Tuesday, February 22, 2011

Senyuman gaya terkini

Orang kata, senyum itu seindah suria. Yang membawa cahaya. Senyumlah dari hati, duniamu berseri. Hahaha.. bantai menyanyi la pulak kan. Tapi tang lirik tu ada sedikit was-was. Maklumlah, dah lama tak asah bakat dalam k-box. Haruskah saya kunci lirik itu, abang Aznil? @__@

Senyum ni selalunya menjadi trademark seseorang. Kalau tak percaya, boleh jumpa kawanku yang bernama Adiha, hahaha... Senyum dia sepesen aje bila amik gambar! Siap kitorang gelar satu jenis senyum tu, 'senyum Didi Diha', hehehe...

Anyway, selalunya korang senyum macam mana? Senyum ala tersipu-sipu, senyum ala iklan Colgate, senyum ala kerang busuk, senyum menggoda ala Pasah Sendat, atau senyum nak tak nak? Kalau aku, aku suka senyum tunjuk gigi atas. Walaupun gigiku bukanlah putih berseri bak Mr Darlie, tapi pedulik apa. Aku rasa aku cantik bila senyum begitu, hahaha... Dulu ada gak cuba-cuba nak senyum sambil tutup mulut. Tapi bila tengok, rasa macam senyum nak tahan berak pun ade. Cancel terus.

Cakap pasal senyum, sekarang ni Cik Aiyu ada senyum stail baru. Selalu kan dia bajet ala-ala diva gitu. Bila orang amik gambar, dia buat muka boring. Eleh, macamlah ramai sangat nak amik gambar dia kan. Maknye aje yang gila amik gambar anak.

Sejak semalam, dia asyik senyum kerut hidung. Sambil tu dia akan bernafas kuat-kuat. Kadang-kadang dia muncungkan mulut, kadang-kadang dia tayang gigi.

Macam ni.


Besar kan gigi dia sekarang. Sekali digigit, auwwww... tak rela you!

Sekarang ni kami ada berus gigi tambahan untuk dia. Yang lama tu kalau pakai, dia buat gigit aje. Bila masuk, dia ketap mulut. Camno nak gosok gigi kalau camtu yang oii???

Jadi, kami pakai Baby Orajel tooth & gum cleanser.


Yang ni ubat giginya boleh dimakan, bukan macam Kodomo Lion. Tapi sedap kan Kodomo Lion, masa kecik-kecik dulu aku suka makan, hahaha... Anyway, ubat gigi ni macam cecair, ala-ala teething gitu. Rasa pun ok, rasa buah. Pakai applicator tu di jari manis, letak sedikit gel, dan gosokkan pada gigi dan gusi bayi. Settle, tak perlu bilas.


Barulah senyum seindah suria dan nafas semerbak buah-buahan!



12 comments:

Kaseh said... BALAS

olololo lawa dah smile yg baru nih.. pandai dier brush teeth ehh..gudgal..heheh

-ilyannur- said... BALAS

dh boleh senyum luas2 dah bila dh berus gigi hihi

Fadilah R. said... BALAS

hahaha. sama je mcm imaan senyum. gigi kemain besar. tapi imaan belum berus gigi lagilah just gosok pki wet napkin je. toothpaste yg safe utk baby mcm mahai sgt harganya.

nur easy said... BALAS

cik aiyu tgh cuci gg pun ttp comel ;)

marinahunny said... BALAS

nk cium!

Alice Kalut said... BALAS

Mcm best je tgk cik Aiyu awak! Ala kat Malaysia sini sure xde! :(

sarah kalam said... BALAS

cik aiyu........SMILEEEEEE.....

Nanak said... BALAS

oh..yg n klu i masukkan dl mulut bby d akan trus geget my jri.dahlah gigi besar...

Madam Sooyaree said... BALAS

Kaseh,
Time senyum nampak gigi ok le, time dia buat muncung kelakar sey!

Ilyannur,
Kalau tak gosok gigi kang, semorang lariiii :D

Fadilah,
Pakai wet towel pun ok. Hari tu kebetulan nampak kat kedai, tu yang beli

Nur,
Hihihi, kembang bontot Cik Aiyu kang, haha

Marina,
Lepas gosok gigi, ok aje!

Alice,
Noah pun best k! Kalau nak kirim ok aje ;)

Sarah,
Smilleeee... (sambil tunjuk gigi besar rumah)

Nanak,
Memang confirm dia nak gigit. Tapi kita tarik cepat-cepat, bukan gosok macam gosok gigi kita. Jenis masuk mulut, keluar mulut terus. Kalau tak... ngap!!!

Unaizah said... BALAS

Senang la gosok gigi cara gitu. Tak yah berebut berus gigi dgn baby. Eh, anak-anak i pun suka telan toothpaste...tu yg suka sgt gosok gigi.

ctmunirah said... BALAS

super duper chomel cik aiyu ni... I am officially her stalker now.. hehe.. hari hari misti mau ngadap ini blog tgk beliau.. more pictures pretty please...

Madam Sooyaree said... BALAS

Unaizah,
Sedap kan, esp perisa strawberry, hehehe

Munirah,
Hahaha.. lepas ni kena cover mata Cik Aiyu dengan kotak2 ala anak artis, hahah.. thanks dear for reading, really appreciate it :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...