Is because you need to wait 24 hours for them to charge for the first time!!!
Betul tak???
Selalu kalau beli gajet baru, mestilah kita rasa jakun yang kalau boleh nak try lepas bayar tu jugak kan? Tapi yang haku menyampah, mesti kat dalam manual tu nanti diorang tulis “please charge item so-and-so for 8 hours prior first usage”
Hoih, orang tak sabar ni, lagi pulak kau suruh tunggu 8 jam. Kalau dulu beli henpon baru, jangan harap laaa aku tunggu 8 jam. Caj ala kadar, terus bawak bergaya. Pastu tak sampai setahun bateri buat gila, salahkan diri sendiri pasal tak caj 8 jam dulu tu. Tak sedar diri, beli tipon under the water, op kos lah kan cepat rosak, hahahaha…
Penantian itu memang satu penyiksaan. Semalam, aku terkena lagi. Tapi kali ni bukan 8 jam, 24 jam I tell you! Oh, sungguh la gatal tangan ini untuk menggunakan gajet baru ini. Tapi kali ni akal dapat mengawal nafsu, 24 jam jugak aku tunggu. Sungguh lah tersiksa.
Apakah gajet itu?
Jeng jeng jengggg…..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
My very first Clarisonic Mia, woot woot!
Ini adalah mesin pencuci muka untuk orang pemalas. Ok, sebenarnya aku cam dah tak tau nak tepek ape lagi kat muka ni. Skang ni jerawat suka nau tumbuh, especially kat bahagian bawah mulut. Orang kata pasal sistem pencernaan, tapi aku elok je hari-hari gi toilet. Cuci muka 2 kali sehari, masih tidak mendatangkan hasil. Dah banyak skincare aku cuba, lebih kurang sama aje. Some is worse than the other. Skang ni tengah pakai Clinique, alhamdulillah ok sket la. But still jerawat itu masih ada. Geram!
So one of my customer did enquire about this product. Aku biasa le, bila ada orang tanya pasal benda baru, mula la gatal gi baca review la ape la. Saje je kan, dasar suka mengabiskan duit. Makin lama makin syiok pulak kat menatang ni. Pucuk dicita ulam mendatang, baru-baru ni diorang turun rege. Eh, adakah ini petanda?
Maka, lepas ini, doakan lah gajet ini berkesan. Kalau tak berkesan, memang gua mintak duit balik, muahaha…
Dan, kalau muka masih dipenuhi jerawat, terpaksa la aku fefeeling jadi retis pakai spek mata cover muka.
Macam retis ni.
Apakah???
20 comments:
oohhhh retis pinky yg comel hehehe
haiiiiiiiiiii lame seyh tak singgah sini tgk retis aka gf elmo. hahahaha
try guna cream retin-a utk jerawat tu. tapi apply malam je.. nipis je tau .. kalau tebal2 nanti kulit mengelupas plak. jerawat cepat je kecut
yess..we are wearing the same skincare..Clinique!!mcm best jer gadget tue kak....kat saner price Clinque ok tak?
comeyyy nye budak kat bawah tuuuu nak pinjam bolehh
I terus google youuu...memang cam best je tgk, cuma tang rega tu kena saving sket...haha...cik Aiyu tu tido ke apa sambil pakai spek & cap...hehe...
Babe, ni Oprah Winfrey ada recommend 4-5 tahun lepas. Tapi depends pada skincare lah.
Clinique mungkin tak sesuai dengan kulit jerawat. Sebabnya tuan punya badan pernah gunakan. Tapi dalam konteks USA yang tak tau kapasiti humidity mungkin keputusan berbeza.
My recommendation: try guna Loccitane atau Clarins, sebab dia herbal based (dan murah). Kalau kaya, guna brand plant based yang lain.
Lagi satu - pi lah pharmacist, carilah Dalacin T. Effektif giler.
Gina.
Opsie daisy, pantas betul tangan ter postkan. Nak cakap clarisonic ni Oprah yang suggestkan masa Christmas dulu dulu.
Good recommendation.
