Sunday, June 5, 2011

When she starts having preference....

Finally, she's back to normal.

Alhamdulillah... :)


Apa yang tak normal tu?

Gini... Sebelum kami ke Texas hari tu kan, Cik Aiyu boleh dikatakan hidup berjadual. Tak la jadual sangat, kira lebih pada rutin gitu lah. Dari pagi sampai lah tido, selalu timing lebih kurang sama aje.

Sebenarnya aku tak kisah pun dia nak bangun pukul berapa (lagi lambat lagi bagus, muahahah), tapi tang tido tu yang aku lemah sket. Sebelum ni selalu dia akan tido antara pukul 9 ke 10 malam. Sebelum tu kitorang selalu baca buku, nanti dia gosok-gosok mata sket, aku kasi susu. Bila dah habis susu dia gosok-gosok mata sket lagi, bawak naik atas, letak atas katil dia, nanti dia pusing (member tido terlangkup), pastu terus tido.

Tapi sejak balik dari Texas niiii.......

Hari-hari dia menjerit sebelum tido!!!!

Especially malam pertama tu, mak aihhh... dalam 10 minit kot. Suara dah la takde filter, bergema sampai bawah. Tapi itulah, hati kena keras buat bodoh aje. Kalau aku angkat nanti lagi panjang cerita nye. Anyway, makin hari makin pendek bunyi nye, dan tadi alhamdulillah, member dah tak menangis :)

Harap-harap esok macam tu jugak lah k sayang :)

Sekarang ni kan, kekadang aku rasa Cik Aiyu ni macam dah big girl sangat.

Selain daripada gigi 16 batang, dia juga makin terror memanjat. Habis kotak-kotak yang kami kemas, dia guna untuk panjat. Pastu tadi siap panjat almari buku, lepas tu sambung ke sofa. Tapi itu bukanlah sebab aku rasa dia dah big girl. Aku rasa macam tu sebab.....

Cik Aiyu dah pandai memilih!!!

Mula-mula aku perasan dia memilih baju tido. Eh, bukanlah dia nak tido dalam baby suit Gucci, kalau gitu haruslah makan tapak kaki ibu kan. Yang aku maksudkan adalah, dia nak pakai 2 piece suit, dan bukan bodysuit yang ada kaki tu. Kebanyakan baju tido dia adalah bodysuit yang ada kaki tu, pasal sini sejuk kan. Kalau pakai 2 piece tu, kena pakai stokin. Kalau pakaikan Cik Aiyu stokin, namanya tunggu hari aje. Pasti tercabut sebentar lagi.

Ada satu malam tu, aku pakaikan dia bodysuit. Bila dah siap pakai baju, member muka tak puas hati. Dia wiggle kaki dia, pastu pandang aku. Pastu dia wiggle lagi kaki, pandang aku, mula buat bunyi tak puas hati. Nasib baik aku dapat tangkap, aku pun tukarlah baju tido dia. Bila pakai 2 piece, baru aman dunia dia.

Pagi ni pulak, aku kasi makan sweet potatoes, dia tanak. Malam tadi pun sama, dia reject makanan aku masak. Tak lama lepas tu aku offer lak Gerber's oat. Dia tanak jugak. Huk alohh.. diet ke anak aku ni? Nasib baik lah aku baru enroll di www.babycenter.com, dan ada terbaca pasal orang lain dah kasi anak diorang makan pancake la, scramble egg la untuk breakfast. Aku pun cuba lah buat pancake untuk Cik Aiyu, kot kot dia nak makan kan....

Memang betul pun! Bila kasi pancake, cepat aje dia makan. Sekeping tu habis! Agaknya dia nak makan makanan yang lagi mencabar kot. Lagi best pasal boleh pegang sendiri. Teruslah siang tadi aku masakkan dia bubur ikan, tak mash punya. Alhamdulillah dia nak makan. Kembang kuncup idong mengunyah nasi, hihihi..





Haih, lepas ni kena mula fikir pulak, resipi ala orang dewasa tapi sesuai untuk bayi. Tambah kerja mak!



14 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

ok..baju cik aiyu yang ni comel..monyet ala² paul frank yg senyum manisssssssssss...

