Friday, July 8, 2011

Tuna burgers & Massage Envy

Menurut Bahasa Jiwa Bangsa, buruk siku adalah meminta kembali apa-apa yang telah diberikan.

Menurut aku pulak, buruk siku adalah aku.

Hehehehe.. tak elok kannn...

Perkara begini jangan ditiru ya adik-adik.

:D



Ceritanya begini, masa jaman-jaman dating dengan Cik Abe dulu, aku selalu jugak bawak souvenir dari Malaysia untuk MIL. Biasalah, nak anak orang, kita kena baik dengan mak orang kan... 

Selalunya souvenir yang aku bawak berciri-ciri tradisi Malaysia gitu lah. Antaranya adalah frame gambar rumah tradisi ala rumah Adabi tu, kain batik, senduk tempurung kelapa dan yang seantaro dengannya lah. Benda-benda yang takde jual di US, yang boleh kasi jiran tetangga jeles pasal rumah diorang takde benda oriental gitu.

Ada satu masa tu, MIL tanya aku pasal makanan orang di Malaysia. Nak masak tak reti, jadi gua pun angkut la buku masakan barang dua tiga ketul, kasi kat dia. Senang cerita, siap ada translation lagi. Kang kalau aku nak pung pang pasal masak lemak, takkan aku nak kasitau dia 'fat cook'. Terus bantut selera dia kang. Padahal benda tu sedap kan. 

Setelah beberapa tahun berlalu......

Masa kitorang datang melawat beberapa bulan yang lepas, Cik Aiyu duk godek-godek lemari buku masakan Grandma nye. Dalam duk aku kemas balik buku yang ditarik keluar, aku terjumpa buku Chef Wan, 'Simply Sedap'. Sebagai seorang warga Malaysia yang dahagakan kasih sayang makanan Malaysia, aku pun bacalah buku itu dengan penuh taat sambil mengelap air liur yang meleleh. Terus aku tanya MIL kalau-kalau boleh ku pinjam. Dia kata ok aje, pasal dia pun jarang buat resipi kat dalam tu. 

Jadi, dengan tak malu aku bawak balik buku yang aku kasi kat dia. 

Buruk siku, I know. Ugly elbow you!



Tapi aku pun hot hot chicken shit. Bila sampai rumah, aku terus masuk buku tu dalam lemari. Dalam lemari itu jugalah dia bertapa. Sampailah waktu nak pindah, jumpa balik. Hahahah.. keji.com sungguh! Jadi waktu kemas-kemas masuk rumah ni, cinta kami bersatu kembali. Tapi kali ni aku semangat waja terus membara, telah bercadang untuk mencuba at least 10 resipi di dalam itu.

Taa daaaaaa..... cubaan pertama!

Tuna burgers!


Sedap jugak tuna burger ni. Cepat dibuat, mudah dimasak. Sesuai untuk orang yang di kaki nya selalu ada anak kecil yang inginkan perhatian. Iye, Cik Aiyu skang ni suka sangatlah nak attention bila aku kat dapur. Time tengok tv tak pulak dia kacau. Waktu orang kat dapur lah dia buat cerita sedih. Siap kekadang bawak mainan dia ke dapur. Oit, agak-agak la kan.


Hari ni mood aku baik sket, pasal akhirnya dapat dating dengan tukang urut di Massage Envy. Urutan Cemburu?

Entah.

Cakap pasal cemburu...........

Jangan jeles, first time nak cash out Nuffnang ni :D

Layan je lah k, ahkak tengah jakun ni.

Kepada Encik Nuffnang, terima kasih. Kalau ada BE lagi, apa lagiii... marilah ke mari!






8 comments:

Anonymous said... BALAS

Besor dan sedap nampaknya burger tu.

Banje lah ahkak.

Azian

Syima Syaz said... BALAS

hari tu ada beli buku resepi jugak...4 tahun dulu...konon2 untuk kakak sebab dia nak kahwin tapi tak tau masak...




sekrang, 4 tahun berlalu....
buku tu kita amik balik lah...hahaha...

NuR si CiKGu RiBeNa said... BALAS

pos ke sini skit sis..
menarik mata ni smbil air liuh meleleh..
ahaks..

=)

-CikLabu- said... BALAS

hmmmmmm...sgt menggoda itu burger..nk resipi buley..;)

Amy Z! said... BALAS

Hahaha. Nanti mintak mak pos buku resepi dari msia plak. Haha.

Takpe. Internet skrg ni byk resepi apee.. Haha.

Fuhh. Dapat urut2 ni memang best.. Fuhh..

Niza's said... BALAS

Nampak sedap je burger tu.
Share la resepi nyer.

ICAZIESYIRA said... BALAS

congrats!
increasing blog reader.
increasing BE
increasing side income
:D

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Azian,
Gambar zoom, tu nampak besor. Saiz dalam 3 inci aje :D Boleh aje, nanti kita pos kan, hehehe

Syima,
Hahahaha... sama la kita kan! :P

Nur,
Boleh aje, takut nanti jadi tuna kirai pulak kang, hehe

Cik Labu,
Nanti kita post kan k, insya allah :)

Amyz,
Itu le, internet skang macam2 ada. Tanya mak, bukan dia ada sukatan T__T. Urut memang best selama sejam, tapi nak membayar tak best sehari, hahaha

Niza,
Insya allah dear ;)

Icaziesyira,
Takde makne blog reader ramai, BE naik. Nuffnang taik idung masin, hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...