Thursday, November 25, 2010

Rampasan kuasa

Happy thanksgiving! Oh ya, hari ini adalah Thanksgiving. Hari makan banyak-banyak, tido dan shopping esok hari. Thanksgiving ni disambut pada hari Khamis keempat dalam bulan November. Esoknya pulak, dipanggil Black Friday. Jumaat yang kelam gitu. Lagi kelam poket anda pasal esok adalah sale secara besar-besaran. Kedai dibuka seawal pukul 3 pagi ye puan-puan. Kalau agak-agak insomnia, upacara membuang duit ke tangan pekedai adalah harus.

Tapi untuk kami sekeluarga, ehhh... Tak kot. Tak kuasa aku nak bangun pagi-pagi gitu. Dah la sejuk sungguh skang. Golek-golek atas katil lagi elok. Lagipun kalau dah sale begini, mesti ramai orang. Mak claustrophobic. Tak sesuaiii....

Jadi untuk orang-orang yang tak suka crowd, kami telah shopping semalam. Yes, very the penat one. Upacara telah dimulakan dengan lafaz Bismillah, lalu pergi ke iHop untuk breakfast. iHop stands for International House of Pancakes. Bukan adik-beradik iPod ataupun iPad ok.

Memandangkan malam sebelum itu tido tidak lena kerana suhu bilik yang tidak stabil, kami makan dalam keadaan mengantuk.


Lepas dah dapat kopi barang secawan dua, kitorang mula membuka langkah. Shopping tak la lama mana pun, tapi rasa penat sungguh. Dah lama tak jalan-jalan kot. Yang pasti, Cik Aiyu sungguh gembira. Langsung tak komplen apa pun, duduk aje dalam stroller dengan rasa gembira. Walau tak jumpa jaket untuk baby baya dia, dia tak kisah. Takpe lah nak, kita pakai jaket pink ni sampai lunyai ok?


Malam tu kami makan di Red Lobster. Sodap, makan kaki katak ketam! Gambar tak sempat nak snap, pasal bila teringat, dua-dua tangan dan baju dah penuh dengan isi ketam. Tapi masa kat restoran tu, kitorang telah menyaksikan suatu rampasan kuasa telah berlaku.

Saksikan.




Selamba aje rampas nenas dari bapak.

Mula-mula bapak suap, lepas tu pegang tangan bapak, alih-alih terus amik buat hak sendiri.

Terus bapak lempang sampai merah pipi.



Tipu la kan, hehehe.

Sekarang ni sejuk sangat, pipi Cik Aiyu terus dapat blusher free.

9 comments:

My Life My World said... BALAS

Hahahahaha ... lawak ler cerita awak nih ... Cik Aiyu dah pandai rampas kuasa yer ... Pssttt, kat katil dia tak rampas kuasa ker ? ;D

Anonymous said... BALAS

gambar 1st muka aiyu cam sedih je ..lapar kut.. gambar last pandai aiyu posing tunjuk gigi

title miss tomato anak2 mak itam dah dirampas oleh aiyu dgn jayanya :p

@ helen @

Dark @ng3L said... BALAS

tgk die makan nenas macam sedap gilerh..

Dinas Aldi said... BALAS

Haha entry rampasan kuasa oleh Cik Aiyu ni really made my day! :)

Amyz! said... BALAS

Hahaha. Cik Aiyu ni.. haih.. comel sungguh.

meh sinila jadi anak kite. hihi.

ICAZIESYIRA said... BALAS

ica suka baca entry kat sini. lagi-lagi dapat nengok muka sik aiyu. owh pipi dia yang macam apam. sangat geram.

tapi hari ni agak terasa lain sikit. sebab nampak bapak sekali imbas macam muka james hetfield penyanyi metallica. owhhhhh... ada pertalian darah ke?

(ica kipas susah mati james hetfield)

Anonymous said... BALAS

comelnye cik aiyu!!!
geram okay...
haishhh...=)
mcm nk cubit2 je pipi die..


-lala-

Madam Sooyaree said... BALAS

acik: kat katil dialah raja! tapi pasal dia tido sorang-sorang, hehehe... tak dapek tido dengan mak bapak, nanti digilis muatan berat!

helen: first pic tu dia mengantuk, tu muka toya aje. lepas charge battery, baru happy bila gi shopping. anak2 mak itam dah ada gang, anak mak teh, hehe

dark angel: nenas tu walaupun keras, manis :D

dinas: glad that we made your day dear :)

amyz: ehh.. mak dia ada sini! :P

icaziesyira: tq dear :) pipi cik aiyu skang dah mula surut. mana ada pertalian darah, cik abe nampak ala ala mungkin pasal jambang kot, hehe

lala: kalau dicubit bertambah la merah pipi :D

Syima Syaz said... BALAS

waahhhh comelnye pipi blusher....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...