Hari ini, Cik Aiyu genap 6 bulan.
Kalau ikutkan semalam la kot, pasal dia lahir di Malaysia, 29 Jun 2010, jam 09:10 pagi. Tapi apa kes nak celebrate birthday 2 kali kan, jadi kita ikut waktu ikut keadaan semasa ok.
Mari kita lihat perkembangan Cik Aiyu setelah setengah tahun melalui kehidupan :D
- Agak mengada, hahaha... Serious, kalau boleh dia nak kita main dengan dia 24 jam. Mak kau kena jugak basuh pinggan, lipat baju yang oi. Jadi kalau dia bising pasal takde orang nak acah-acah dia, itu adalah perkara biasa. Biarkan.
- Seorang yang peramah. Suka sengih-sengih dekat orang yang tidak dikenali. Bajet orang tu akan dukung dia lah tu. Tak dapek Jack...
- Tidak suka makan sayur. Kalau kasi green beans & peas, confirm buat muka geli. Surprise, surprise. Mak bapak nya dua-dua pun perangai sama!
- Sudah bergigi tiga. Fourth one on the way. Yang tak elok, kekadang dia grinding gigi atas dengan gigi bawah tu. Ngilu!
- Boleh duduk dengan sendiri. Berdiri pun ok jugak, cuma kekadang dia akan jatuh ke tepi, so kena pantau lagi. Tak suka meniarap, tapi suka golek-golek sampai tertiarap. Pastu mengamuk sendiri. Tah apa-apa tah. Skang ni tengah praktis nak merangkak. Angkat badan dah pass, tapi kaki tak jalan lagi, hehehe
- Still terjaga tengah malam. Kadang-kadang sekali, kadang-kadang 4 kali! Eyebag mak nye pun dah tebal persis kuih karipap 50 sen inti daging.
- Kalau tido, muka selalu toleh ke kanan. Dongak nye sungguh over, macam nak patah tengkuk dah rupanya.
- Sangat curious orangnya. Pantang dengar bunyi, dia mesti toleh cari. Time nak kasi susu dan makan adalah amat mencabar!
- Suka tarik dan pegang semua benda depan mata. Termasuk lah rambut, janggut, biji mata dan lubang hidung.
- Waktu winter ni, Cik Aiyu senang sungguh tertido kalau bawak dia keluar jalan-jalan. Nyaman kot.
- Tak suka keadaan gelap. Sebab tu kalau drive malam, confirm menangis nye panjang sikit.
- Suka mandi! Alhamdulillah, jangan ikut perangai omputeh yang tak rajin nak mandi tu. Tapi time pakai baju, mesti bising. Suka sangat vogel. Kita ni duduk tempat sejuk nak oi, kena la pakai baju ok.
- Suka gigit benda-benda yang diperbuat dari leather. Contohnya adalah boots dan sofa. Taste mahal you. Teether plastic tak main hokay.
- Favorite toy nye adalah apa-apa yang bukan toy nye. Apa-apa aje lah, pinggan ke, bantal ke, calculator ke, handphone ke, kertas ke.
- Dulu suka sangat tengok cermin. Sekarang kurang dah. Tapi camwhoring tu still ada lagi lah :D
Walaupun kadang-kadang boleh geram jadinya...
Aiyu Isabella, we are so blessed to have you as part of our life. Mommy & daddy love you a lot, and will always do.
15 comments:
Aiyu Isabella,
abah,mama,kaklong,natasha n mimin, we also love you soooooooo much..:D :D
Be good girl and make ur parent proud k?
God bless you.
xoxo.
frm auntie amyz!
Suka gigit benda-benda yang diperbuat dari leather. Contohnya adalah boots dan sofa. Taste mahal you. Teether plastic tak main hokay.
suka ayat tu.hehe...
comel! adore her...nampak muka photostat bapaknyer yer?.. :)
cik aiyu sungguh hebat....belum merangkak tp dah pandai duduk...weehhuuuu....baby yg bijak.
cik aiyu wat muka slumber..kikiki
Kak Lyza,
Aiyu lap everyone too! :D
P/S: Abah ke papa?
Amyz,
Amin... Terima kasih :)
Escaped,
Memang kenyataan, hehehe.. harap-harap tak high maintenance le nanti. Eh, mata mak nye ok, kulit aje bapak nye :P
Leez,
Baby bukan duduk baru merangkak ke? Confused kejap, hehe
Arash,
Itu muka malas nak layan mak nye yang bergelar paparazzi tak berbayar
Happy 6th months birthday cik aiyu! be a good gurl...muah muah kiss kiss from mama shafiq!
Xoxo :D
tak sabar nak nengok video cik aiyu berjalan terkedek-kedek.hehehe
happy 6mo aiyu!!!
klu dg perth jgn lupe jenguk adrian ;)
Happy 6th months...
Amboi Cik Aiyu.. mcm2 pe'el dia ye.
Comel :)
selamat berusia 6 bulan, cik Aiyu! bibir dah nak sama Angelina Jolie dah dalam gambar tu, hahaha!
happy 6th months birthday cik aiyu..cpt2 besar spy mami buleh tambah adik ;)
cik aiyu mintak la iphone satu kat bapak
buat toys huhu
she is sooooooooooooo adorableeeeee
cik aiyu good gurl.... makin kiut pulak tu....
Post a Comment