Tuesday, August 23, 2011

Stop!

Traffic light di depan.



Asalnya jeles tengok aiskrim Cik Maddy kita cantik. Selama ni duk buat Aiyu punya pakai jus epal aje kan. Nak buat perisa Milo kang, takut habis kat mak, anak tak sempat merasa, hehe..

Nasib baik perasaan jeles tu tak berpanjangan. Sibuk sana sini, terlupa kejap. Sampailah masa beli buku SuperFoods tu. Dalam buku tu ada la pulak memacam jenis desserts for babies and toddlers. Mak yang berpuasa, tak dapat menahan rasa perut yang bergelora.

Ahh.. harus dibikin jua!

Godek-godek peti sejuk, tengok strawberry dah di hujung nyawa. Jangan tak tau, rumah ni bekalan buah mengalahkan bekalan daging. Cik kak kita sorang tu suka sangat makan buah. Cik Abe pun suka jugak. Cuma mak nye tak mendapat syafaat lagi. Asyik yang dicari hanyalah coklat, coklat dan coklat. Pastu gemok bising. Ntah pape kan aku ni. T__T

Anywayyy... resipi aiskrim ni senang aje. Yang 3 warna tu adalah strawberry-peach-kiwi puree. For each layer, tambah honey sikit, untuk kasi hilang rasa masam buah tu. Hamik kau, aiskrim kesihatan ni. Rasanya makan sebatang, dah cukup vitamin C untuk sehari. Takyah gi cucuk sana sini. :D

Aweks dan makanan kesihatannya.





Lupa pulak, sebenarnya resipi ni suruh tapis layer strawberry dan kiwi tu. Tanak bijik-bijik buah tu termasuk sekali. Tapi oleh kerana faktor malas menunggu, aku tak tapis. Sudahnya Cik Aiyu gigih korek biji kiwi di lapisan bawah. Macam strawberry, bijik dia tak nampak sangat kan. Tapi kiwi nye hitam. Sudah dikopek-kopek, dia sandar tangan kat rumput. Pastu pegang aiskrim balik. Tak pasal-pasal makan rumput. Kesihatan sungguh anak aku kan. T__T


Menu hari ini:-

Meatballs + carrots & peas + baked french fries.

Cara pemakanan:-

Habiskan carrots & peas dahulu. Kemudian gigit hujung-hujung fries. Setiap fries gigit sekali sahaja. Susunkan di hujung meja makan. Gigit meatballs 2-3 kali, dan campakkan ke lantai.

T__T

19 comments:

ANR said... BALAS

ni kalau MAT KOOL/ nestle tgk mau nangis ni sbb dh de yg caras die buat ice cream traffic light.

hamboi, knape lah cik kak tu buang daging ke lantai? liat kewww????

Ayuraza said... BALAS

hahahhaha..sudahnya lantai la yang makan cik aiyu oii..kak..akak buat la eskem kampung jual kat sana..kompem laku..hahha :P jual pulak eskem bubur kacang..sedap kak.. kim salam muah3 kat cik aiyu k..

AliceKalut said... BALAS

cutelah Mommy cik Aiyu ni!! hahaha (yela asyik puji anak je sesekali puji mommy dia gak ;) hehe)

Huda, apa plan masakan raya nanti??

nazayiena said... BALAS

Sedapnya ice cream traffic light 2....rajin mom Cik Aiyu buat....
Cik Aiyu kenapa campak meatballs tu ke lantai dah x sedap ke?

DiyanaRosdi said... BALAS

comelnya cik Aiyu.. Hari2 sis Yana rindu nak baca urs hapdate taw !!

norashikin said... BALAS

x boleh tahan gaya Cik Aiyu yang comel makan...hehe...nampak best makanan tu..nanti anak i dah setahun boleh la try ek resepi ni...suke sgt baca blog ni...muah muah untuk Cik Aiyu...

Mama Kembar Tiga said... BALAS

cam sedap je eskrem tu, nak jugakkk! makan time bukak posa sure sedap tuh

Unknown said... BALAS

tempting la eskrem cik aiyu...

darwisy nak sikit boley tak?

kak huda anak farah kalau makan eskrem konfem batuk2. (alasan utk mak dia malas buat nanti sepah belengas)... :)

Amyz! said... BALAS

Sedapnya eskrem. Makcik amyz pun terliur ni. Alam tak bleh mkn aiskrim. Kalah. Pastu mesti selsema.
Kena bg aiskrim mcm ni la. Penuh dgn vitamin c. Mesti tak selsema pastu. Hihihi.

Gigihnya awek korek biji tu kan? Hahaha.

Smlm kita bg Alam grilled cheese sandwich. Habis di makan. Yeay!

Kalo bg kat Alam mcm menu cik Aiyu tu kan, yg kompem habis fries. Carrot kena mkn sikit2. Peas kena buang. Meatball kena gigit sket. Buat muka berkerut2. Campak ke lantai. Huhuhu. Menangis mak dia ni.

