Sunday, September 18, 2011

Day 1: San Antonio

Tak tau kenapa, dua tiga hari ni, macam hilang mojo jojo nak hapdet blog. Nak taip tu satu hal la, tapi skang ni pantang aje kita bukak laptop, ada orang datang serang. Mula la bergayut kat kaki, pastu mula buat suara macam nak menangis. Suara aje lebih, air mata takde. Tapi kalau biar lelama, nanti keluar la air mata. Yang haku hangin, siap praktis nangis depan cermin, boleh???

T__T

Macam-macam mimik muka keluar. Kejap dia juih mulut, pastu kang sampai tak bukak mata. Kadang-kadang dia sembur-sembur mulut. Aiyu oh Aiyu….

Anyway…………


Hello again San Antonio!

DSC01977-e
Oleh sebab Cik Aiyu berkelakuan 4.5 bintang hari tu, kami sampai awal. Jam 5 petang dah check in. Kami menetap di Holiday Inn Express off I-10. Price wise is reasonable, dan Cik Abe adalah member Priority Club diorang.  Keje dia selalu travel, so selalu la check in hotel. Setiap kali check in Holiday Inn, dapat point. Ala Bonuslink la kekdah nye. Nanti cukup point, boleh dapat bilik pree. Sepppp….

DSC01974-e
Bilik pun not bad. Yang penting, katil kena dua. Last time kami di Frisco, saje la amik katil King Size. Amik kau, Cik Aiyu buat huruf H. Jadi palang di tengah. Sudah nye mak bapak terperosok di tepi, anak buat breakdance dengan ria di tengah.

T__T

DSC01979-e
Lepas check in, haruslah di Google restoran tempatan. Pilihan hati kami adalah Japanese food di restoran Kai, Vance Jackson Road. Pilihan hati anak? Nasi dengan telur goreng sudah. Sebenarnya mak bapak yang pilih, pasal anak mana boleh makan makanan mentah. Baby lagi maaa…

DSC01980-e
Dua-dua order sushi. Sebelum tu ada tuna sashimi, lupa nak snap gambar. Buruk lantak la kata nye. Mmmm… sedap! Waiter pun baik aje, siap kasi kitorang 10% discount. Kami syak kedai ni baru bukak, pasal semorang dalam kedai tu peramah belaka. Selalu kan kat restoran, mesti ada sorang dua yang muka macam nak bunuh orang, hahaha….

DSC01983-e
Bila dah kenyang, haruslah kita berendam. Kasi cool down sket badan, hehe… Time kami pergi, pool tu kosong. Elok sangat la tu. Cuma tak syiok pasal dekat entrance. Air pool pun macam sejuk sket. Tapi anakku tetap la gumbira…

DSC01985-e
Malam tu kami tido awal, nak kumpul tenaga pergi shopping esoknya. Memang penat sungguh shopping, sampai ade awek buat scene di restoran.

T__T

Esok sambung!

9 comments:

Anonymous said... BALAS

Hilang mojo le bila bulan gini ni, hujan panaih..batuk lelah bersambung..huhuhu.

Cik Aiyu dah boleh berenang sendiri kah?

Huda 2 katil sebilik, saya mesti 2 bilik. Kalau tidak bercekau.

Kita tunggu cam mana ke ghope San Athonia nih. Jangan sama Nilai 3 sudah. kahkahkah

Amy Z! said... BALAS

drama queen tu.. kena prektis dulu baru act. haha. mesti comel juih2 bibir sampai terpejam2 mata. ahaha. aiyu. aiyu. boleh nanges mommy camni.

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Azian,
Manade berenang lagi, suka minum air kolam ade la T__T Bandar nye tak dan nak amik gambar, keluar downtown time malam, hehehe

Amyz,
Macam nak kasi pelempang aje tau, time dia praktis tu. Kejap nangis, kejap senyap. Pastu agak2 muka paling herot, itu yang dia kasi kat kita sat gi

liemaopurut said... BALAS

nak lagi....nak lagi......tak sabo nak tunggu next entry ngan gambo san antonio nih...

Nazayiena said... BALAS

Cik Aiyu nie pandai berlakonlah pratice kat cermin je...

sedapnya sushi...Cik Aiyu mkn nasi ngan telur goreng je tau....he3

ctm.zainal said... BALAS

nak video!! nak video!! length tak kurang dari 2 minit.. pretty pleaseee??

ape cerita paus kat seaworld??

Rose Emely said... BALAS

adoiyai...ngah feeling2 baca time hujan....esok lak sambung...
huhuhuhu T__T

Madam Sooyaree said... BALAS

Liemaopurut,
Hehehe.. tungguuuuu... :P

Ina,
Memang ni, pelakon handalan. Tapi takde air mata, hehehe

CTM,
Video? Haaa... ada kejadian pasal video. Ahkak ni punya la ingaty tengah record, rupanya tidak!! Paus tu kena tunggu entry SeaWorld le, hehe

Rose Emely,
Eh eh, nama awak macam kawan kita, Rose Emini :D Hehehe... best nye sana hujan!

Wahidah said... BALAS

cik aiyu mmg suke air yea...best2...


wah makan sushi yummyyy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...