Saturday, November 13, 2010

Bola-bola Kelana Jaya

Korang suka makan Swedish meatballs tak? Ala, yang kat Ikea tu. Si Sally kadang-kadang siap pergi Ikea, semata-mata nak makan meatballs. Semangatttt.. Tambah pulak dengan coffee yang free refill. Pergh.. Balik rumah bungkus pulak karipap telur rebus sebiji di dalam. Mantap! Makanan di Ikea memang mantap. Ice cream cepat cair RM1 pun sodap!

Hari tu godek-godek buku resipi, jumpa resipi Swedish Meatballs. Tapi tak tau la berapa Swedish rasa nya, pasal tak pernah sampai Sweden lagi. Tah-tah orang Sweden pun tak makan meatball, haha. Macam nasi goreng USA, penat cari seluruh pelusuk Amerika, tapi tak jumpa lagi, hihihi..

Anyway, resipi ni senang aje. Amat sesuai untuk ibu beranak tiga yang bibik nya balik ke Indonesia (kepada Jaja *hint hint*).

Bahan-bahan:
2 lb (~900gm) daging cincang
1 cawan krim masam
1/2 cawan breadcrumb
2 biji telur
1-1/2 tsp garam
1/2 tsp lada sulah
Perisa tambahan:
1/4 tsp dry mustard
1/8 tsp ground nutmeg

Cara-cara:
Campur semua bahan sampai sebati. Kalau malas nak keluarkan mixer, pakai aje tangan. Bulat-bulatkan.

Cara-cara masak:
-Option 1: Bakar pada suhu 450 degF (~230 degC) untuk 15 - 20 minit
-Option 2: Goreng sampai cokelat


Siap!

*Resipi ni dapat 48 bola-bola api. Sesuai untuk 6 - 8 orang.

2 comments:

cikcoklat a.k.a Haiza said... BALAS

sodap2..harus dcoba....hehehe...

fatt said... BALAS

gravy dia tu sedap kan? mana la nak cari resepi gravy dia tu..iskk..btw ni rasa mcm meatball ikea tak? nak cuba la :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...