Sunday, November 20, 2011

Saturday for friends

Sejak balik Malaysia 3 minggu lepas, aku memang jarang keluar jumpa kekawan.

Bukan tak nak, tapi kekawan semua free time malam. Iye le, orang kijo. Ko sorang je yang tak kijo kot, hihihi… Tapi itu lah, bila diorang free malam, haku pulak yang tak pree. Cik Aiyu selalu jam 9 malam dia dah mamai, memang amat tidak sesuai dibawa berjalan. Nak tinggal pun takleh, pasal mak nye adalah sumber makanan dan ketenangan sebelum tido. Jadi kalau nak jumpa pun, kena tunggu diorang datang rumah. So kepada kekawan semua, mintak ampun mintak maap. Bukan eksyen, tapi timing tidak mengizinkan.

Weekend pulak, rumah nenek di ambush oleh mokcik pokcik Cik Aiyu dan Gang Bas Sekolah nye. Takkan orang datang rumah, kita keluar kan? Lagipun bila sangat Cik Aiyu nak main dengan sepupu sepapat nye. Kalau balik sini 3 bulan, lain cerita lah. Masa tu pun diorang dah naik menyampah. Eh baby ni, sibuk aje nak ikut kitorang, hehehe..

However, yesterday was an exceptional. Semalam adalah Sabtu untuk kekawan. Cik Abe pun takde, pasal dia gi fishing dengan Irwan di Sekinchan. Siap overnight atas bot, harap-harap ade lah ikan besar yang dia dapat tangkap. Habis camera puan punya blog kena hijack, pasal dia kata nak amik gambar dengan ikan yang bakal dipancing. Positive thinker abis le tu. Jangan amik gambar dengan tukun sudah le ye bang. Kain pelikat pun dia bawak, kata nak fefeeling jadi nelayan sebenar, hahaha… Very the over tau laki ku itu.

Untuk kami, langkah dimulakan dengan bertemu dengan 3 orang sahabat Mai Korner. Tempat pertemuan adalah seperti biasa, Tropicana City Mall. I like the fact it is not overly crowded, and it’s near to my mom’s place, hehehe… Plus point, ada Gymboree!

Photo0027-e

The other toddler is Danish. He’s 3 days younger than Aiyu. Dulu mak nye pernah hantar gambar, memang sebijik I tell you! Cuma skang dah evolve ke arah lelaki, Aiyu pulak ke arah gegirl. Yang pasti, dua dua memang suka makan, hahaha… Did I mention that they brought Garrett popcorn along? Sangat sedap!!! Now I know what’s the craze about it. Cik Aiyu pun boleh makan pasal popcorn tu, pasal coating yang sangat smooth, dan takde biji biji jagung yang tak masak. Macam ada alasan nak buat proposal ke KLCC kan, hehehe...

Photo0028-e

Dayang-dayang import yang shy shy cat.

Lepas makan di Tutti Frutti, kami ke Gymboree. Kasi Aiyu dan Danish berjimba. Seronok diorang berlari dan memanjat. Mak-mak pun suka pasal boleh duduk berehat jap.

Dalam pukul 6 lebih, bateri Danish tinggal 1 bar. Bila mak nye kasi botol susu, ada jugak puak perampas nye. Cuma kali ni takde extra botol susu, maka Cik Aiyu menangis guling-guling atas lantai Gymboree. Heh, awak ni, drop my water face aje tau. Skang ni memang stail dia gitu, kalau protes, guling atas lantai. Lenkali aku balut badan tu dengan mop, baru tau.

Dari Tropicana City Mall, kami ke Cahaya SPK. Ada barbeque di rumah Zeti & Ismail. Nasib baik sampai, pasal sebelum tu macam sesat sket banyak, hahaha…

Time to meet the high school ladies! And their spouse and kids, of course.

Photo0029-e

Kids playing.

Photo0034-e

Orang pompuan bergosip. Bila dah bergosip biasa le, lupa diri. Gambar pun tak berapa nak amik. Lelagi pakai handphone camera, me is no likey. Orang dah habis senyum baru nak capture. Menyampah tau.

Photo0032-e

Antara makanan yang sempat ditangkap sebelum balik.

Photo0033-e

Makanan yang tak sempat dihadam sewaktu kejadian. Cantik kan layer cake ni! Tapi mak nye kena balik awal, Cik Aiyu dah ala ala nak fengsan.

Thank you lalings for a great evening! Insya allah tahun depan jumpa lagi Winking smile



P/S: Selamat hari jadi Kak Azian, 20-11-2011! Harap-harap dapat buat proposal power, hahaha :P

5 comments:

Curly Umi said... BALAS

thanks for coming huda and aiyu! see you next year insya Allah. nanti kitorg pulak visit you guys at your house. :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Thanks to both of you for inviting :)Nanti boleh datang visit my in laws kan, hihihi

Anonymous said... BALAS

SAYA TUA SETAHUN LAGI. Terima kasih Huda. Hari ini terima ucapan je, sms dah sepenuhnya. Begitu juga FB.

Seronoknya tengok mak cik aiyu happy berjimba-jimba. Teringin nak jumpa tapi sueet 17 sebok ulangkaji pelajaran utk SPM, jadi terpaksa berkorban sampai 7 Disember. Tensen I.

InsyaAllah satu hari nanti bila cik aiyu dah pandai speaking london, lagi best jumpa.

Proposal belum cakap lagi. Selalunya ada surprise. Tunggu je

Azian

Nanak said... BALAS

seronoknya..tapi napa takde gambar besan i?

Amyz! said... BALAS

seronoknya kalo dpt berjimba2 ni. ihiks.

dah pandai protes guling2 lagi. drama queen nih. ahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...