Monday, October 10, 2011

Malaysia oh tanah air kami…

Tuuunnnnnnnngggggggggguuuuuuuuuuuuuuu!!!!

Woot woot, ada orang nak cuti-cuti Malaysia!

Alhamdulillah, setelah setahun tak menjejak kaki di tanah air, insya allah kami pulang hujung bulan ni. Tak dapat raya Aidilfitri, raya Aidiladha pun ok. Boleh bawak Cik Aiyu tengok orang sembelih lembu.

Waktu kami di El Paso hari tu, dapat mintak stamp dalam passport, which works just like Green Card. So tak yah tunggu green card yang tah bila nak tiba, dengan stamp ni kita boleh kuar masuk US dengan suka hati. Asal stamp masih valid, ok aje. Kalau nak pergi mintak kerja pun ok. Tapi iolls malas, lagi best ternak lemak di rumah, hehe.

Masa dapat stamp tu memang rasa nak lompat-lompat. Tapi simpan dulu perasaan tu dalam hati. Tiket belum beli lagi. Mana tau tetiba dia buat peel tiket USD3000 ke kan, mampuih. Dah lari belanjawan kami.

Skang ni tiket dah beli, jadi boleh aaaa nak gebang kat blog, hehehe…

Alhamdulillah….

Selain daripada beli tiket kapal terbang, ada satu lagi benda yang kami beli.

DSC02684-e

Stroller baru Cik Aiyu.

Kali ni kami beli umbrella stroller. Walau chenta ku terhadap Bugaboo Cameleon tidak berbelah bagi, namun terpaksa mencari stroller yang mesra Malaysia. Senang sket mak nye nak buat siri jelajah kedai, dan sudah pasti Sally suka boot kereta dia tak penuh. Kalau tak, penuh dengan stroller Cik Aiyu saje. Nenek nak gi pasar pun tak leh ikut, pasal kat mana nak letak besen?

DSC02686-e

Ringan giler stroller ni. Ok lah kan, takat nak buat indoor stroller. Bukan ku nak masuk hutan pun. Lilek lilek dalam spa lagi menarik. Tapi spa mana boleh bawak budak. T__T

DSC02685-e

Mengada kan budak kecik ni. Mementang benda baru, syok je dia layan. Sambil tengok tv pun dia lilek je duduk dalam stroller. Biasanya susah nak tengok dia duduk diam dalam stroller yang tak bergerak. Mesti menggelupur nak turun. Tapi stroller ni rendah pun, Cik Aiyu boleh panjat naik dan turun dengan sesuka hati. Stroller hat satu lagi, tak dapek. Tu yang dia bantai panjat buat tengok tv.

Esok kena lah pergi mall, nak test drive stroller. Heh, alasan le tu Smile with tongue out.

26 comments:

Konot said... BALAS

wahhhh nak cuti2 mesia!! welkam! welkam!

Asmara said... BALAS

stroller yang bertepatan! paling sesuai utk travel, mudah lipat (mcm payungkan?) ringan dan flexible. ai pun beli lg satu camni, nak travel sng, kalau bwk yg lipat2 tu kemain besar nak angkut. happy holiday uolls!

FaznFaz said... BALAS

hahahha.... betul laah tue!!!! baru nih aku siap mimpi ko balik msia ngan colby ngan aiyu!!!! ntah apa motif aku siap mimpi ko aku pun tatau!!! hahahahahhahahaha!!!! weh, kalu cuti lama boleh jumpak weh, layan karaoke ke....

my everything said... BALAS

yeaa welcome cik aiyu hehehe... babe memang i pun tengah nak beli la stroller mcm tu yang ade ni maclaren xlr besar gedabak susah nak bawak bile travel...

my everything said... BALAS

yeaa welcome cik aiyu hehehe... babe memang i pun tengah nak beli la stroller mcm tu yang ade ni maclaren xlr besar gedabak susah nak bawak bile travel...

Hidayah said... BALAS

wah wah bestnyer, cik aiyu nak balik malaysia...nanti blh play date ngan shafiq la..huda, kena carik time nih nk jumpe cik aiyu and mommy cik aiyu..cecececeh..standard 1st baby mesti ada 2 stroller...shafiq skrag nak langsung dok dlm stroller..puah kejar lah tp mak nyer tak kuruh2 jugak..:) safe journey uolss.

Chik Na said... BALAS

bagus stroller yg jenis umbrella ...senang nak travel naik airplane n masukkan dlm boot keta :-)

Nanak said... BALAS

wah,menantu i balik mesia lah..wiwit...brp lama balik ni? i nak datang meminang..hikhikhik...

