy sikit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...