Wednesday, March 23, 2011

So called spring

Masa kecik-kecik waktu belajar ilmu alam, cikgu saya kata, dunia ni ada 4 musim. Summer, autumn, winter and spring.

Cikgu saya kata, spring ni orang kita panggil musim bunga. Pasal waktu ni, pokok akan mengeluarkan bunga yang berwarna-warni. Bau sungguh harum, menghibur hati. Kemudian pula akan datang rama-rama mencari bunga.

Tapi, sekarang ni saya macam dah tak berapa percaya pada kata-kata cikgu saya.

Kenapa? Tak baik kan tak percaya kat cikgu. Cikgu banyak ajar kita masa kecik-kecik dulu.

Tapi kannn......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kenapa musim bunga kat sini jadi musim salji????



Semalam ribut salji datang lagi. Baru kelmarin nampak rumput, hari ni dah hilang.

Sampai penyodok salji saya pun tenggelam.


Semua jadi putih.


Nak keluar rumah pun susah, tak nampak tempat pejalan kaki.


Anak saya seperti biasa, berangan di siang hari. Feeling feeling kat muka pintu. Tunggu boipren yang tak kunjung tiba.


Macam mana boipren nak datang. Nak bukak pintu pun susah. 


Nasib baik ada tenaga buruh di rumah. Kalau tak pinggang saya jugak yang rasa nak patah.


 Sekian, laporan cuaca buat hari ini.


16 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

alallal...boipren aiyu jauhkan syg...nun di mesia sane...cehceh...tetibe..dadif tak lebih momma plak yg lelebih..

=)

mama maman said... BALAS

skrg dunia dah nak kiamat kot... memacam tanda kecil dah muncul... minta simpang la wei...

siapakah boipen cik aiyu... adakah si gigi rongak..??

Nanak said... BALAS

seronoknya dpt tgk salji..

Anonymous said... BALAS

Huda

Allah saja yg tahu kenapa ada salji di musim bunga. Syukur, Alhamdulillah.

nak kena babap ni, cakap cikgu kena percaya. Dolu-dolu, anak2 kita tak percaya cakap kita, dia percaya cakap cikgu je. Cikgu je yg betul.Kita gerrrrrram jugak.Tapi cikgu sekarang banyak yg tak boleh dipercayai. Hehehe..

Sabau je la, spring pasti menjelma. Ni mesti sebab nak pakai baju bunga..(sambil nyanyi lagu arwah Surdir..pakai baju bunga-bunga..)

Kecik-kecik dah pandai tunggu boipren eh?

Azian

ayang said... BALAS

Mesti masa tu cikgu akak tak ajar pasal lapisan ozone yang menipis lagi...hehhehehe..
Dasat nooooooooooooooo... tebal giler salji.. Cejuk.. cejuk... cejuk....

Kaseh said... BALAS

alahaii..springla time paling cantik n weather dia cuns kan..sejuk2 berangin..tapi tu la kat tpt huda ada salji lak.. huda.leh tolong tak...tolongg gomolll cik aiyuu byk2..gerams laa..

venusfreedom said... BALAS

comelnye cik aiyu!! btw, tebal nye snow..mesti nak kua pon ala ala takde mood sbb sejuk..

p/s: bila mak cik aiyu nak cite pasal anniversary..mak tak sabar nak tgk gmba kawen mak cik aiyu tau + termasuk rmbut baru vogue gitu!:)

FaznFaz said... BALAS

ni kesan global warming laa nie....

sri hati said... BALAS

Wahh cik aiyu..kemain ye tunggu boyprend..arinie dating ngn auntie la ye..geram tgk cik aiyu..isk2 :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Mungkin jugak la kan.. yang selama ni disebut daaaa deeee tu tah-tah Dadif, hahaha

Mama Yana,
Itulah, cuaca di sini memang tak tentu sangat. Boipren Cik Aiyu tak tau la, dia secretive sket, hihihi

Nanak,
Itu tanda kena datang Amerika :)

Kak Azian,
Hahahah.. itulah, time dulu-dulu cikgu cakap apa percaya aje. Skang ni cikgu dilawan. Kesian kat cikgu.
Ehhh... mana tau ni.. kita nak pakai kasut tinggi strappy strappy gitu ni, hhuwaaa

Ayang,
Time cikgu ajar tu berangan kot, hihihi... Hari ni putih aje, tak sejuk mana. Matahari terang, nampak cantik!

Kaseh,
Ok, akan ku gomol bagi pihak mu, roger roger. Itulah, time ni la aku terkenangkan Keukenhof di Netherlands, ooh la la!

Venus Freedom,
Tadi I dah amik gambar ngan Cik Aiyu, tapi gambar 18SX la pulak. Biasalah, duk rumah la time nak seksi, hihihi... Gambar kawen? I kawen perasan royalty, nanti termuntah you kang, hahaha

Eila,
Mungkin la kot. Dulu bulan April selamba snow!

Sri Hati,
Kalau auntie ada plastik yang boleh digigit, mungkin Cik Aiyu akan pergi dating bersama ;)

Cik Nani said... BALAS

yang menengok dari sini rasa best aje..hihi

mungkin kak nurul yg hari2 mengadap dah jemu kan =)

kim salam cik aiyu

Mick's Mama said... BALAS

Huda.. meh i hadiahkan kat you sunshine! berlambak betul kat sini (kono nak buat you jeles lar) hehehe... neway, we had that kind of spring last two years too.. tiba tiba penuh salji.. thank god Spring kat sini dah normal kembali. I benci itu jackets. tak sukeeeeeeeeeeee.

Watai said... BALAS

cik aiyu,nanti saya datang buka kan pintu ye

Unaizah said... BALAS

Bukan kat sinun je weather unpredictable. Satu donia rasanya sekarang ni cuaca dah caca marba.

Dinas Aldi said... BALAS

adoohhhhh comel bangat cik Aiyu menunggu di pintu dengan muka gitu! geramnyaaaaa!

Madam Sooyaree said... BALAS

Cik Nani,
Memang cantik Nani, tapi nak sodok snow itu adalah satu cabaran!

Az,
Susah nak pakai sexy kan, hihihi... We are moving down to Texas in a month or two, sana mesti banyak sunshine!

Watai,
Meh la abang pilot, pintu sentiasa terbuka, hihihi

Unaizah,
Itu la kan, belum lagi perang sana sini. Tanda akhir zaman orang kata

Dinas,
Hehehe... timasih cikgu! Dia memang suka tengok luar, hari-hari kena buka pintu kasi dia tengok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...