Tuesday, February 8, 2011

Biskut Awang Hitam

Haaa.. ada berani mau cuba biskut Awang Hitam?

Sekali rasa, hendak lagi, hahaha..

Ok lah, kita panggil biskut ni biskut Obama. Ok ke? Kira Awang Hitam terpilih la, hehehe...

Nama sebenar biskut ni adalah Peanut Butter Chocolate Soft Cookies tak silap. Tak ingat sangat, dapat resipi dari pembungkus Reese peanut butter chips. Sedap, ala-ala soft cookies Famous Amos gitu. Bukan rasa ala-ala cookies bantat tau. Yang ni lembut aje :)

Bahan-bahan:-
- 2 cawan tepung*
- 3/4 cawan serbuk koko*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- 1/2 sudu teh garam*
- 1-1/4 cawan mentega
- 2 cawan gula
- 2 biji telur
- 1 sudu teh vanilla
- 1-2/3 cawan peanut butter chips

Cara-cara:-
1. Panaskan oven, 175 degC
2. Satukan bahan-bahan yang bertanda (*)
3. Pukul mentega & gula sehingga kembang.
4. Masukkan telur & vanilla, pukul hingga sebati.
5. Tambahkan bahan-bahan bertanda (*) sedikit demi sedikit, kemudian gaul peanut butter chips ke dalam doh
6. Bulatkan doh, anggaran satu sudu teh. Letakkan atas dulang pembakar, tidak perlu disapu mentega


7. Bakar selama 8-9 minit. Jangan terlebih bakar. Biskut akan nampak macam tak masak, tapi takpe.


8. Pasal lepas 2 minit gitu, biskut akan kuncup. Sejukkan di atas redai.


Selamat mencuba!


10 comments:

Amyz said... BALAS

nyam nyam.. memang kena test skill buat biskut ni. dah lama tak menceburkan diri. haha.

naimatulrais said... BALAS

yes...nk cuba...

Dark @ng3L said... BALAS

omg huda...ini adalah cobaan meranapkan diet niehh

Anonymous said... BALAS

Ai memang tak pandai buat beskut apa-apa pun. Tahu tunjuk, beli dan jalan-jalan sambil makan dan berebut dengan anak ppm & lelaki sorang lagi tu.

Pastu yg tak sanggup biskut tu makin lama makin mahal. Awal tahun 90an masa baru diperkenalkan di M.sia reganya 300 grams = RM12.90. Sekarang 300 grams = RM25.00 for double chocolate + pecan nut. Menggeliat nak bayor.

Nanti cuti bolehlah kucuba resepi mu itu. Kah..kah.kah

Azian

fara dean said... BALAS

rajin mak buat cookies..
nak satu!!

Anonymous said... BALAS

daddy aiyu mmg suka soft cookies camni kan ... aye suka yg rangup krup krap ..kalau soft2 ni takde feel masa gigit

ni belum tahap awang gelap ... baru awang mocha ...hehehe

@ helen @

nur easy said... BALAS

wah bagus ni. lama dah tak wat cookies

Kaseh said... BALAS

sudah salin, tinggal tunggu kerajinan nak buat jek haha....ai lovee soft kukisss..

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Itu tanda kena mencebur diri balik tu ;)

Naimatulrais,
Nanti dah jadi, tepek kat blog k ;)

Dark Angel,
Persetankan diet. Live life to the fullest, hahahaha

Azian,
Kita kalau baking ni memang rajin. Kalau kat Malaysia yang rajin tunjuk adalah nasi lemak & roti canai, heheheh

Fara Dean,
Ni dah tersampuk oleh dewa dewi gula, hehehe

Helen,
Haaa.. bukan aje suka yang soft, dia suka yang takde kacang gak! Hehehe... kalau gelap lagi aye panggil biskut Seal :D

Nur,
Kat sana rajin baking tak?

Kaseh,
Sesuai ni buat makan sambil baring, hehehe

Dinas Aldi said... BALAS

haaaa, I suka respi yg sukat pakai cawan2 & sudu2 macam ni. kalau yg pakai timbang2 tu memang aku fail.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...