Thursday, May 19, 2011

Haruskah ku lempang anak sendiri???

Sekarang ni kan, susah betul nak makan di luar. 

Bukan apa, Cik Aiyu sekarang makin susah nak duduk diam. Baik dalam stroller atau atas high chair, memang dia tak senang duduk. Mula-mula ok la, tapi lama sikit nanti dia mula nak capai meja. Bila dah dapat capai meja dia nak panjat meja. Bila dah dapat panjat meja dia nak capai barang-barang atas meja. Bila dah dapat capai barang-barang......

Dia campak ke lantai :(

Adehhh... adakah ini perkara biasa???

Tak larat tau, makan pun selalu kena laju-laju pasal nak layan dia punya pasal. Atau selalunya salah sorang akan makan dulu, yang lagi satu akan layan dia. Nak makan berdua dengan perasaan tenang dan nyaman? Haihhh... macam sukar aje lah kan.

Tapi kan.....

Hari ni aku rasa aku dah jumpa jalan penyelesaian. Taktik ini telah dicuba awal pagi tadi di Starbucks.


Nak anak anda duduk senyap atas stroller???

??

?

Kasi dia tengok dvd. Lelagi kalau dvd tu ada Elmo, hehehe..


Mengada kan, rasa macam nak pelempang pun ade. Anak-anak zaman moden ni memang mengada lebih.

Ke kita ibu-ibu zaman moden yang tak reti nak tackle masalah bayi? 

Entahlah, yang pasti aku dapat makan breakfast dengan tenang tadi. Waktu lunch dengan Cik Abe tadi pun kami cuba taktik dvd ni. Nampaknya menjadi. Siap ada orang datang meja, cakap dia nak tengok stroller yang ada dvd player, hahahah... Ambooiiii... canggih betul zaman skang kan, stroller siap ada dvd player! :P Dvd player ni memang aku beli dari dulu, masa asyik ulang alik ke Libya. Jadi peneman di waktu boring seorang diri. 

Kepada para ibu di luar sana, macam mana korang makan luar dengan anak kecil? Sharing is caring hokay, thankssssss!!! :)


30 comments:

Unknown said... BALAS

kak huda: anak saya darwisy pon sama. tak reti duduk diam. ade aje benda dia nak kerjakan. mmg tak pernah makan dengan tenang. exactly mcm perangai cik aiyu. biasanya sy dan suami gilir2 makan. pasang dvd kat stroller? ke laut jawapnye sbb dia jenis tak suka tengok tivi. nak 100% attention. letih i tell u...

nur qhaseh said... BALAS

aslmkm...

hmmmmm mcm2.....
cian mak n pak y.....
sabar yer sabar....
insyaallah dia kan mengenang budi ble da besar nt

Mama Kembar Tiga said... BALAS

perghhhh stroller pun ada dvd player? mmg hebakkk laa cik aiyu hehehe... panjat-ambik-baling-kutip-baling balik adalah perkara biasa yg budak tecik buat, diorang mmg suka dera mak bapak huhuhu

nur easy said... BALAS

hhehe mujur mak budak pandai lagi kreatif ;)

mama maman aka yana said... BALAS

Mmg senario biasa la tuh... dulu berthn gak tak kuar umah... penat melayan kerenah apa2 tah...

ps: dulu2 mana la ada video player blh bw jejalan... hhheee... cangih sekarang kan..

Anonymous said... BALAS

Hu.hu..Lempang le kat public kalo nak kena tangkap pasal abuse anak. I dare U.

Gua pun sama macam lu dulu. Silap hari bulan 1/2 gelas air tumpah dan kena beli lain. Bila dia dah faham cakap baru boleh disiplin duduk setempat di meja makan. Laki akak dulu tak mahu makan sama dgn bebudak ni. Kata nak tercekik rasanya bila depa ni ada, sabau je lah. Emak jugalah beralah kena jaga anak waktu laki ai makan. Itulah kita ni emak, kalo tak kuat tak boleh jadi emak. Meroyan tau.

Huda, tolong tayang sikit (close up) ye dvd tu. Manalah tahu boleh beli hadiahkan kat cucu nanti sepuluh tahun lagi ke. Kut masa canggih lagi.

