Monday, June 6, 2011

The King & I

Hari ni Cik Aiyu jadi King.

King tau, bukan king kong.

Pagi tadi lepas breakfast, kitorang main urut-urut. Anakku sorang tu memang suka kena urut. Tengah ligat merangkak, kalau urut-urut sket terus lemah. Jadi tak berdaya. Entah perangai siapa la dia ikut kan, hehehe... Hari ni kejap aje urut, terus tertido member tu.


Cik Abe cakap gaya macam orang jatuh pengsan tengah jalan T__T

Lepas bangun dari morning nap, aku terus masakkan dia makan tengahari. Hari ni menu adalah baked salmon + fries + mixed vege. Fries tu aku masuk dalam oven, jadi menu hari ini adalah menu kesihatan ok. Pinggan Cik Aiyu pulak takde, jadi kena letak dalam food container kitorang. Belasah...


Untuk mak nye pun ala ala sama, tapi kita pakai tilapia. Kuantiti haruslah dengan kadar berganda hokay.


Alhamdulillah Cik Aiyu suka makan tengahari tadi. Yang kelakar dia suka makan kacang pis tu dari makan lobak. Gigih dia pilih satu-satu kacang pis tu, sampai la habis yang dalam pinggan dia punya.

Petang sikit kami pergi taman. Sekarang ni Cik Aiyu dah mula minat main gelungsur & buaian. 


Tengok tu, buaian pun macam king punya. Buaian diraja hokayy...

Balik dari taman, kitorang singgah beli groceries jap. Ramai pulak orang kat kedai tu, nasib baik Cik Aiyu tak buat perangai. Skang ni kalau lama sikit duduk dalam stroller yang tak bergerak, kekadang ada orang tu protes nak turun. Selalunya kalau nak dia duduk senyap, kena umpan dengan makanan, hahaha...

Untuk dinner pulak, aku buat grilled (tak la grill sangat kan, pakai toaster aje) cheese sandwich.


Memandangkan ni first time kasi Cik Aiyu cheese, aku sms Cik Abe, tanya ok ke tak. Ialah, Cik Aiyu tu bukan aku punya sorang kan, hehehe.. Jadi kena lah mintak ijin bapa untuk kasi makan makanan baru. Cik Abe cakap ok, tapi kena kasi makan apricot sekali. Ada orang tu risau tentang kesejahteraan sistem pembuangan anaknya. Jadi kenalah replace pisang tu dengan apricot.

What can I say? Sila dengar cakap suami. Lepas dinner terus Cik Aiyu melabur, hahaha...



16 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

bagusla dak aiyu neh..ape mommy masak...sume dia bedal..jadi rasela mommy tuh berbaloi2...

-iLLa- said... BALAS

kenan la baju cik ayu.. ;)

Anggerik Berduri said... BALAS

hahahaha..tolonglah cik aiyu sangat comel..meletops

malin_purple said... BALAS

she's really a princess la kak. sgt cute. request nak vid cik aiyu.. hehe

Shue said... BALAS

owh! cik aiyu sungguh bergaya dgn denim dress itu.
Available di Little Sooyaree tak?

sHieRa cAkAp said... BALAS

Alahai.. Comelnye gaye tido die tuh!

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Dia ni memang nasib baik sangat, tak memilih makan. Kasi apa pun dia sebat aje. Kecuali kalau Gerber's food tu, yang tu ada flavor dia kureng sket. Kalau kita masak atau apa kita makan, memang ok sesangat lah

Illa,
Hehehe... baju ni old stock, beli time Xmas sale la yang :D

Aqilah,
Auww... makasih buk!

Malin,
Tq yang! Hahaha.. request ke, nanti kita tanya pelakon dulu k ;)

Shue,
Dress tu dah takde la yang, beli masa Xmas sale dulu :D

Shiera,
Thanks yang!

