Friday, December 17, 2010

Hari ini dalam sejarah

Sekarang ni, kami di rumah mertua lagi. Since pejabat USCIS yang kami pergi hari tu dekat dengan rumah mertua, kami plan stay sini sampai Krismas nanti.

Kalau dulu, rasa macam mati kutu bila duduk rumah mertua. Takde banyak benda nak buat, lepas tu jauh dari kedai pulak tu. Tapi sekarang, rasa best pulak datang sini. Babysitter free gitu, hahaha... Keji kan. Tapi mengaku je lah, siapa tak suka dapat guling-guling baring-baring tanpa terdengar suara sumbang anak di belakang yang duk jerit-jerit nak kan perhatian. Iye, Cik Aiyu itu attention seeker ok. Especially kalau mak bapak dua-dua ada kat rumah. Kalau pak dia takde, elok sikit perangai. Tau pulak main sendiri.

Pagi tadi, sepupu Cik Aiyu, Cik Millie datang rumah atok nenek dia. Millie ni nak masuk 3 tahun, kira ala-ala sebaya dengan Min Min sepupu Malaysia Cik Aiyu lah. Cuma Min Min lahir bulan March, Millie bulan December. Millie datang tadi dengan se plastic bag mainan. Elok sangat lah tu. Duduk lah dua orang tu main ketuk-ketuk gendang.

Tak berapa lepas tu, diorang main kat luar. Mak biasa la, maintain duduk dalam rumah. Cik Abe duk sibuk melayan dua budak kecik tu. Dan anak mak sorang tu, buat perangai lagi. Keluar kejap aje, dah tertido. Hahaha.. memang takleh dibawak ke majlis.

Tapi, masa dia tido tu, kami telah buat satu discovery.

Hari ini dalam sejarah.



Cik Aiyu tido terlangkup!!!

Selama ni, memang haram la dia nak tido terlangkup. Orang kata elok kan baby tido terlangkup, tido tu lena sikit. Kepala pun elok aje bulat nanti. Tapi paed pulak kata, tak elok tido terlangkup, takut baby lemas, jadi SIDS pulak kan.

Cik Aiyu ni dengar kata paed, dia tanak tido terlangkup. Walau dia dah tido lena macam mana pun, kalau dia tiba-tiba terlangkup, nanti dia sedar, terus mengamuk. Selalu dia tido kepala mengiring, kalau boleh nak masuk ke dalam tilam. Dongak pulak bisa bikin tengkuk patah.


Kami pun pelik la kan. Wah, hairan bin ajaib.

Tapi, tak lama lepas tu, kami jumpa sebab musabab dia tido terlangkup.

Ehh... sebenarnya, kami terhidu sebab musabab dia tido terlangkup.


Ooooo... rupa-rupanya ada isi di situ. Pandai jugak rasa geli ye.

10 comments:

Dinas Aldi said... BALAS

Cik Aiyu sangat pembersih orangnya. oleh kerana dia x masih belum dapat mengumumkan dengan kata2 bahawa dia telah 'uk uk', maka dia memberikan klu secara body language lah, kehkehkeh!

Madam Sooyaree said... BALAS

Dinas, harap-harap gitu la. Tapi yang bukak diaper sendiri pastu wee wee dia jugak! :P

Amyz said... BALAS

haha. tido2 pun tau ada isi eh? terus rasa gelik2. walaupun ada isi, ngantuk punya pasal, sanggup tido terlangkup.

hahaha. cik aiyu. cik aiyu.

{f a r a h} said... BALAS

Hahahahahha..boleh dia tido gak ek...kalau anak I confirm Xian tido walau mcmne ngantuk pun sbb x selesa...

Ni cik aiyu kes ngantuk sgt la ni..

Lady of Leisure said... BALAS

hihi sakit tengkuk i tengok cik aiyu tidur mendongak gitu hehe..makin menggebu cik aiyu hehe.. yang last pic paling best tengok position kaki cik aiyu.. sungguh bergaya gitu.. :D

marinahunny said... BALAS

hahaha mula2 baca x phm..isi apa nye? baca plak kali kedua baru perasan rupanya cik aiyu berak ek..hahaha

Hisyam said... BALAS

xpernah boring jenguk blog ni tiap hari...cik aiyu a.k.a lil ppl ber+ kiut hehe

p/s: btw klu prlukan khidmat sy, sy boleh tolong buatkan banner utk blog ni ^^ FOC khas utk cik aiyu

rara said... BALAS

hahaha pandai betul budak kecik ni..

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Mengantuk sangat kot, sekali tido sampai sejam terus! Selalu 15 minit pun tak sampai

Farah,
Cik Aiyu ni memang gitu. Tengah ada isi pun selamba aje minum susu. Selalu baby lain tanak, dia belasah aje

Lady,
I tengok pun sakit tengkuk. Rasa seriau pun ada. Hehehe, dia tido memang ada style!

Marina: Itulah, mak nye kecoh. Anak berak pun nak kasitau :P

Hisyam: Thank you thank you. Wah, menarik tu. Nanti i email you :)

Rara: Makin hari main banyak taktik. Pening!

ICAZIESYIRA said... BALAS

sangat bijak ok.
pembersih gitu.
comel plak tu.
gerammmmmmmmm!
hehehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...