Wednesday, March 16, 2011

Membaca jambatan ilmu





Ini anak saya. Dia suka membaca buku. Eh, tipu la tu. Mana la dia reti nak baca buku. Sebut maaaa pun tak pass lagi *dengan nada tak puas hati*.

Walau Cik Aiyu ni baaeekkkk perangainya, tapi dia suka bila kita baca buku kat dia. Dulu-dulu mak nye speku, anak nak dekat buku pasal nak makan kertas. Bersangka buruk rupanya aku. Ampun anakku.

Masa Cik Aiyu umur 3-4 bulan, ade lah juga cuba-cuba nak baca buku padanya. Hampeh. Sumpah dia tak layan. Lepas cuba dalam seminggu aku pun give up. Aku fikir, nantilah dulu. Tunggu dua umur setahun dua tahun gitu.

Tapi hari tu masa gi rumah PIL, Cik Aiyu didedahkan dengan buku lagi. Masa tu Grandma nye lah yang bacakan untuk dia. Biasalah, omputeh kan suka baca buku untuk budak-budak. Surprise surprise. Cik Aiyu yang tengah bermain, boleh duduk senyap kejap dengar Grandma baca buku. Masa tu speku lagi, 'eleh, kau nak amik hati Grandma le tu'.

Lepas tu, aku ada la belikan Cik Aiyu 2-3 buku. Ada pasal warna, ada pasal nombor. Yang penting, tebal dan keras. Tak lut gigi punya. Masa beli tu takde pun berharap yang Cik Aiyu akan duduk diam bila kita baca kat dia.

Sangkaan ku meleset.

Itulah, tak baik bersangka buruk pada anak.

Rupanya memang dia suka bila kita baca buku untuk dia. Mula-mula daya tumpuan tu sikit le, belum habis buku dia dah cabut lari. Tapi skang ni, makin hari dia makin suka. Siap sengih-sengih lagi tengok "1 big elephant". *kes teringat kat andak kau ke? hehehe.. peace Sally :P* Kadang-kadang dia siap amik buku dari rak (skang ni rak buku memang letak buku dia saje. Letak buku aku, abis jadi arwah haji leman), bagi kat mak nye. Tak tau la kebetulan ke ape, tapi mak nye mulalah feeling-feeling 'alahai, bijaknya anak aku'.

Membaca untuk bayi ni sebenarnya elok. Pediatrician kata boleh baca pada mereka seawal dari baru lahir, ataupun bila umur dalam 6 bulan, bila diorang dah tengok warna-warni, pegang buku dan sebagainya. Kajian telah membuktikan, anak-anak lebih cepat tangkap dan belajar jika ibu bapa mereka banyak berkomunikasi dengan mereka sewaktu kecil.

Habis la kau Cik Aiyu. Lepas ni tunggu la mak kau ni membebel hari-hari.

Ok tak? Membebel pun komunikasi jugak kan? :D


17 comments:

Nanak said... BALAS

btl2...my baby pun suka kalau kita bacakan dia buku..konfem diam.hihihi

mama maman said... BALAS

maman suka tanya apa yg ada dlm buku tuh... wlpun benda tu sebenarnya dia tau... cam dia lak mengajar kita eks...:)

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said... BALAS

wah lepas nih kena selalu rajin bacakan buku utk dia ... sure dia seronok ;-)

aida said... BALAS

try to buy fabric books as well..mia when she was a baby loved to play in bath tub while i read to her.even if she grabbed the books can easily wash and dry.another type of books mia used to love the one she could touch the texture of animals' fur and those if she touched would emit sounds.but since cik aiyu suka tengok muka sendiri,ada juga buku which has foil so she can look at her own face.