ASaDa RyutaRo said... BALAS

geram tengok aiyu ni. dah nak setahun umo dia, mesti kena memilih kata aiyu. hahaha..

farah said... BALAS

isk. isk. dah pandai cik Aiyu kita. Mesti sok duk gaduh ngan mak sbb mak nak lain, dia nak lain. Hehe.
I tetiap malam nangis Nurul sbb skrg Fatehah punya tido time dah makin up from 11 to 12. Lupakan jelah niat nak mata cantik xde eyebag. Huhu.

nur easy said... BALAS

hehe dah sampai maksud si anak oleh maknya..;)

eiLa said... BALAS

sebenarnya biala dah makin besar, makin senang kerja ko....

kalau masak nasik, masak lembik sikit, so, boleh bagi baby makan... (tapi kalau kat sana pakai basmathi, payah laaa skek...)

lauk pulak, hari-hari masak base sup ajer, senang, mak ngan anak makan lauk sama.... dalam sup lak, letak kentang, bila nak makan, lenyekkan sikit...

kalau makan pasta, macam lagi senang kut, sbb aku peratikan, baby lagi suka makan pasta dr nasik (ke anak aku je tekak mat saleh??? hehhe!!!)

mudahkan???

hehhe.... ye, aku pemalas nak masak banyak-banyak benda.... sebab tue sampai skrg dah jarang makan pedas, sbb nak makan sekali ngan anak, anak suka, ibu setuju.... hehhe!!!

Dinas Aldi said... BALAS

huih dah pandai memilih dah cik Aiyu!

nanti bila dah pandai cakap, lagi la jenuh, kehkeh!

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Baju tu dari Carter's rasanya, hari tu clearance sale, hihihi.. Kita selalu beli clearance atau sale aje, malas nak beli full price! :P

Asada,
Hihihih... makin besar makin eksyen kan!!!

Farah,
Itu lah kan, Fatehah camtu dah tak? Wah la weyy... habis la beauty sleep you. I walau Aiyu tido awal pun, gatai on lappy, tido kul 1 gak, hahaha

Nur,
Nasib baik la kita paham, kalau tak dah kan naya :P

Eila,
Aku pulak yang tak lalu kang, hari2 sup. Sini beras banyak basmati, bercinta nak tunggu dia lembek. Aku selalu makan renyah2 je, lepas ni kena masak betul la kan... Esok macam ada harapan spaghetti le kot :P

Dinas,
Nanti dah pandai bercakap, semua dia reject! Hahahaha

Anonymous said... BALAS

See, i told you cik aiyu budak celedik ma. Sib baik no mis-communication.

Huda, bila nak umur setahun tak payahlah masak makanan bayi lagi. Bagi je makanan biasa yg kurang manis, kurang pedas, kurang masin.
InsyaAllah tah susahkan maknya. Sbb tu ai buat. Masanya pressure cooker pun main peranan takut daging liat.
Gerenti tak letih badan sbb satu makan 3 orang boleh makan.

Azian

Amy Z! said... BALAS

Kan? Alam mmg reject biskut baby, nak mkn biskut lemak. Jemput2 pun dia nak makan. Hadoilah!!

Jess89 said... BALAS

Best dpt tngu cik Aiyu hari2..Comel sngat..Bila mnatap gmbar cik Aiyu ni, hati yg tension trus bolh jdi tenang..:)

An said... BALAS

baby yg sgt cerdik n comel..geram tgk pipi dia,,

miralatiff said... BALAS

amboi..cik aiyu dah menunjukkan selera western die..pan cake, scramble egg..lepas ni hang masak la nasi lemak sure cik aiyu suka! hehe

DeLancrettLurpak said... BALAS

jgn lepas ni dia mintak ikan terubuk asam pedas sudehhh, hehehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Azian,
Pressure cooker tu macam menarik kan :D Kita selalu makan renyah2 aje, tak pun buat nasi goreng. Jarang masak meal betul. Skang ni kena mula masak bebetul la kan

Amyz,
Woih, jemput2 tu sodap!!! Biskut Farley's tu ke dia reject? Kita suka biskut tu, hehehe

Jess,
Auwww... sweet la Jess :))) Thanks dear!

An,
Thanks yang, thanks for dropping by too :)

Mira,
Selera western lagi senang nak dibuat, hahaha.. Nasi lemak pun mantap gak kan, kau ni buat aku lapar lah

Lurpak,
Hahahah... kalau itu yang dipinta, aku menangis! Ikan terubuk kalau masih ikan pun aku tak kenal, kalau dah masak baru gua tau :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...