Thursday, January 20, 2011

Peek a boo!

Sebagai online seller, apakah pekerjaan yang dianggap paling rumit?

A. Urusan e-mail customer

B. Keep track purchase order

C. Packing

Untuk saya, yang paling pening adalah huruf 'C'. Mula-mula lepas beli barang-barang tu, kena simpan elok-elok. Kang kalau bercalar ke bertanda ke, dah tak boleh jual kan. Bila nak pos tu pulak, kena fikir saiz kotak yang sesuai, susun barang-barang dalam kotak, keep track apa yang dimasukkan, compile receipt untuk kastam, update pihak di Malaysia lagi... memang pening!

Malam tadi, pening itu datang melanda lagi. 

Tengah sibuk seorang diri dalam bilik, Cik Aiyu dan Cik Abe datang menjengah. Cik Aiyu memang suka masuk bilik ni, banyak benda baru yang menarik perhatian dia. Seperti beg plastik (sebab tu kot diorang tulis "this is not a toy"), kertas, wayar dan rakan-rakan.

Permainan terbaru, soft box ku.

Sepatutnya soft box tu guna untuk amik gambar.

(bukan gambar sebenar)

Tapi mereka dan keluarga mereka yang inovatif, telah guna soft box untuk tujuan lain.

video

Jarang dengar Cik Aiyu ketawa berdekah-dekah camni. Kita yang tengah buat kerja pun, jadi tertangguh.

Waktu-waktu macam ni lah yang buat kita tak sanngup nak marah anak kan.

We love you Cik Aiyu!

*entry jiwang pulak kan*

15 comments:

Hisyam said... BALAS

wah bahagianya cik aiyu n family ^^

Kaseh said... BALAS

oh yes..ai luv u cik aiyuuu...n mommy too..hehee

FaznFaz said... BALAS

soft box dah ada, pas nie tangkap dslr lah ek???? hahahahha!!!!

tapi kan, biar menggunung toy segala, bebudak mmg suka main peek a boo kan???? kalau nak dengar diorang gelak tahap dewa, mmg ni lah mainan nyer, ye tak???

My Life My World said... BALAS

Suker nyer tengok Cik Aiyu gelak, comel's jer bunyik. Eh! mak aiyu gelak yang enterframe sekali tu pun ayu jer bunyik ... hehehehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Hisyam,
Alhamdulillah :)

Kaseh,
We love you too! :D

Eila,
DSLR tak kot, tak larat aku nak usung sana sini (pengajaran: video camera). Itu lah, budak-budak suka main dengan orang gak. Toys semua kejap aje

Acik,
Awww.. ayunya mak Cik Aiyu, hihihi

lyza said... BALAS

walaupun objek(daddy ler) yang d gelakkan tu kt depan..kepala ttp pusing blakang cari kamera yaa aiyu.. hehehe..

Amyz said... BALAS

time cik aiyu gelak buat kita2 pun gelak sekali. haha. comel!

fatt said... BALAS

comelnya cik aiyu, pandai toleh belakang tau dia tgh kene shoot :)

ok now baru la tau apa itu soft box..tengok gambar baru paham..mmg softbox saiz ini je ye?

Dinas Aldi said... BALAS

memang rasa happy bila dengar baby gelak sebab kadang2 tu susah nak dengar macam tu. dema pulak gelak bila betul2 happy ja, ikhlas gitu, hehe

mak cik Aiyu pun sama naik sekali gelak, sweet la

nur easy said... BALAS

sukanya dgr cik aiyu gelak ria.. ilang rindu dgn my baby skjp , bla tgk video ni ;)

lemongrass said... BALAS

How come I tak boleh tengok the video. Nak jugak tengok and dengar Cik Aiyu gelak dgn soft box tu.
best kan dah ada soft box ni, segala benda nampak berseri2 and terus jadi cantik, hahaha....

Ikah said... BALAS

wah cik aiyu!!! bikin org gerammma aje taw

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Lyza,
Cari mommy nye kot, hehehe

Amyz,
Itu yang kamera gegar tu :P

Fatt,
Soft box ada banyak saiz. Dulu I beli yang 16" x 16", tapi handbag tak muat, hehehe

Dinas,
Itu lah, susah nak dapat dia gelak terus. Ohh... timasih.. malu lak kita

Nur,

Alhamdulillah dapat membantu Nur :)

LG,
Tak tau la video ni, kejap ada, kejap takde. Macam Chipsmore dah. Memang best ada softbox, best lagi kalau ada DSLR sekali :P

Ikah,
Geram takpe, jangan cubit tau :P

Anor@Nad said... BALAS

Hehehehe kelakar lar, bapak dia pun leh nyorok dlm tu

Madam Sooyaree said... BALAS

Nad,
Besar kan soft box tu! Ok lah, kalau tak cukup tempat baring, boleh tido dalam tu :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...