Azian

ANR said... BALAS

Hola Elmo's GF..hik be a good gurl ok..

anumuchan said... BALAS

wah menariknyee..macam ni, org besar pun nak masuk dlm stroller tu..heee...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said... BALAS

gitulaaa gayer anak skrg...eheheh

farah said... BALAS

I think every baby macam tu kot Nurul, teruja dgn things new to them.
Fatehah pun liat nk duduk dalam stroller, style baru sekarang since hers blh dibaringkan flat, dia duduk berlunjur dalam tu, tp dalam posisi flat which is so kelakar I tell u cos kepala dia blh nmpk terkeluar. Itu je style dia nak, if letak mcm biasa nak ikat ke apa for sure melalak mcm kena pelempang. Hehe.
Tp utk I nak usha beli dvd player mcm cik Aiyu tu hmm musykil la, mgkin x secanggih camtu lagi kot. Hehe. But yeay to the brainy idea of Cik Aiyu's mommy! A great solution!

bonda dadif aka akish said... BALAS

wahhh...kat strolle ade dvd..kalo cam kite nih...yg takde portable dvd tu camno mau buek..ekekekek...

yunk...yg pasti mmg menjak ade anak...mmg tak aman okkk makan kat luar ke..makn kat umah ke...dan mmg tiade erti kate menikmati....dahtu kunyah pon kene laju2...

ape yg daku buat....bagi same dia makan skali...pangku dia...takpon leka kan dgn dia bg sudu atau mangkok...

=)

Erma Azman said... BALAS

mommy cik aiyu..aariz pon camtuh..dulu kitorang bergilir2 makan..pastu sampai turn kite, sure sume dah sejuk..what we did now is..ajak die makan sekali..letak plate and sikit food..let her eat byherself..i tell u she will love it..but of coz banyak yang jatuh dari makan..but i think its good for her motor build up..and she knows that its time to eat..and she needs to eat as well..

Madam Sooyaree said... BALAS

Fantabulous Mommy,
Wah, Darwisy tak suka tgk tv? Selalu siang-siang dia buat ape? Ok le tu, tak rosak mata nanti, hehehe

Nur Qhaseh,
Waalaikumsalam.. insya allah dear :)))

Mama Kembar 3,
Kita bukan apa, risau dia baling benda kena kat orang. Macam hari tu dia campak mainan, masuk kari saya tengah makan! Nasib baik kat rumah, hehehe

Mama Yana,
Kena sabar sket la ek setahun dua ni, hihihi... Itulah, zaman depan agaknya boleh tgk tv kat tapak tangan kot, hihihi

Kak Azian,
Eh... kita cakap aje, nak buat takkan kot, tak sampai hati, hihihi... Eksyen aje lebey :P

Sini nasib baik air free flow, hahaha... Dulu dia pernah buat cubaan tumpahkan air, nasib baik maknya tangan octopus, sempat sambar. Perasan Mrs Smith jap :P

DVD tu Elmo's World Music ape tah, nanti saya check title dia. Memang terkesima Cik Aiyu tengok, tak berkelip, hihih

Aqilah,
Elmo's gf? Hihihh... thanks!

Anum,
Haih, orang besar duduk dalam stroller tandanya malas nak jalan!

Mya,
Macam-macam kan kanak2 zaman sekarang ni :P

Farah,
Hahaha.. ok le tu... yang ni nak lay flat the stroller seat? Tak dapekkk... kecuali dia tengah tido, baru kitorang letak flat. Kalau tak nanti dia dengan gigih nak duduk jugak. Fatehah ada fav show tak? Boleh share dengan Cik Aiyu, hihih

Bonda Dadif,
Kita kasi Cik Aiyu sudu, dia akan gigit2 dulu, pastu campak. Huwaaa... antara lain yang kita buat kasi dia snek. Itu ok gka, tapi dia cepat bosan. Nak jugak panjat meja!

Madam Sooyaree said... BALAS

Venus Freedom,
Ada jugak cuba buat camtu, tapi itulah, banyak yang jatuh dari masuk mulut. Kesian pulak orang restoran nak kemas, hehehe.. Kekadang apa kita kasi dia, dia tanak, dia nak hak kita jugak!

Nisa Ali said... BALAS

wah!!hebatnye..mmg terkesima sekejap

Erma Azman said... BALAS

haah betol la..kalo kat mesia kering je hati bagi anak makan sampai berterabur lantai kat restoren ..tapi kalo kat obersea tu..payah sikit kan..makan mcd pon kemas sendiri..hhahahaha

shuhada said... BALAS

setakat ni wazif behave lagi time kitaorg makan kat luar...dia khusyuk main toy yg tengah ada kat tgn dia tu..tp kita jangan tunjuk tengah mengunyah kat mata dia la..kalo tunjuk time2 tu dia menggeliat nak bangun dr stroller..:)

Unaizah said... BALAS

Adatlah kalau ada anak kecik. Takde maknanyer mak & bapak nak makan berdua-duaan, unless keluar berdua je or tinggal anak kat babysitter. I now ada 3 kids (7yr, 3yr and 7mth) plus ada helper,...still tak leh nak makan semeja dgn aman. Kami take turn makan. Kenalah sabar until anak-anak dah besar.