Bimbo said... BALAS

selamat kembali ke tanah air cik aiyu dan mummy aiyu! ehehe

~~Ap Hasnida~~ said... BALAS

welkem home!!!

cahya indah said... BALAS

wahh orang tu nak balik msia la, muka Cik Aiyu macam tak sudi je dok kat stroller tu..tapi tak nak turun. haha.

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

boleh laa ukur shopping mall kat malaysia lepas ni :)

Anggerik Berduri said... BALAS

auuwwww.. nk balik bercuti lah. roger² lah kot boleh jmpa kan. hehehehe

Mamasya said... BALAS

Syok Aiyu naik stroller baru tu. seronok balik Msia...slmt cuti-cuti dan happy anniversary buat mummy Aiyu&papa Aiyu!

sHieRa cAkAp said... BALAS

Wah.. Nak balik Cuti2 Malaysia ye... Welcome home... Bila boleh ku bertemu ngan Cik Aiyu nih??

SurayaCoghlan said... BALAS

balik malaysia!!! sama lah kita eh....

Ayuraza said... BALAS

aloooo..comel betol cik aiyu nih..jangan tertonggeng ke belakang udah ler..hehe

Amy Z! said... BALAS

Yeayyy!! Dpt balik Msia.. Yeayyy!!

Mesti excited nih. Hihi.

Good choice mommy Aiyu. Stroller McLarren mmg best! Tahan lasak.. Mmg sesuai dibawa menjelajah shopping complex. Haha

Nadia Dzai said... BALAS

Eyhh, I pon balik Msia raya hajiiii!!! :D :D jom jumpe. hehe

Niza said... BALAS

Welcome home cik aiyu satu famili...
Alhmdlh dpt jugak beraya di msia...
happy anniversary to mummy & daddy cik aiyu .

Watai said... BALAS

Mu klik doh,nati sapa msia tipown ah deh haha

yusmalisza said... BALAS

tu stroller maclaren apa??

Madam Sooyaree said... BALAS

Konot,
Thanks laling!

Asmara,
Yup, senang nak lipat cam payung. Cuma tadi konpius gak ah, hahaha... Ringan sungguh, takut terbalik aje :P

Eila,
Hahahah.. apa la kau umpat sampai bawak mimpi tu :P Karaoke? Kat rumah orang ok le, kat pusat karaoke bawak budak, haru!

My Everything,
Beli la dear, Volo, kecik cinonet aje. Comel!

Hidayah,
Boleh aje, nanti ktia set date k :D Hahaha.. sama la kita, mak nye pun skang dah naik badan. Nanges!

Chik Na,
Betul betul betul, orang kat airport pun takde le angin semacam kena angkut stroller gedabak kita, hehehe

Nanak,
Balik sebulan la mak, ehh... ada plan nak turun Semenanjung tak? :D

Bimbo,
Thanks dear, really appreciate it :)

Ap Hasnida,
Thanks laling!

Cahya,
Muka tak sudi diamik gambar kot, hehehe.. Boring asyik kena flash

Elissmie,
Hahaha.. kena ukur poket dulu kot!

Aqilah,
Boleh aje laling, asal tempat ada aircond, I rela, hahaha

Mamasya,
Thanks Mamasya! :D

Shiera,
Haaa... apa lagi, sediakan tarikh nye itu, hihihi...

Su,
Bila you balik Malaysia? Subang kan? Dekat je dengan Kelana Jaya, hahaha...

Ayuraza,
Hehehe.. sib baik tak terbalik time tu. Kerusi tu takde padding, macam hammock. Selamat sket kot anak, hehe

Amyz,
Op kos, dalam hati ada taman dah ni :D Tak pernah pakai lagi MacLaren, harap2 ok la kan :D

Nadia,
Yeay! You duk mana? Kot kot ade ke arah Kelana Jaya, on!!

Niza,
Thanks dear, cuma kami balik berdua dulu. Cik Abe datang kemudian :D

Watai,
Bereh... nombor sama lagi kan? Tak pun aku gi gegar Jalan Anak Gasing, hehe

Yusmalisza,
Yang ni Volo, paling cikai punya, hehe

misha.w said... BALAS

larrr huda. tak dpt22 lg ke green card tu? mcm dah berzaman sgt jek..

4 Kay-E said... BALAS

stroller pun buat test drive ye.. hehee..
Seronoklah cuti2 malaysia nnt..

Anna said... BALAS

I pun balik Malaysia next month. Tapi sekejap je 2 weeks. You naik flight apa and kat mana? Mine is Emirates at JFK.

Best kan! Tak sabar nak balik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...