Sunday, January 9, 2011

Pump it up!

Sejak Cik Aiyu makin banyak gigi ni, kami bertambah risau dari hari ke hari.

Selain risau tentang gigi nya (sampai mak nye dapat mimpi ngeri lagi), kami juga concern tentang adegan gigit menggigit. Iye la, mak nye fully direct bf, so paham-paham aje lah. Kalau nak gigit tangan ke kaki ke tak kisah lagi, tapi kalau tang tu? Sakit wehh... masa awal-awal dulu ada kena beberapa kali. Tak pasal-pasal dah timbul pergaduhan anak-beranak.

Pam? Hmmm.. ada jugak cuba-cuba sebelum ni. Tapi macam tak berjaya aje. Camne ibu-ibu bekerja boleh gigih mengepam, saya salute anda! It takes a lot more effort and time than direct feeding, that's for sure.

Camne eh nak pam ni? Jadualnya macam mana? Berapa minit setiap kali pam? Banyak tul soalan kan. Takpe, tengah usha-usha artikel kat internet, harap-harap dapat jawapan yang ultimatum punya.

Kalau la berjaya, memang world la bak kata Mawi. Boleh la mak nye pergi spa rawatan badan selama 4 jam. Dah dapat bayangkan rupa diri sendiri dengan tuala di kepala dan masker hijau di muka. Tidak dilupakan timun yang diletak atas mata. Pastu ada orang urut sambil dengar muzik bunyi air mengalir. Perrghhh... kan dah sengih sorang-sorang aku sekarang.

Hari ni, alhamdulillah Cik Aiyu dah mula makan sayur. Semalam ku masak brown rice & broccoli untuk dia. Mula-mula buat muka geli, tapi lama-lama dia makan jugak. Hari ni repeat paper, dia makan macam biasa. Siap nganga-nganga lagi. Petanda yang baik. Ada jugak la sinar harapan untuk anak saya makan sayur. Boleh la kulit bersih mulus macam Nora Danish nanti.


Proactiv? Tak perlu!


8 comments:

TK said... BALAS

Tak dapat den nak nolong eh..
Ahkak dulu pun tak berapa berjaya mengepam...dulu slalu gak terpikir mcmanalah org bole pam berbotol2..
Cik Aiyu makin tombamlah..Cik Aiyu lebih comel dari Nora Danish bila besar nanti..

fatt said... BALAS

teringat kisah sorg kawan nk suh anak dia makan sayur..dia cakap broccoli tu christmas tree...err? haha..tp menjadi la :)

Dinas Aldi said... BALAS

You boleh try baca blog "I myself me" (klik ja kat my blog list di blog I tu). you cari pasal hal breasfeeding di blog tu dia memang ada cerita in detail pasal hal tu. Angah tu bagi anak2 dia breast milk sampai 2 tahun. since dia keja, dia memang pam susu & simpan.

pu3natul said... BALAS

Try pumping masa dia tido..or lepas dia bf sebelah, pump the other side.

sikit2 lama2 jadi bukit.

pumping schedule tak dpt nak nolong coz i'm a working mom, so our schedules are way different. dulu masa IY i pumped 3x daily kat office.

maybe http://thepinkstilettos.blogspot.com/2010/12/my-breastfeeding-secrets.html could help. she's a SAHM like you too.

FaznFaz said... BALAS

Aku pun kagum gak bab mums yg pam-pam nih (bukan pam badan membesar bagai johan ye..??? heheh!!!) Sebab aku pun fail gak mengepam n gaduh anak beranak bila bab aku nak keluar having me time (angkara susu tak cukup tinggal kat umah!!!)

Tapi, bab menggigit tuh, dulu aku selalu tampar manja mulut Faheem everytime dia gigit n bagitau dia sakit dia gigit. Alhamdulillah, memang tak gigit dah laa pas tu.... Kalau kau sanggup nak tampar mulut anak sendiri waktu dia tgh syok-syok minum susu, ko try laaa.... hehhehe!!!!

Watai said... BALAS

Masyallah,makin bulat makan sayur ke hasil dari pump it up?

Madam Sooyaree said... BALAS

TK,
Itu lah kan, respek sungguh para ibu yang berjaya ni. Tu gmabar la yang, dia dah susut skang ni

Fatt,
Skang ni semua makanan dia masih di blend, jadi tak dapat tengok rupa, hehehe

Dinas,
Thanks, nanti i jenguk :)

Pu3,
Thanks, nanti i jenguk blog tu :)

Eila,
Aku dah praktik kan amalan menampar tu, hihihi... Memang berkesan! :D

Watai,
Itu gambar lama, skang ni awek kau dah diet

Amy Z! said... BALAS

Working mommy ni jadual mengepam dia mudah juga. Mula-mula dulu takut juga tak berjaya mengepam. Tapi demi nak fully-bf kan anak. Gigih juga mengepam masa office hour.

Pam kena ikut jadual. Kalau lari jadual, nanti blh penuh sampai bengkak-bengkak pula. T_T Dalam satu sesi pam tu ambillah masa 15 - 20 minit. ;-)

Setuju ngan point Pu3 tu. Time Aiyu tido, blh pam.

Memula mmg susah la. Tapi lama-lama ok. ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...