Wednesday, January 12, 2011

Hasil kerja tangan Cik Aiyu

Dua tiga hari ni, cuaca sejuk sikit. Walau ada matahari, suhu tak turun banyak mana. Macam pagi tadi, matahari punyalah terik, tapi tengok thermometer still -10 degF (-23 degC). Hahaha.. amik kau... gatal lagi nak kawen ngan mat salleh. Itu la padahnya.

Alhamdulillah, I'm getting better with time. Masa awal-awal kawin dulu, selalu jugak jadi bahan bergaduh pasal sejuk ni. Memang la bukan salah Cik Abe, tapi biasalah orang pompuan, benda yang takde kena mengena pun jadi bahan. Sekarang ni, dah champion la sikit. Macam tadi selamba saje pergi buang sampah dengan rambut yang basah. Hasil 2 kali keluar masuk rumah, rambut pun menjadi ais, hihihi...

Lepas defrost rambut, mak nye pun mula memasak. Bukan masak apa pun, masak nasi aje, hehehe.. Itu pun nak kecoh kan. Tapi sambil masak nasi, kita stim sekali brokoli dan epal untuk Cik Aiyu.  Masih tengah belajar tentang makanan kesukaan anak. Sini bahan yang fresh kurang, dah kata tengah winter kan. Takkan nak masak kat dia frozen food. Rasa kurang sesuai aje.

Bila brokoli tu dicampur epal, rasa ok lah, not bad. Tak la kuat sangat bau brokoli tu. Tapi Cik Aiyu ni entah la, macam kurang suka home made food. Suka lagi yang Gerber tu. Sedih tau.

Tapi... hari ni kami dah jumpa sebab musabab kenapa Cik Aiyu tak suka home made food.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
It's the texture!!!

Rupa-rupanya selama ni tekstur makanan yang dibuat adalah sedikit pekat. Sebab tu dia macam tak berminat nak makan. Makan adalah dalam 2 sudu besar, pastu berenti.

Hari ni, kami campur ekstra air untuk epal + brokoli. Laju aje dia makan. Ujian dibuat lagi pada waktu makan malam. Kali ni menu nasi + epal pulak. Air kasi lebih. Memang puas hati, lebih dari itu! So sekarang kita dah tau ye puan-puan, tekstur makanan juga memainkan peranan penting dalam pemakanan bayi. Hihihi.. nampak sangat mak nye baru belajar kan. Takpe, pelan-pelan kayuh.


Pelan-pelan belajar jalan jugak. Sekarang ni memang pantang kita duduk dekat. mesti ada cubaan nak memanjat. Kalau kita hulurkan tangan, dia boleh pegang tangan kita untuk berdiri sendiri.

Sambil praktis memanjat dan merangkak, Cik Aiyu mula lah membuat hasil kerja tangan.


Ni haaa hasilnya...


Habis ranap majalah Glamour mak. Kesian Rihanna, tak pasal-pasal jadi mangsa. Nasib baik majalah lama. Bukan takde buku untuk bayi tu. Ade. Cuma agaknya tak feel pasal tak boleh koyak. Kalau majalah ni, memang best. Bunyi rangup gitu. Takpelah, kita anggap proses pembelajaran aje lah kan =D>

P/S: Thank you Hisyam untuk watermark. Cantek! :D

13 comments:

Dinas Aldi said... BALAS

Oo kalau pekat baby rasa tak sedap la kot so tak makan banyak eh?

yalah betul jugak bila koyak magazine memang bunyi rangup gitu, kahkahkah!

Yours Truly said... BALAS

oooo cik aiyu dah pandai koyak mengoyak ye.....

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

my nuha masa baya2 aiyu ni suka punggah paper lama keluar dari laci :p lepas tu, masa untuk koyak..hehehehe.

My Life My World said... BALAS

Dia nak bagi Hint kat mak dia, jangan baca majalah serupa tu lagi kot ... hahahaha

Madam Sooyaree said... BALAS

Dinas,
At least untuk Cik Aiyu le. Kekadang ada baby lain suka makan pekat-pekat. Macam-macam kan

Yours Truly,
Gitu la dia... habis segala macam majalah jadi mangsa!

Ellismie,
Nasib baik kitorang tak baca paper, hehehe.. kalau tak mesti itam tangan!

Acik,
Agaknya suruh baca majalah parenting tak? Hihih

ati_emylia said... BALAS

wa....blh amal nanti bila my son dh blh amik solid food....

kemsalam kat cik aiyu yea...suka sgt tgk klip ramalan trafik.....riuh sungguh mulut dia....

emy

ayang said... BALAS

Cik Aiyu tak bekonan tu maknya baca majalah gitu... emmm...mungkin gak dia tak bekonan kat dak Raihana tu..hehehehee...

Cun la watermark br tu..

Syima Syaz said... BALAS

hehehe... aritu ada beli jugak hand print tapi sampai saat ni tak buat apa pun lagi...nak buat tapak kaki kucing...sebab dia pun dah 10 tahun so...paham2 lah.atleast ada kenangan...sob..sedih!

dialicious said... BALAS

la..huda ke ni..igtkan sapa..hehe..besla kawin dgn mat salleh..anak comel2 sgt!!

Amy Z! said... BALAS

Makan pekat-pekat susah nak telan la mak. Hihi.

Magazine2 ni lagha ni.. kata cik aiyu. haha.

mummy liesya said... BALAS

mana nak beli hand print tu yer ??

Madam Sooyaree said... BALAS

Emy,
Thanks dear :) Nanti bila baby mula makan solid, kasi cair-cair tau. Jangan jadi I, hihih

Ayang,
Dia jeles tu, bila mak baca majalah tak menghadap dia :P Thanks :)

Syima,
Alahai, feel sorry for you dear :(

Diah,
Hiii!!! Itu la pasal kan, tak sangka jumpa di sini. Eh, kawin mat salleh ke Melayu ke bangla ke sama aje :)

Amy,
Kita baca ada orang kata baby suka kunyah-kunyah sket.. hihihi...
P/S: Lagha tu ape?

Mummy Liesa,
Kalau kat Malaysia tu tak sure pulak la dear

Amyz said... BALAS

lagha tu.. er.. mcm mana nak ckp, benda-benda melalaikan la. hiburan dunia. haha.

gurau2 je. ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...