Anonymous said... BALAS

Huda, maaf bukan DVD, dvd player yg sebenonya tak tengok close up especially cam mana sangkut pada stroller tu. I am sorry.

Azian

Anonymous said... BALAS

Huda, maaf bukan DVD, dvd player yg sebenonya tak tengok close up especially cam mana sangkut pada stroller tu. I am sorry.

Azian

an15 said... BALAS

Hi cik aiyu!

-wave-wave-

Raimanda said... BALAS

saya kasi satu piring, letak makanan dalam tu dan dia akan ramas2 makanan dengan gembira. Pastu saya tension nak basuh tangan dia dan bersihkan baju dia kat toilet. Tapi perut saya kenyang...

Poist-en Ivy said... BALAS

Walawei... agaknye pada usia berapa Cik Aiyu akan dapat Iphone?? hehe..

Madam Sooyaree said... BALAS

Galeri Makanan,
Hehehe.. kreatip tak I? :P

Venus Freedom,
Kalau kat Malaysia selalu restoran memang lantai berterabur kan, tu tak kisah sangat. Sini macam segan-segan sket le, kalau tumpah pun selalu lap sendiri mana yang boleh

Shuhada,
Baiknya Wazif, still main dengan toy dalam stroller... Ini kalau stroller berhenti, dia pakat campak toy atas lantai

Unaizah,
Kalau gini lama lagilah kami nak candle light dinner, hihihi...

Kak Azian,
Okeh, nanti saya amik gambar k ;)

An15,
Hi Cik An! *sambil Aiyu sembur air liur*

Ayl Aziz,
Hehehe.. hati tension tapi perut kenyang. Ok gak tu, salah satu bahagian badan gembira ;)

CTM,
iPhone? Is cannot... mak dia pun takde iPhone hokayyy

Curly Umi said... BALAS

biasalah tu huda. we used to take turns makan. sekrg senang sikit cos sarah sibuk nak makan whatever we eat. so kalau i kasi dia our food sikit dia akan duduk senyap in her baby chair. hahaahaha...

persimmon said... BALAS

Anak ai cam tu gak..mkn sore sbb hubby tk de..solutionnya mkn la bersama..sampai habis

LizYahaya said... BALAS

Hi Huda, I'm your silent reader but tak pernah leave a comment, tapi bila tgk your creativity sangkut DVD kat stroller, terus tergerak hati nak comment. I pun ade beli DVD player tuh when I was posted in Sakhalin. I guess memang adat semua orang yang kerja rotation untuk beli satu. Layan DVD malam malam sebelum tido or dalam flight. Sekarang dah balik Malaysia, DVD player tuh dah tak guna lagi. So your idea utk sangkut player dekat stroller tuh is a very good one (dari player tuh collect habuk bawah katil jer). Please share how! ;)

farah said... BALAS

Nurul,

Fatehah so far xde fav show lg. Dia tu dgn TV mcm x minat je, mgkin jgk sbb dkt bbsitter kemaruk pagi petang kena tayangkan tv, mgkin blk rmh dia dah bosan. Hehe.
Ada jugak I tayangkan dia baby einstein tp tahap perhatian dia amatlah singkat. Paling2 5 mins duk diam kosentret pastu dah gi tmpt lain. Tp cuba kat tv, ada lagu2 especially u know Malaysia ni byk lagu kan, 1Malaysia la etc, mmg smpai hbs lagu dia terpaku kat depan tu. Hehe. Ada bakat jadi produser lagi kot, klau penyanyi, I hambat dia nnt. Hehe.

Madam Sooyaree said... BALAS

Zeti,
Sarah pun sama ke? I tengok dia macam ceria aje selalu, dah la tiap-tiap bulan cuti-cuti Malaysia! :D

Persimmon,
Waahh... makan sesama gitu la kan nampaknya kita, hihi

Liz,
Thanks dear for visiting us, really appreciate it :) Itulah kan, nasib orang kerja rotation, heheh.. Ok, nanti I share kan macam mana I sangkut. Senang aje sebenarnya ;)

Farah,
Comel kan bila diorang goyang2 punggung bila dengar lagu, hihihi... Penyanyi pun ok apa, jadi Yuna gitu ;)

sofizan said... BALAS

kak,kalau sofia ..kami gilir2 makan..macam tu lah.sebab nak pun dah dua.tapi kak mmg mama yang canggih.mggunakan teknologi utk anak tak meragam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...