Amy Z! said... BALAS

Sedapnya lunch cik aiyu. Blh order kat restoran lepas ni. Blh ckp, kurang garam, gula n perasa. Wallah! Haha

Tido mcm org pengsan je. Ahaha.

Mmg mcm king. Kena letak crown pas ni. Haha.

Anonymous said... BALAS

Waduh, harus minta ijin ya buk. Kok, sudah jadi isteri mithali nih. Ha kan senang masak masak yg sejenis, suma org boleh makan. Tapi kekadang ahkak pun tak tertelan...hu..hu. pande bagi suggestion kat orang.

Buah tin pun bagus juga nak elak sembelit.

Azian

DeLancrettLurpak said... BALAS

Nok, apasal tak leh makan cheese dgan pisang? sembelit eh? apricot leh tlg kalau sembelit eh? eh, mcm tanya dietician la pulaks, heheh

Dinas Aldi said... BALAS

masa tengok gambar cik Aiyu atas swing tu baru ja nak cakap, fit for a king, haha!

cik Aiyu ni, pengsan pun comel, haisy!

Missy CSI said... BALAS

comel benar si gadis aiyu tido...mcm swimming gaya ikut suka

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Salmon tu ada rasa dia sendiri kan, tak letak perisa pun takpe. Tapi baby diorang tak kisah kot kan, takde perisa. Tak pernah rasa, jadi tak tau yang kicap itu adalah indah, hahahaha... Crown tak dapek nak letak, member pantang ada benda atas kepala!

Kak Azian,
Eh, mesti lah mithali gitu, hihihi... Tapi betul la, sehari dua ok le, lepas tu kita mesti nak kari jugak, hahaha... Buah tin tu buah apa kak? Buah dalam tin ke, hehehe (memandai je kan)

Lurpak,
Aku tak tau le kalau combination cheese + pisang tu yang buat sembelit, tapi Cik Abe kata both adalah binding food. Kena add fibre untuk perlawasan. Apricot, prune, raisin, oatmeal adalah antara makanan yang high in fibre. Cubalah, pasti kau membuang dengan lancar sekali, hehehe

Dinas,
Auwww.. thanks auntie Dinas! King takpe, kalau jadi king kong tu yang bikin mak nye pening kepala!

Missy CSI,
Hehehe... kuak lentang ke free style agaknye? :P

PatinPasta said... BALAS

Mai,
Kalo lepas dinner Cik Aiyu tidor gitu jugak.. tu maknya dia penat selepas membuat pelaburan la kot :D

Hanisah Rashid said... BALAS

Huda kau kasi aiyu pakai sippy cup brand apa eh? wat kind? cos marsha mcm dok nak gigit je dia nye spout. She's using MAM training cup yg ada valve tu.

Ke bagi sippy cup yg takde valve?

Marsha susah benor nak makan. Now je nak suka makan porridge yg dimasak dengan penuh kasih sayang oleh mommy. She hates bananas! or apples for that matter. Rasanya dia suka porridge yg campur ikan bilis or chicken.

Madam Sooyaree said... BALAS

Patin,
Hahahah.. selalu lepas pelaburan dia akan menyusu, pas tu sambung balik hidup. Takde makna penat lepas melabur! :P

Hanisah,
Aiyu nye sippy cup is by Playtex. Can check it out,
http://www.drugstore.com/products/prod.asp?pid=82286&catid=182614&aid=337953&aparam=playtex_spill_proof_cup_&CAWELAID=61283511

Sippy cup MAM aku tak sure la babe, tip dia soft ke camne? I had a look on it, tapi tak leh bajet tekstur. Aiyu's sippy cup memang boleh digigit, I mean she's been chewing on it since she got it (when she was 5 months), sampai skang ni tahan.

Waaa.. Marsha ketandusan kasih sayang kau tu, hihihi.. Try keledek, Aiyu suka keledek dulu. Skang ni je eksyen tanak makan keledek, pasal tekstur dia very smooth. You can try cooked carrots, peas, green beans, mana tau Marsha suka ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...