Gina
kak.. berapa USD yek dia jual kat sana? nak survey rege.. kalau ok ingt nak beli..
kalau adults still ada acne.. try mintak doctor prescribe isotretinoin.. tp provided u cant get pregnant la ye
amboi..amboi..amboi..(sila gerakkan jari kelingking mcm azwan ali).
mcm pernah baca blog sapa ntah pasal benda ni tp lama dah...harap2 sesuai dgn u dear..tapi pepun, menantu i yg serba pink tu mmg nmpk mcm retis...
p/s
hihihi..jgn risau, nanny 911 tanak layan klu anak baru sorang kot...
kat japan ni pun macam2 diaoang ada. bukan takat mesin cuci muka, mesin urut muka, mesin urut kepala yang comel pun ada jual. maklum la negara hi tech. nak cari apa semua ada. harga pun murah je. hehe.. kite je yg belum tergerak hati nak membeli. :D
selamat menyental la dengan jayanya..hehehe
Eh eh. Bestnya menda nih. Tak yah susah2 sental guna skrub bagai.. Brp RM ek? Eceh. Tetiba plak nak berminat nak beli. Eh. Ai pun nak wajah berseri gitu. Haha.
Kalau berkesan, harus dikongsi tau. Hihi. :D
Ambuiii retis.. Glamer you~ terus pakai spek ngan cap.
Kalau sempat kita balik KL time uols ada di KL, nak jumpa lah. Nak muah2 dengan si retis ni. Hikhik.
wow mcm menariks je uolls..huhu..tiber i pon charge 24 jam gitew..hahaha..
#retis finky mmg vogue all the time! huhu ;)
babe aku pernah baca review somewhere kat sini (www.mywomenstuff.com).
mcm best jer kan... ni yg gatal nak beli jugak niehhhh
retis, you look pink ;)
Jiejah,
Retis perasan diburu paparazi tu, hehe
Aqilah,
Haaa... rindu kami pada ahkak tauuu...
..,
Thanks for the tips, nanti kita cari :D
Sabira,
Sini Clinique set yang ada cleanser, tonern moisturizer dalam USD 40++, Malaysia tak sure berapa
My Everything,
Nak pinjam? Tunggu dia jerit sekali, terus return!
Farah,
Kalau berkesan, haruslah beli kan :D Aiyu tak tido, dia on the way ke Burger King time tu, nak jumpa kekawan dia
Gina,
Is Dalacin T ubat makan? I masih nursing Cik Aiyu, so kalau drugs memang takleh :( Loccitaone & Clarins I tak pernah cuba pulak. Tunggu tengok berus ni camne, hehe. Thanks for the tips!
Fina,
Sini USD 120 + tax. Kat KL rasanya dalam RM 800++ di Sephora. Ubat akak takleh makan la yang, still susukan baby
Nanak,
Thanks laling! Hahaha.. Nanny 911 lempang kang sambil cakap "hoi, anak sorang pun tak terjaga ke???"
Asmara,
Haaa.. kita memang teringin ke Japan pasal tu le, gadgetsssss!!! Urut kepala tu yang dawai-dawai besi tu ek? Dulu French housemate pernah kasi, rasa geli bila pakai, hehe
Elissmie,
Kalau tak jalan gak, kita sental pakai berus dawai, hahaha
Amyz,
Kat KL RM 800++ tak silap. Tak sure la model sama ke lain. Ok aje, boleh dating mating, auww!
Arash,
Menarik kansss... iolls memang fail tang gadget ni, gatal je tangan nak cuba!
Konot,
Hah apa lagi, marilah buat acara sental berjemaah, hihihih
Cahya,
Retis kata, thanks kakak! :D
semoga berjaya dgn gadget baru tu.....
Gayalah retis pinky tu......
Dalacin T bukan ubat makan. Been recommended by the doctor masa I muda remaja banyak jerawat, sampai sekarang I guna masa masa jerawat tak insurance tu keluar.
Dia (chait, I tak tau kata ganti) ialah cecair - roll dalam botol kecik apply kat muka. Di Guardian Malaysia, harga 36. Made in US. Good luck!
Gina
awat tak tanya kaktek yg muka berlemoih lembap moisture nampak muda nih??!!!
menurut tukang urut muka dermalogica kt msia dulu.... jerawat bawah mulut sebab kurang minum ayaq kosong.. jerawat kat dahi sebab tido tak cukup (ni sah hang takdek masaklah..manjang aiyu turu, ko pun join)... jerawat kt pipi sebab hormon atau sarung bantal jarang basuh....betui.. tak tipu!!
jerawat kt ketiak sebab jarang mandi..almaklum texas dah sojuk..
Post a Comment