Siapa sangka, di waktu rumput mulai hijau, burung mula berkicauan, pokok mula mengeluarkan putik...
Tiba-tiba saljan datang tiba. Saljan terlampau gitu.
Mulanya pada hari Jumaat lepas. Hujan turun tak berhenti dari tengahari. Tapi hujan rintik-rintik la, tak dapat celen dengan hujan Malaysia. Malam tu angin mula menggila. Siap bunyi-bunyi lagi, very the scary you. Nasib baik dah biasa dengar bunyi angin masa kat Uniten dulu. Ingat lagi time tu aku punyalah takut, kepala dah mula terbayangkan entiti yang bukan-bukan. Tapi itu dulu lah, skang ni dah berani sket.
Anyway, tengah malam tu aku perasan elektrik takde sekejap. Pasalnya jam locengku duk lip lap tunjuk waktu yang salah. Ala youu... Jam loceng macam cerita Home Alone dulu. Lepas tu, elektrik takde balik. Time Cik Aiyu terjaga, bilik gulap gulita. Aku selak langsir, tengok satu blok takde elektrik.
Pagi Sabtu aku bangun, call Cik Abe. Kawan dia kata satu bandar takde elektrik. Kat luar hujan sudah bertukar menjadi salji. Angin makin lama makin bertambah power. Suhu dalam rumah makin turun. Aku terus cari jaket untuk pakaikan pada Cik Aiyu. Nasib baik Jumaat aku baru shopping makanan dia sket-sket. Waktu ni lah aku bersyukur sangat-sangat Cik Aiyu minum susu cap gantung. Dapur kami electric stove, so memang tak dapek le nak masak air ke apa kan.
Anyway, alhamdulillah Cik Aiyu tak banyak ragam. Kitorang bina kubu dalam bilik, since living room agak sejuk. Pastu cari lampu suluh, lilin dan lighter, letak tepi siap-siap. Nasib baik jugak anakku banyak mainan pakai bateri. Ada yang keluarkan lampu, so yang tu kami letak tepi jugak.
Malam tadi kami tido macam kuih lepat extra daun pisang. Bungkus baik punya. Cik Aiyu pun tido atas katil dengan aku. Share the warmth gitu.
Pagi ni ribut dah berhenti, tapi elektrik belum ada lagi. Salji memang tebal, nak buka pintu pun susah.
Anyway, wish us luck, harap-harap cepatlah dapat elektrik. Nak nescafe tarik!!!
Sent from my Verizon Wireless BlackBerry
13 comments:
Dah halfway through Spring pun masih ada snow storm ye. Hoping that you cepat2 dpt electricty balik and dpt menghirup kesedapan kopi tarik :-).
Kat OZ ni pun, dah mid Autumn but still panas habis!
konpius aku dgn weather US ni.. ape ke heynye masa spring ada salji...ish ish ish..
anyway, you all take care ok?
Alhamdulillah both of u are ok.. Risau kan especially both of u je kat rumah.. The worse part kalo ribut makin kuat then mati akal tak tau nak buat ape.. Panic.. Nasib mak cik aiyu remain calm and boleh pikir smart! ;)
makan macam mana? makan kepok segera ke
teringat pulak kitorang masa lepas tsunami that day..letrik kena catu..so, mmg berkampung dlm bilik le sbb kat ruangan lain adalah sejuk..yela kan, masih winter masa tu..masak pun kena sesiap awal pagi sbb by noon letrik dah takde..sabo jela masa tu..hehehe
papepun, take good care both of you..;-)
Cik Aiyu okla tapi maknya makan apa? hopefully elektrik akan ada balik pronto. take care ya!
harap dpt cepat minum nescafe,tak ecare sis!!!!!bijak,gune mainan utk source light;)))-nisha
Hope you & Cik Aiyu are in good condition. Cepat-cepat la electricity ada balik...
salji lagi?! i can pengsan if i live there. take care huda & family!
sini lak.. kat malaysia ye... hhhee... asyik hujan je... tu kira cam snow gak kan... sejuk.. hhaaa...
siannye mdm sooyaree.hope everything goes well. dhla bersendirian...chaiyok.mintak2 bekalan letrik cepat mari. ;)
Memang susah kalau macam ni.
Lemongrass,
Thanks dear, memang sekarang weather unpredictable kan. Nak kiamat dah kot, hehe
Lurpak,
Aku yang duk sini lagi konpius noks, hahah
Venus Freedom,
Thanks yang! Mula2 tu risau pasal phone takde car charger. Nasib baik kereta boleh charge ikut USB, kalau tak, memang tak tau la
Missy CSI,
Makan roti je la, nak buat camne
Umie,
Sedih kan bila winter takde elektrik. Kitorang pun memang maik dalam bilik aje la. Makanan semua sejuk, tade propane stove
Dinas,
Mak makan roti, huwaaaa
Nisha,
Dah waktu gini, memang kena guna apa yang ade ajelah
Unaizah,
Thnaks dear!
Azura,
I knowww!!!! Thanks babe!
Mama Yana,
Kalau hujan takyah nak sodok air, hihih
Sya Zazoo,
Thanks dear, really appreciate the wishes :)
SJB,
Memang susah, kena import tukang shovel, ihihih
Post a Comment