Saturday, August 6, 2011

Friso Miracle of Love Womb Scan

*Sponsored Post*


Kadang-kadang bila teringat balik zaman mengandung dulu, adalah amat kelakar ok.

Waktu awal-awal pregnant tu, kelam kabut search internet, nak cari info punya pasal. Buku pun boleh kan, tapi nak tau buku mana yang highly recommended, kena check kat internet gak, hehehe..

Cuba korang type pregnancy kat Google, mak aihh… about 91 million results! 91 million??? Memang pecah kepala nak survey satu-satu la kan!

Nasib baik la aku tak bekerja kan, jadi aku rajin jugak aku check sesatu. Sebenarnya sampai sekarang aku still web hopping, nak tengok website mana yang ada artikel best. Lately yang aku selalu sangkut, adalah website http://www.growinguptogether.com.my/. Growing Up Together is a website by Friso.  Friso ni aku rasa most well-known for the only maternal milk that contains both prebiotics & probiotics.

Apo tu???

Takpe, mari belajar bersama :D

Prebiotik ni adalah bakteria baik yang ada dalam usus kita, manakala probiotik pula adalah “makanan” untuk bakteria yang baik itu. Bersama mereka bekerja untuk sistem pencernaan yang lebih elok. Bila sistem pencernaan dah ok, secara tak langsung sistem imunisasi kita pun akan bertambah baik.

Ok, berbalik pada Growing Up Together tadi. Aku suka site ni bukan pasal apa, diorang ada sediakan artikel bukan untuk mak-mak aje, tapi untuk bapak-bapak juga ye. Selalu kalau korang tengok kat website lain, asyik aje lah untuk mak-mak. Bapak buat pe? Takkan tolong tengok aje kan :D

Kalau korang perasan, sebelum ni Friso ada buat Miracle of Love program. Program ni dibuat khusus untuk kaum ibu memahami keadaan memasing semasa mengandung. Iye lah, dengan morning sickness nye, kaki tiba-tiba jadi kembang setaman… kalau tak faham ada yang menjerit tengah malam kang. Selain tu, program ni juga ada kasitau cara-cara untuk menjaga diri semasa mengandung. Time tengah mengandung ni la kita nak jaga semua benda, pasal kita bukan jaga diri kita aje, tapi yang kat dalam tu jugak.

Sekarang ni diorang ada program baru yang memang menarik tertarik kau memang da bomb, Miracle of Love – Womb Scan.



Best giler wehh!!!

Miracle of Love – Womb Scan ni adalah program interaktif yang boleh membantu kita melihat perkembangan si manja. 

Camno tu???

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

- Sehelai t-shirt Womb Scan (boleh didapati dengan membeli Friso Mum Gold Promo Pack)
- Komputer/laptop
- Webcam

Pertama sekali, kita kena register di http://www.growinguptogether.com.my/.


Bila tekan butang “Register” ni nanti, boleh la diisi butir-butir peribadi seperti nama, alamat, no telefon dan sebagainya.
  


Bila dah register, nanti korang akan dapat confirmation e-mail dari Growing Up Together.

Klik pada link tu, dan cari Miracle of Love Womb Scan dari Growing Up Together tab.


Scroll ke bawah, cari butang “Experience It Now” di belah kanan website.


Nanti  korang akan sampai pada portal Womb Scan. Di sini korang boleh isi kod unik yang didapati daripada pek promo t-shirt Womb Scan, dan minggu keberapa korang mengandung. Pastu boleh isi nama ibu, doktor dan hospital sekali. Bukan apa, nanti keluar kat belah atas skrin, feeling feeling ala ultrasound scan kejap la kan, hehehe… Butir-butir ni korang isi sekali ni aje, pasal lepas ni website akan ikut progres korang dari minggu ke minggu. Kira setiap minggu korang log in, persembahan fetus tu akan mengikut peringkat minggu korang mengandung. Canggih kan!


