Monday, December 20, 2010

Kneeboarding

Kneeboarding ni asal usul nya adalah sukan air.

Sepatah banyak patah kata Cik Wiki,
Kneeboarding is an aquatic sport where the participant is towed on a buoyant, convex, and hydrodynamically shaped board at a planing speed behind a motorboat. In the usual configuration of a tow-sport kneeboard, riders sit on their heels on the board, and secure themselves to the deck with an adjustable strap over their thighs. As in wakeboarding or water skiing, the rider hangs onto a tow-rope. The forte of kneeboarding vis-a-vis other tow-sports seems to be an easier learning curve and a sense of being closer to the water when falls occur.

Tapi tengah musim sejuk beku ni, mana pulak aku nak cari air? Ok, dalam kepala paip memang la ada air, tapi bukan yang tu. Kita nak tasik. Namun tasik semua sudah menjadi beku. Ala-ala Sunway Pyramid gitu, cuma takde suara-suara sumbang gelakkan korang kalau korang terjatuh masa skating. Dan juga tidak perlu berjalan di khayalak ramai dengan seluar yang basah di bahagian bon-bon.

Hari ni kami main kat luar lagi. Saje je nak kasi Cik Aiyu penat. Harap-harap dapat la dia tido nyenyak pada waktu malam, pasal mak bapak nye pun nak tido nyenyak jugak. Semalam dia terjaga setiap 1-1/2 jam, penat mak tau bangun banyak kali nak susukan dia. Memandangkan kami dah jumpa formula bahawa bayi mudah penat jika dibawa keluar, kami pun follow lah.


Tengok tu, belum apa lagi, mata dah kuyu. Ke silau? Nanti lah, kita tunggu Cik Prada buat sunnies untuk baby ok (ayat bongkak tak boleh blah). Untuk Cik Aiyu, kami bawak dia meluncur snow ala manja-manja, dekat kawasan rumah aje.


Bawak 2 round aje, dia dah lelap. Kejap aje kan. Sungguh berkesan, kalah ubat batuk cap ibu dan anak.


Lepas anak dah tido, ibu bapa pun pergi berfoya-foya. Bila lagi kan, selalu Cik Aiyu akan enter frame. Semua kena manja-manja. Kali ni, kami pergi kneeboarding. Tapi bukan atas tasik le, atas snow. Konsep sama aje, cuma kami ikat tali pada snowmobile, bukan pada jetski.


Penat sungguh rasanya. Macam nak tumbuh bicep tricep ala Jennifer Garner dah ni.

12 comments:

Amyz said... BALAS

hahaha. sungguh comel dgn suit beruang tu. selesa tu. sejuk2 lepas tu rasa mcm kena peluk.

terus tido dengan lena. hahaha. comel sgt.

bestnya meluncur.. tapi tak tahan sejok la. camne ni?

TK said... BALAS

Wah! tiut miutnya Cik Ayu tidur terlentang gitu!!..Auntie pun rasa nak kuak lentang lepas ni..

marinahunny said... BALAS

hahaaha sian plak si anak..dipenatkan oleh mak bapak..hahaha

Madam Sooyaree said... BALAS

Amy,
Kenalah pakai jaket kalis angin, kalis air :D

TK,
Jom kita buat acara renang berirama bersama!

Marina,
Terpaksa.. Kalau tak penat kita asyik berjaga malam

Leez M. Saaid said... BALAS

comel sgt tengok cik aiyu tidur...mcm nak gigit-gigit peha dia tu...heheheh

bestnya main luncur ais... i like.

Dinas Aldi said... BALAS

sungguh nyenyak sekali cik Aiyu tido tu. masa dema tido memang nampak super adorable. not to mention super aman damai for the adults, kehkehkeh

Fatt said... BALAS

envy the snow...huhuhu~

Umie said... BALAS

hehehe..me too guna konsep yg sama..bwk my son jln2 supaya bole tido kepenatan..ehh, kepenatan then bole tido nyenyak.. that day siap bwk pegi bowling centre..suasana bising2 pun dia bole belasah tido..kalau kat rumah tu, bunyi org berdehem pun nak bangun..;-)

My Life My World said... BALAS

Weih! seronok nyer ... bila lah nak merasa. Cik Aiyu yang kecik tu pun dah merasa ... hikhikhik ...comelnyer pesen baju Cik Aiyu tu. Geram ... grrrrrrr

fara dean said... BALAS

agak2 nk dating ngan asben..buat2lah mcm tu lagi..hihi..

Arash Libra said... BALAS

good tips! huhu..cian cik aiyu iteww :)

rara said... BALAS

cik aiyu punya suit beruang macam ewoks. hehehe.
envy the snow jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...