Tuesday, December 14, 2010

Alien invasion

Adakah anda percaya pada alien?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Percayalah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Agak-agak kalau alien tu wujud, nak kawan tak dengan dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kawanlah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kerana....

Saya bakal bergelar Alien ok!

Pagi tadi kami ke pejabat USCIS untuk ambil cap jari. Akhirnya... selepas lebih setahun menunggu dan asyik dipandang serong oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik TSA, akhirnya settle jugak dengan US PR ni.

Korang pernah tak kena soal-siasat selama 2-3 jam, setelah fly untuk 18-20 jam? Penat weh!!! Lagi-lagi bila kena soal-siasat setiap 7-8 minggu. Rasa macam nak kasi diorang dengar tape recorder aje. 'Saya kerja di xxx, kenal Cik Abe di xxx, kenal through xxx, bla bla bla...' Tapi ada pulak yang kena hikmat tendang ala halilintar kang. Naya aje. Jadi baiklah kita berlagak baik.

Lepas settle tu, kami balik golek-golek dalam bilik. Oh ya, jarak USCIS office dengan rumah kami 6 jam ok. Tapi standard la, 2 kali pit stop, makanya jadi 7 jam. Cik Aiyu siap buat video clip lagi, demo macam mana nak bawak kereta. Tapi tu nanti kita upload, hotel ni wireless cap ayam. Macam tak ikhlas kan kasi benda percuma. Tengahari kami ke Perkins untuk mengisi perut yang berirama pop rock itu.


Ada orang tu pun nak makan jugak. Bersungguh-sungguh bukak mulut. Bajet lapar sangat la tu, padahal baru melantak dalam bilik.


Besar hati nak pegang cawan sendiri.


Confirm la fail. Orang minum kat mulut, kalau Cik Aiyu yang pegang, mata yang dapat air. Adakah itu yang dipanggil mata air?

Kenalah dibantu oleh pihak bapak.

Pastu kami ke Best Buy. Ingat nak cari Christmas present untuk Lee & Whitney, tapi tak jumpa le pulak. Bila Cik Abe pusing-pusing dengan Cik Aiyu, mak dengan muka tak malu terus berlari-lari ke arah xBox Kinect. Kena test ni, benda best.


xBox Kinect ni basically game consule yang tak perlukan controller. Best giler, tadi main bola, terlompat-lompat mak ibarat kanak-kanak Ribena berusia 10 tahun. Tapi lepas 3 round aje, dah tak cukup nafas. Cukuplah di situ. Sedar sikit diri tu!

Lepas tu kami pusing-pusing membeli hadiah pada mereka-mereka yang memerlukan. Kat mall pun ramai orang, macam bukan hari Selasa. Kuat sungguh penangan Christmas ni. Pas tu ada sesi bergambar dengan Santa Claus, tapi kena beratur. Kita pun beriya-iya nak ambil gambar, konon-konon untuk Cik Aiyu la kan. Tapi kena sound se das dengan Cik Abe 'Eleh, untuk Aiyu konon. Cakap aje la nak amik gambar Aiyu dengan Santa pasal nak upload kat blog". Cisss... terus potong stim nak beratur, hahaha...

7 comments:

My Life My World said... BALAS

Besar pengorbanan Cik Abe tu ... sanggup journey jauh-jauh untuk urusan 'Alien' yang disayangi nyer itew ... hehehe. Bertuah awak :) abih tu sapa tak sayang bini kan ... hikhikhik. Ala kempunan I nak nengok santa claus sebelah u dengan cik aiyu macam gini.

Leez M. Saaid said... BALAS

hahahah...lawaklah u ni.
anyway...cik aiyu makin comel dan makin geram utk digigit...boleh?

Dinas Aldi said... BALAS

ohh kalau alien itu ialah tuan punya blog ni, saya sudi berkawan dengannya tapi alien dari angkasa lepas yg mcm meleleh2 air liur dlm pilem tu, terima kasih sajalah.

x jemu2 tengok gambar cik Aiyu, especially bila dia menganga nak makan, heheheh

Unknown said... BALAS

tahniah mak aiyu sbb dapat taraf 'alien' akhirnya.

marinahunny said... BALAS

x phm la, awak dh dpt PR utk duk sana ke?

ikahcorner.blogspot.com said... BALAS

kelakar citer kak mai nie, anyway moga bahgia hingga akhirat sana nnt taw..syukur cik aiyu got really caring parentsa

Madam Sooyaree said... BALAS

acik: kalau tak settle kan urusan PR ni, nanti kena keluar masuk US setiap 6 bulan. siapa yang mau bayar tiket? heheheh

leez: cik aiyu memang makin berisi skang ni, sejak mula makan makanan!

dinas: thank you laling! nanti kita jadi pen pal nak? hehehehe

cb: akhirnya... sabar menanti

marina: ha ah, sini kalau PR dipanggil alien. kenapa alien pun tak tau. mungkin pasal kad utk PR dipanggil green card :P

ikah: terima kasih, aminnn :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...