Eliss said... BALAS

sedapnya aiskrim buatan sendiri :) cara makan pun ada..hehehe

sHieRa cAkAp said... BALAS

Kesihatan ye Cik Aiyu.. Bkn makan buah je.. rumput sekali.. buy 1 free 1.. hahaha..

Yan said... BALAS

bloghopping & jz found ur blog...u are seriously funny!! gile gelak sorang2 i bace...kikikiki...very entertaining blog n cik Aiyu comey bangat! ;) lovely!

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Haaa... balik Malaysia nanti haruslah bisnes aiskrim kann.. Tunggu pandai buat Lidah Jeli pulak :D Entah le dia, hari tu suka makan meatballs tu, hari ni kenyang sayur kot

Ayuraza,
Eh, macam tau tau hari ni akak masak bubur. Tapi pulut hitam la :D

Alice,
Auww.. thanks laling! Macam ni la yang kami nak, hahaha... I tak tau la masak apa... makan hati berulam jantung kot, chewah!

Ina,
Kejap aje buat, dari buah terbuang kan ;) Entah la dia, hari tu makan 2 ketul, takde mood kot hari ni, tak pun kenyang makan sayur

Diyana,
Auwww... thank you laling!

Norashikin,
Thanks dear, really appreciate it. Nanti cuba tau, best gak masak untuk anak, takde suara sumbang kata kurang garam la, kurang pedas la, hahaha

Mama,
Takut sakit perut tak, masam! :P Kita pun tak rasa lagi, nak rasa skang dah pukul 1 pagi, hihihi

Farah,
Eh ehh.. kesian Darwisy tau, itu alasaannn :P Kita yang ni alhamdulillah tak pernah batuk lagi, jadi belasah saje, hehe

Amyz,
Yeay Alam, makan habis! :D Auntie bangga tau :D Itu la kan diorang ni, suka campak makanan ke lantai. Pastu yang geram, kalau ada yang kita tak perasan, sat gi kutip balik masuk mulut, hahaha

Elissmie,
Hehehe... harussss... :P

Shiera,
Haaa.. kambing tu tak mandi sihat aje kan, kita amik petua sket :P

Yan,
Auww.. thanks laling! Best nya you duk Balik, jealous!

Bonda Mia Laila said... BALAS

Waa, sedap nye eskrem aiyu..eskrem raya kah ini? hehe..kak huda, nk tny, aiyu dh ada molar ke? Klu meatball tu dia kunyah smpai hancur ke kudap2 then telan? bonda mia nk masakkan meals gini tp sbb dia baru 11 bulan, biasala, terus telan. Sebijik2 kuar sama apa yg dia mkn..hihi..klu fries tu dia ok lg..klu bg cam spagetti tu cam seriau lg..aiyu dh pandai ye kak?

hidayah said... BALAS

Hudam sekarang ni Aiyu dh makan sendiri ek...tak yah kena suap dah ek?

Nanak said... BALAS

bertuah sungguh cik Aiyu dpt mommy yg rajin ni..ker sebenarnya mommy yg ngidam?ehehehe...sure sedap..tgk Aiyu mkn sampai terkangkang..hihihi..jgn marah ye nak...

wah, menu itu sgt sedap dan berkhasiat..kalau bagi Fredo ni sure habis ni..habis dibuat main..eheheee

daela said... BALAS

Cik aiyu sampai terduduk mkn adegedem(ais krim)...somel wajah cik aiyu:)

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Mia,
Aiyu dah ada smaller molar, sejak dia 11 bulan lagi. Tak silap akak kan, ada terbaca kat mana tah, bebudak baya ni sellau diorang kunyah pakai incisor, not molar. Kira diorang chop chop makanan aje la, bukan grind gitu. Macam Aiyu ada jugak makanan yang keluar sebijik sebijik balik, contohnya raisin, hahaha.. Macam meatballs ni, akak grind dulu daging dia, kasi lagi halus. sudahnya bapak nye complain, hahaha

Hidayah,
Aiyu skang ni eksyen, tak kasi kita suap dia dah. Kecuali kalau dia nak mintak makanan kita, tu baru dia kasi kita suap. Kalau letak dia atas high chair, memang self service gitu. Bersiap sedia je la kemas lantai pas tu :P

Nanak,
Hahaha... mommy nye tak makan lagi pun aiskrim tu. Semalam buat time siang, tu tak dapat agak masam ke tak. Belasah saje la :P Heheh.. biasa la diorang ni kan, suka main2 kan makanan tauuu

Daela,

Hihihi.. haruslah kan, nak menikmati punya pasal :P

Anis Rafie said... BALAS

alahai.. mak Cik Aiyu ni lawak arrr.. Kita gelak sorang2 depan pc baca cara pemakanan... kahkahkah!Nway my son pun sebaya dgn Cik Aiyu.. cara pemakanan pun lebih kurang Cik Aiyu je.. tapi dia lagi ganas sikit.. letak apa saja dalam plate, kemudian terbalikkan semua dan baru cecah2 dan cubit untuk makan dari meja high chair ataupun lantai.. lagi kesihatan.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...