Bila dah isi, berdiri depan webcam pakai t-shirt Womb Scan tu, dan taadaaaa…


Si manja di usia 34 minggu!!!

Program interaktif ni boleh direkod atau gambar juga boleh diambil jika kita klik pada ikon video tape atau kamera di belah kanan skrin. Dan yang lagi best, boleh terus update ke Facebook uolls! Don’t play play arrr…


Program interaktif ini memang amat sesuai untuk para bapa terutamanya, kerana diorang mana boleh nak imagine sangat apa yang kita kaum ibu lalui. Memang boleh baca, tapi kalau ada program macam ni, rasa lagi mudah untuk diorang bayangkan perkembangan si manja dari minggu ke minggu. Selain tu, ada nasihat kesihatan dan penjagaan diri untuk para ibu DAN bapa mengikut kesesuaian minggu. Amat sesuai, terutama untuk mereka yang takde pengalaman lagi. First timer gitu.

Sepatah kata Cik Abe “I wish they had this when you were pregnant with Aiyu, at least I can imagine better what’s going on in there”.

Jadi kepada mereka-mereka yang mengandung, sila dapatkan Friso Mum Gold Promo Pack di kedai-kedai berhampiran. Kau takkan menyesal, nak!

P/S: Check it out at YouTube. Highly recommended, funny I tell you!




10 comments:

Anonymous said... BALAS

Huda, sesekali tengok bebudak, rasa tingin jugak nak beranak kecik. Tapi makcik dah tutup kilang (BTL in yr of dragon). Zaman akak dulu tak de benda canggih manggih ni. Oleh kerana pergi private hospital dapatlah merasa cam orang lain.

If I can turn the clock back sure bederet agaknya. Enjoy yr motherhood to the highest level. Its worth it
Azian

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Azian,
Itulah kan kak, skang ni memacam! Dulu kalau ada ultrasound scan pun dah habis canggih. Wah, nak baby lagi ke, hehehe.. Saya ok, kalau ada bibik, hihihi

MyRule said... BALAS

waa..menarik ni...:P

Amyz! said... BALAS

Alahai. Naper masa kita pregnant dulu takde menda ni? Sayang betul. Kalo tak mmg usefull sgt utk 1st time pregnancy to know what is going on dlm tummy tu.. And dpt explain kat encik suami. Kan?

Isk isk isk

Thanks for sharing. Nak bg link ni pada kwn yg sdg pregnant ni. Ihiks! :)

farah said... BALAS

Adakah ada scan ala baru ni akak terasa nak tambah anak lagi, adakah? adakah? Hehe...
Harap lagi 2,3 tahun ada lagi bendalah ni for me to try *cewah*

Madam Sooyaree said... BALAS

MyRule,
Best kan, seronok tau main dengan that interactive program. Cuba lah!

Amyz,
True true. Dulu kita nak explain pun macam, ermm.. ala rasa cam ni.. ala.. rasa camtu. Nak explain pun tak reti. Spread the love dear, kita cuba program tu online, ketawa terkekek kekek dengan Cik Abe

Farah,
Hahahaha.. ada sedikit la, hahaha.. Tapi teringat kat time dia tak tido malam masa baru lahir dulu, kansel!

lyzaCR7 said... BALAS

haa..nurul..apa laie...colby wish nk mende ni masa aiyu..so skg ni bleh buat utk adik aiyu..kehkehkeh...:P
tapi mmg best kan klau ada time aye peknan 3-3 anak nie..msti best n leh tunjuk perkembangan kt dorang bila dorang dah besar cm skg nie..

madammondoq said... BALAS

salam singgah.. pes time singgah sini sebab terjumpa sponsored post yg sama mcm i buat jugak.. hehe..

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Lyza,
Heheheh.. tak kot :P Best kan t-shirt ni, aye gelak2 time pakai depan Colby

Madam Mondoq,
Salam dear, thanks for dropping by. Eh, awak pun first advertorial eh? :D

SJB aka SUELYN J-B. said... BALAS

Interesting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...