Friday, January 7, 2011

Rearrange

Tadi kami telah mengambil keputusan sepakat.

Sudah sampai waktunya untuk kami tukar deko deko rumah. Bukanlah nak beli perabot baru, tapi nak susun balik agar lebih baby friendly gitu. Dengan Cik Aiyu yang sekarang pantang terletak, adalah sungguh bahaya apabila kabel bersepah sana-sini. Semalam dia sudah berjaya mencabut kabel speaker, esok entah apa pulak yang tercabut kang. Walau Cik Aiyu tak reti merangkak, tapi dia adalah pakar dalam menyeret kaki untuk bergerak. Letak kejap aje, tau-tau bawah meja. Pas tu dah hilang, bergaduh dengan teddy bear. Penat bergaduh, dia capai majalah pulak. Habis koyak katalog Victoria's Secret mak. Macam mana nak beli bra sexy ni?

Setelah mengambil keputusan, Cik Abe telah mengeluarkan secret weapon nya.

Kreatif jugak laki den rupanya. Dia dah siap-siap ada layout perabot dan rumah yang ikut skala. Memang dia simpan sejak pindah. Perabot tu dia potong ikut setiap satu, kira kita boleh susun-susun nak tengok muat ke tidak. Takde la kes susun-susun, baru sedar sebenarnya almari tu tak muat. Atau pintu tak boleh nak bukak. Kepada sesiapa yang rajin nak tukar-tukar setting perabot, cara ini adalah amat digalakkan. Like this (gambar ibu jari Facebook).



Biasalah, Cik Aiyu mesti nak tolong kemas sama. Suka dia tadi tengok banyak barang atas lantai, tak tau nak pilih mana satu. Rambang mata! Akhirnya yang diserang adalah potato chips mak nye. Nasib baik sempat tangkap. Kalau tak mesti dia tanak makan bubur boring dia lagi, hihihi.. Dorito's adalah heaven ok!

Ok lah, nak sambung kemas lagi. Enjoy your weekend kawan-kawan!

8 comments:

Leez M. Saaid said... BALAS

hehehe....tergelak plak i membaca citer you..
cik aiyu bertambah comel dan bijak.. :)

marinahunny said... BALAS

slmt mengemas la ye..hehehe nanti cik aiyu dh pandai jalan lagi haru kut..duk lumba lari dgn mak pak dia la ;)

Yours Truly said... BALAS

hi mummy aiyu, i pun nak memulakan operasi kemas mengemas this w/end hehee you too have a good w/end!

Dinas Aldi said... BALAS

Huih, kemas elok ja cik Aiyu pegang kabel tu haaa, cekap tuh. boleh bayangkan dia cabut kabel speaker macam yg you cakap tu..

An Aspiring Writer said... BALAS

wow, amat teknikal begitu ya.. saya suka juga tu..:)

Anonymous said... BALAS

camni rupenye bila engineer kemas rumahh.. hmm.. buat JSA x? :P

ijah

Hisyam said... BALAS

wah sukanye cik aiyu hehe
p/s: boleh tempah buat makeover rumah la ni ^^

Madam Sooyaree said... BALAS

Leez,
Thank you dear, aminnn.. :)

Marina,
Itu lah, kalau dah pandai berjalan barang kena letak makin tinggi le, hehehe

Yours Truly,
Selamat mengemas! Harap-harap jangan separuh jalan macam kami, hihih

Dinas,
Dia skang memang suka cabut sana sini. Koyak kertas toksah cakap lah

AAW,
Boleh dipraktikkan k :D

Ijah,
JSA nya bawak anak lari naik atas, hahaha

Hisyam,
Make over rumah cari kami, make over blog cari Hisyam ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...