Saturday, November 6, 2010

Aiyu's first tooth!

Semalam adalah hari gembira. Cik Aiyu tumbuh gigi pertama! Well, yang pertama dan kedua lah, pasal keluar dua batang sekali. Padan la asyik duk merungut, rupanya nak dapat double trouble bonanza.

Pagi-pagi dia kusyuk makan kaki katak. Kaki beruang dan zirafah pun dia bedal. Bila Cik Abe check, rupa-rupanya kawan dah ada gigi kontot.

Cepat ke dapat gigi di usia 4 bulan 6 hari? Mak tak tau, pasal mak lahir terus bergigi, hehehe. Serious tak tipu. Tak percaya tanya mak saya. Dah la lahir 1 Syawal, keluar-keluar dah ada sebatang gigi. Bergerigi ala pokok Krismas. Masa menyusu memang terbaik. Tengok tu, lahir je dah menyusahkan orang. Orang lain raya kat kampung, mak saya kena raya kat hospital.

Since Cik Aiyu full breastfeeding, Cik Abe suggest untuk start pumping. Takut ada kecederaan berlaku nanti. Tapi tu la, rasa malas bertimpa-timpa. I've tried several times, tapi since kasi direct lagi senang, semangat mati di tengah jalan.   

Mana nak cari semangat yang hilang? Kena tanya Mael XPDC la ini macam.

Buat masa ni, semangat amik gambar gigi pertama anak dulu.




Hahaha, kesian anak jadi mangsa.

Tapi akhirnya berjaya jua :D


16 comments:

marinahunny said... BALAS

hahaha bersunggunye nk bukak mulut cik aiyu..sian dia..hahaha pas ni bersedia utk digigit la ;)

iCaLoVeZiE said... BALAS

cik aiyu baper kg ya? kalau dekat tentu saya gigi pipi dia. seronok kalau dapat baby tembam.

anak saya yang tembam sekarang dah slim. sebab dah besar dan tinggi.

kalau rajin, meh la singgah baca kisah anak autism saya yang comel :D

iCaLoVeZiE said... BALAS

cik aiyu baper kg ya? kalau dekat tentu saya gigi pipi dia. seronok kalau dapat baby tembam.

anak saya yang tembam sekarang dah slim. sebab dah besar dan tinggi.

kalau rajin, meh la singgah baca kisah anak autism saya yang comel :D

Marliza said... BALAS

Alaaaa cute nye muka aiyu bile mak dia try nak jd dentist!!! Geram!! Btw huds,rasanye lmbt kot the gigi kuar bcos qairyn pun mcm tu masa 4m,i nmpk gusi dia mcm putih2 konon nak kuar gigi tp smpi la ni takde pun..lmbt gilos

f_aRa_aINa989 said... BALAS

comelllllnyaaaa....=D

Yat Maria said... BALAS

muahhaha..tergelak tgk u nak amik gambo gigi tu..sian si Aiyu

Dinas Aldi said... BALAS

adoh jenoh gelak tengok mak dok pulun nak ambik gambor gigi cik Aiyu tu! gambar first tu nampak cik Aiyu macam nak karate ja dah, kahkah!

Madam Sooyaree said... BALAS

marina: tengah semangat tu, hihihi.. tu lah, harap2 lepas ni tak kena gigit le

ica: aiyu tak sampai 7 kg pun. dulu lahir 4.05 kg, pastu tak naik banyak. tapi pipi maintain, dagu rosmah pun maintain :P

marliza: gigi aiyu yang belah kanan tu dah keluar dari gusi, kira tinggi sikit lah dari gusi. yang belah kiri tu pendek sket, hehehe

fara: tq dear :)

kak yat: itu lah dia, bila mak rakus mengambil gambar anak. terima kasih digi cam, takyah tunggu gambar cuci!

KV said... BALAS

hehehe...rilex jer cik aiyu kena buli. ;P

C!kpuanmuda® said... BALAS

my ryyan dh 7 months belum kuar gigi pun.. huhu..

Chibi Maruko said... BALAS

excited kan, masa my godson tumbuh gigi, mak dia iya iya bukak mulut anak lebar lebar nak kasi tenguk gigi keciknya :)

{f a r a h} said... BALAS

Gigi bwh ni senang je nk snap gambar nnt..suruh dia gelak, nmpk la...gigi atas yg payah ni...

Awal gak tumbuh time 4 bln ek...mine tumbuh 6 bln

Syima Syaz said... BALAS

cepat bercakap lah tu...siap lah nak jawap soalan pelik2 dia nanti...hehehe

Madam Sooyaree said... BALAS

KV: dah biasa kena buli :D

CPM: insya allah sebulan dua ni gigi ryyan keluar. siap le kena gigit!

chibi: tu lah, comel aje gigi kecik dia :D

farah: camerawoman fail lagi amik gambar anak. selalu dapat lepas dia gelak!

syima: harap-harap soalan tak terlalu pelik la, penat mak nak menjawab kang

lyza said... BALAS

wahhhh penderaan nie...kena report nie...hehehe...
sian aiyu..gigih mummy n daddy mencari gg sulung...haha..pe pun aiyu tetap kiut.. ;)

Anonymous said... BALAS

so cute cik ayu ni...lagi2 bila dipaksa ibu utk tunjuk gigi hehehe comel..,

zie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...