Monday, March 7, 2011

Aiyu si kaki buli


Milik siapakah peha ini?

Kalau KFC besar gini, confirm aku tak tamak haloba lagi order family plate. Snack plate pun cukup. Uishh.. teringin lak nak makan KFC skang. Hot & spicy plisss....

Ok, kita kasi hint sket...











Muka saspek terpaksa menjadi kotak-kotak, untuk mengelakkan tuan punya blog daripada kena saman nanti.

Haaa... dapat tak jawapannya???



Jangan nak buat bidaah. Itu bukan peha anakku. Cik Aiyu slim ok, tang pipi aje terlebih dose.

Peha itu adalah milik Kreed, sepupu Cik Aiyu. Waima umur 15 hari lagi muda dari Cik Aiyu, tapi beratnya 3lb lebih dari anakku.

Tak percaya???



Tengok perbezaan dalam gambar ni...


Comel lote aje kan Cik Aiyu. Tapi jangan tak tau, anakku kecil-kecil cili padi.

Kreed masih dalam proses belajar merangkak. Boleh la dia merangkak, tapi gear reverse. Kalau nak benda kat depan, dia merangkak ke belakang, hahaha... Kelakar kan, macam-macam perangai budak. Gigi pun nan ado lagi, tengah gigih dengan teething process. Habis basah lencun baju dia. Duduk ok la, tapi still tak stabil. Macam first day kitorang sampai, berdebuk dia jatuh ke belakang. Apa lagi, berdondang sayanglah kawan...

Cik Aiyu dengan sombong bonar, selalu di "ehhh... ehh..." kan budak tu. Nak ajak main la kot. Lepas dah agak-agak 2-3 kali di ehh ehh kan, dia merangkak tawaf Kreed. Amboi amboi amboi... eskyen sungguh cik kak kita tu. Mentang-mentang la merangkak dah full gear. Lepas dia dah boring tawaf Kreed, dia tinggalkan budak tu sorang-sorang. Agak-agak dah boring main sesorang, dia datang balik kat Kreed.

Kalau datang saje takpelah, ini dia datang dekat, pastu dicabutnya pacifier kawan tu! Dah cabut, dimasukkan ke mulut sendiri pulak. Samseng sungguh anakku. Yang kelakar bila Kreed tu ala-ala nak menangis, Cik Aiyu masukkan ibu jarinya dalam mulut budak tu. Yang Kreed pun layan, isap ibu jari Cik Aiyu, hahaha... Nasib baik bukan Kreed yang masukkan jari dalam mulut Cik Aiyu, kalau tak kompem 3 hari 3 malam tak habis menangis kena gigit! Serious, dia gigit kuat sekarang. Aku pun rasa sakit, ni pulak bayi, kan.

Tapi orang kata, air yang dicincang takkan putus...


Ada jugak waktu aman bahagia, main bersama...

8 comments:

nur easy said... BALAS

haha cemana gaknya gaya gear reverse tu..;)

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

alahai comelnya dua orang ni :) my nuha dengan sepupu dia pun asyik gaduh, pastu baik balik :)

sarah kalam said... BALAS

muka cik aiyu mcm nk same je ngn kazen die tu ekk...

ati_emylia said... BALAS

oooooo kalo semua benda nak dimasuk mulut sampai lencun kain baju yg ade berhampiran maknanya tgh teething process.....tp bila check fatehnye gusi tak dek plak keras kat mana2.... hehehee

btw....i gelak besar dgn gelagat si "pembuli" cilik ni....

emy

Umie said... BALAS

peha kreed sungguh gebu..kalau dpt gigit tu mmg yummy!! hehe

Dinas Aldi said... BALAS

oih geram tengok paha si Kreed tuh! tapi cik Aiyu jugak pujaan hatiku, heheheh

Madam Sooyaree said... BALAS

Nur,
Merangkak semua sama, tapi ke belakang bila bergerak, hahah.. Alih-alih mesti tersekat bawah sofa la, hujung kabinet la :D

Ellismie,
Heheh.. Nuha pun suka gaduh ye :P Itulah kawan bermain orang kata ;)

Sarah,
Dah kata sepupu, hehehe.. tang dahi kot sama, gang jendul!

Emy,
Tengok jugak, lain budak lain ragam. Tapi orang kata kalau nak tumbuh gigi memang air liur berjela. Tang menggigit pun iye gak

Umie,
Kalau peha tu digoreng, kompem harga nasi lemak jadi RM5!

Dinas,
Itulah yang kita mahukan, hahahaha :P

nani said... BALAS

tengok gmbar? sikit lebih kurang je..keh keh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...