Umie said... BALAS

i bought fabric books for Muaz sbb takut dia kunyah2x kalau bg jenis kertas punye tu..alangkan flash card yg tebal tu pun dia kunyah2x sampai naik lunyai dah hah.. tapi si muaz nie kejap aje nak dgn buku2x dia tu, nampak bapaknye bukak buku2x programming yg tu dia terjah dulu..abih dicampaknye buku2x kartun dia tu..hehe.. yup, aii penah bacakan buku utk dia, mmg senyap aje dgr cerita..hehehe

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

nuha pun suka gak baca buku, silap2 dia bacakan kita balik :) tp bahasa dia la..heheheehe

Anonymous said... BALAS

CIK AIYU ISABELLA SGT2 CHOMEL...saya suka bc blog mai. jd kwn FB buleh? AINI SALWA

farah said... BALAS

That's very good Nurul. I haven't properly read to my baby yet tp ada la beli buku2 untuk dia. Suka sgt la belek and gigit (as usual!) I selalu bagi buku to her to peruse cos mommy pn nak lepak sama baca buku mommy...hehe...Perhaps I should start reading to her kan. Thanks for d tips!

P/S : Love Aiyu's dress. Sweetheart Rose Baby kan? Hehe...I baru nmpk at Macy's. Tgh ada sale *sighs*

an15 said... BALAS

i dulu start belajar baca buku dengan cara makan buku. ntah perangai pe, suka carik ujung2 buku then makan. my bro cakap i ni macam anai2.

:p

Madam Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Kesian Aiyu, kita sangka buruk pada dia, heheh

Mama Maman,
Thnaks for the tip. Nanti boleh praktik ;)

Nurul Diana,
Selalu sehari memang baca a few times. Tapi cuba kalau handphone berbunyi, kompem dia nak phone!

Aida,
Thanks for sharing. Masa dia 3-4 bulan memang pakai cloth book la, siap ada cermin lagi, hihih.. Tapi ni dia nak cermin besar! :D Nanti I cuba cari buku untuk tub pula

Umie,
Thanks for sharing. Bakal jadi programmer tu, hihihi

Ellismie,
Ala sweet nye Nuha! Yang ni baru sengih-sengih. Kalau nak dengar dia bebel tu time tak dapat barang dia nak, hahaha

Aini,
Thanks dear :) Boleh aje ;)

Farah,
Lucky you, still boleh baca buku. Ini kecil suka terjah bila I baca, end up baca magazines saje. Yup, dress dari Macy's. Ni size 12 bulan, dah ketat :(

An15,
Hehehe... ilmu bukan masuk dada, masuk perut! :P

Anonymous said... BALAS

FB akak apa? sy xde blog..buta IT..huhuhu..juz ado FB sj. xpun akak add saya. ainee_aizil@yahoo.com

Dinas Aldi said... BALAS

betul betul, membebel pun komunikasi jugak, kahkahkah!

syabas cik Aiyu!

DeLancrettLurpak said... BALAS

siap la lepas ni, ko jadik mangsa deraan Aiyu... aku dah kena dah.. anak aku dera aku baca 5 buku utk dia masa bed time story.. sumpah ngeri ok! baca buku yg sama punnnn, dah tau dah ending dia, tapi nak gak dgr kita baca, huh!!!

Unaizah said... BALAS

Melentur buluh biar dari rebungkan hihi. Bagus la Cik Aiyu dah diexpose kpd buku awal-awal. One thing i'm sure is budak-budak akan cepat fasih bercakap if kita rajin bercakap dgn diorang and cakap bahasa yg betul not baby talk.

Kaseh said... BALAS

tak baik tau speku sokmo ngan anak..wakakka...ko kena rajin baca buku..ehh silap2..bacakan buku utk aiyu...nati dia dah besar leh jadi storyteller...

Nota Cikgu Anum said... BALAS

ai baru perasan..dlm semua pic Cik aiyu ni, klu die buat sesuatu..die buat bersungguh2 kn. tgk expression muke die :)

Syima Syaz said... BALAS

btl tu...agree 100%..
so nanti dah ada anak start dalam perut nak baca kan buku untuk dia...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...