Thursday, January 20, 2011

6 for 6ers!

Umur 6 bulan, ada 6 batang gigi. Boleh tak?



Sempena Hari Thaipusam, Cik Aiyu telah tumbuh gigi keenam. Her top, left most incisor.

So far tak nampak lagi lah gigi-gigi lain yang bakal keluar. Harap-harap ada jarak waktu sikit, takde lah maknye seram sejuk saje, hehehe...

Makin hari makin galak dia cuba merangkak. Mostly still seret badan, kadang-kadang aje merangkak dengan bon bon nya ke udara. Sekarang ni suka sangat merangkak sampai dapur. Lepas tu tangan duk tergapai-gapai nak capai wayar. Kalau tengok tv pulak, kalau boleh nak masuk dalam tv. Punyalah dekat tengok. Orang angkat letak jauh-jauh, dia datang balik. Kadang-kadang siap baring depan almari tv tu, tengok tv terbalik. Tak sakit kepala ke apa budak ni.

Untuk mak nye, hari ini ada berita gembira.


Taaa daaaa.....














Dah, toksah nak berangan.

Itu customer punya. Mak nye tukang beli aje, hehehe...

Hari ini berita gembira kerana soft box saya sudah sampai. Soft box itu adalah sebuah kotak yang diperbuat daripada nylon nipis, untuk melembutkan cahaya lampu apabila mengambil gambar. Selain tu, bayang-bayang pun tak berapa nampak kalau pakai soft box ni. Tuan punya blog tengah berangan nak belajar cara-cara amik gambar, tapi dalam nada bajet ok. Kalau dah jadi, boleh la hari-hari amik gambar makanan macam Lemongrass, hahaha.. Berangannnn.....

Ok lah, dah penat ni. Satu hari kemas kotak.

Selamat menyambut Hari Thaipusam!


5 comments:

Syima Syaz said... BALAS

jaga-jaga barang dapur especially rice cooker, cerek...takut terlupa nanti aiyu tarik je

adik dulu tarik rice cooker,nasi tengah mendidih... jatuh atas badan,habis kulit perut cam disiat.sampai sekarang parut.sib baik tak kena muka...

farah said... BALAS

Wah cepatnya cik Aiyu tumbuh gigi, byk dah plk tu. Fatehah nk masuk 11 bln pun br ada 6 (^_^) Makin sedap cik Aiyu blh mengunyah lepas ni :)

P/S : Nurul, tu jumper RL ke? Mcm yg dlm little sooyaree :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Syima,
Terima kasih kerana mengingatkan. Lepas ni kena check :)

Farah,
Terlebih kalsium kot, hahaha.. Mak nye malas nak masak breakfast, hari-hari makan cereal (+ susu). Ha ah, tu jumper RL. Saya beli 2. Anak jadi model tak berbayar, hehe. Sedang elok pulak dia pakai skang, ingatkan panjang

Kaseh said... BALAS

phewww..dia da ada gigi....sok semua nak masuk mulut..hehehe

nur easy said... BALAS

alolo dah bergigi 6 ya..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...